CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11563|Reply: 0

[Tempatan] 13 laporan polis di seluruh negara terhadap pemilik FB Ainon Mohd didakwa hina nabi

[Copy link]
Post time 17-3-2025 07:12 PM | Show all posts |Read mode

KUALA LUMPUR: Polis menjalankan siasatan terhadap satu posting menghina Nabi Muhammad S.A.W di laman Facebook (FB) atas nama seorang penulis buku dan usahawan dikenali sebagai Ainon Mohd.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pihaknya menerima laporan oleh seorang lelaki berusia 34 tahun, Sabtu lalu di Balai Polis Beranang, Kajang.

Katanya, pihak polis juga sudah mengenalpasti identiti wanita dikenali Ainon Mohd yang berusia 75 tahun.

“Setakat 11.30 malam semalam, sebanyak 13 laporan polis diterima di seluruh negara.

“Siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurutnya, siasatan sedang dijalankan dan tindakan awal pihak polis dengan memanggil pemilik akaun laman Facebook atas nama Ainon Mohd.

Jelasnya,PDRM juga turut merujuk kes sama kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) bagi menurunkan paparan dalam akaun FB suspek yang boleh mengelirukan pihak yang membaca paparan berkenaan.

“SSekali lagi saya tegaskan bahawa pihak polis tidak akan sesekali berkompromi terhadap sebarang isu berkaitan 3R (Agama, Institusi Beraja dan Perkauman).

“Tindakan mengikut segala peruntukan undang-undang sedia ada akan diambil terhadap pihak yang dikesan menimbulkan suasana tidak harmoni dan mengganggu-gugat ketenteraman awam,” katanya.

Tular posting dimuat naik pemilik akaun FB atas nama Ainon Mohd dengan menulis ‘negara Islam, dalam demokrasi barat, mereka tidak amalkan nepotisme dan kronisme.

Posting itu turut menulis ‘Sebagai Ketua Negara Islam Madinah, Nabi amalkan nepotisme dan kronisme.

Selain itu, suspek turut mempersoalkan jika kronisme dan nepotisme diamalkan juga pada masa kini. – UTUSAN

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-3-2025 02:00 AM GMT+8 , Processed in 0.712677 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list