View: 10749|Reply: 44
|
Sejarah Perkembangan Ilmu Kalam.
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by winamp05 at 5-5-2011 12:46
Ni aku belajar masa nak amik SPM dolu,
Pernah post dekat board M&M dan sekarang aku nak bawak perbincangan ni ke board sejarah pulak. Moga kita nampak asal usul perkembangan dan aliran mazhab yg kita anuti hari ni. Tadak cedok mana mana source dari tenet. boleh google tengok. Aku cuba ringkaskan supaya jadi point point yang penting supaya mudah baca dan faham.
.............................
Di zaman Rasulullah s.a.w para sahabat beriman sepenuhnya dengan keterangan yg terdapat dalam Al-Quran dan hadis tentang sifat2 Allah S.A.W., perkara sumiyyat, qadak dan qadar dan hokum akidah tanpa membahaskannya secara mendalam.
Begitu juga para sahabat di zaman Khulafah Ar-Rasyidin, mereka masih berpegang teguh dengan ajaran akidah yg diwarisi dari zaman Nabi S.A.W. Tetapi perselisihan politik yg membawa kepada pembunuhan Khalifah Uthman bin Affan nad Ali bin Abi Talib Telah menimbulkan perpecahan kpd umat islam. Ini menyebabkan timbul golongan Khawarij, Syiah, dan Ahli sunnah. Perselisihan ini walaupun pada mulanya mengenai politik tetapi kemudiannya menjalar dan merebak kepada hokum dan akidah.
Di Zaman Umayyah, Negara Islam bertambah luas dan terdapat berbagai-bagai bangsa yg menganut islam. Mereka mempunyai tamadun, ilmu pengetahuan dan cenderung kpd ilmu falsafah. Ini menyebabkan masalah agama khususnya akidah mula dibahaskan secara falsafah. Dengan ini, muncullah Ma抌ad al-juhaini di Basrah yg membawa fahaman Qadariah. Kemudian lahir pula Jabariah yg dipelopori oleh Jahmu bin Safwan. Ini diikuti dengan aliran Muktazilah yg dipelopori oleh Wasil bin Ata�
Dizaman Abbasiyah telah berlaku penterjemahan buku-bukufalsafah dan mantic yunani ke dalam bahasa arab. Maka berlakulah penerapan metod2 ilmu falsafah kedalam ilmu kalam. Golongan muktazilah muncul sebagai jaguh utama berjaya mempertahankan islam dengan menggunakan metod falsafah. Tetapi golongan ini telah menimbulkan pelbagai masalah kerana terlalu melebihan menggunakan akal. Pada akhir abad ke 13 Hijrah lahir Abu Hassan al-Asya抋ri dan Abu Mansur Al-Maturidi yg membentuk mazhab Ahli Sunnah Waljamaah. Kedua2 tokoh ini berjaya menegakkan akidah yg benar dan menentang fahaman yg sesat. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by winamp05 at 5-5-2011 12:47
Ada berbagai factor dalam mempengaruhi perkembangan ilmu kalam. Antara faktor2 yg mempengaruhi perkembangan ilmu kalam ialah :
Faktor Dalaman
Ulama-ulama terpaksa menggunakan hujjah akli dan nakli bagi menolak ajaran sesat yg timbul dalam masyarakat. Hasil daripada usaha ini terbentuklah ilmu kalam.
Dalam Al-Quran terdapat ayat2 ygv pada zahirnya menunjukkan ijbal dan ayat yg menunjukan ikhtiar. Ayat yg menunjukan ijbal sprt firman Allah SWT Jika Kami mahu Kami boleh memberi petunjuk kpd setiap orang� ( surah as-sajadah ayat 13 ).
Manakala ayat yg menunjukan ikhtiar pula ialah firman Allah SWT �
�Katakanlah ( Muhammad ) kebenaranitu daripada Tuhan kamu, sesiapa yg ingin ( beriman ) hendaklah ia beriman, dan sesiapa yg ingin ( kufur ) biarlah ia kufur � ( surah al-kahfi ayat 29 )
ini menyebabkan timbul perbincangan dan perbahasan mengenai perbuatan manusia sprt perbuatan manusia berlaku secara sengaja atau manusia mempunyai kebebasan memilih. Dalam Al-Quran dan hadis terdapat juga nas2 mutasyabihat yg sudah tentu menimbulkan perbezaan dan perselisihan pendapat di kalangan ulama.
Berlaku perbezaan politik di kalangan umat islam yg melahirkan mazhab syiah, Khawarij dan Ahli sunnah. Setiap golongan cuba menegakkan pendirian masing2 dengan mentafsirkan ayat Al-Quran dan Hadis supaya sesuai dengan pendapat mereka. Perbezaan pendapat ini bukan saja berlaku dalam bidang politik dan fekah tetapi juga dalam bidang akidah seperti orang yg menerima majlis Tahkim di zaman Saidina Ali a.s dituduh kafir.
.
Faktor Luaran.
Ramai penduduk negeri yg baru dibuka mempunyai kecenderungan berbahas dalam masalah akidah. (macam kat dalam cari forum ni le) Maka lahirlah di kalangan umat islam suatu golongan yg mempunyai kecenderungan untuk berbahas dalam masalah akidah sprt yg dilakukan bangsa2 itu.
Berlaku kegiatan penterjemahan buku2 falsafah yunani ke bahasa arab pada zaman pemerintahan abbasiyyah. Ia mendorong para ulama nengkaji ilmu falsafah yunani untuk dijadikan alat dan hujjah bagi menolak fahaman yg bercanggah dengan akidah islam.
Sebab2 perbincangan akidah secara mendalam tidak berlaku dizaman Rasulullah S.A.W dan khulafa Ar-Rasyidin ialah kerana rasulullah melarang perbincangan yg mendalam tentang zat Allah S.A.W., ayat2 mutasyabihat, qadak dan qadar.
Para sahabat beriman sepenuhnya dengan keterangan2 yg terdapat dalam Al-Quran dan hadis tentang sifat Allah, perkara2 sumiyyat, qadak dan qadar.
Dizaman Khulafah ar-rasyidin pula, para sahabat masih berpegang teguh pada ajaran2 akidah yg diwarisi dari zaman nabi.
Para sahabat juga sibuk dengan perjuangan2 membuka negeri baru, meluaskan penyebaran islam, dan melakukan dakwah. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by winamp05 at 5-5-2011 16:23
Sebab- sebab mendorong para ulama mempelajari ilmu falsafah ialah kerana untuk menolak serangan terhadap akidah islam yg dilakukan oleh musuh2 islam yg menggunakan cara atau metod falsafah.
Untuk menyebarkan ajaran islam kpd negeri2 yg baru dibuka oleh islam. Ini kerana bangsa2 tersebut telah mempunyai pemikiran, ilmu pengetahuan dan tamadun sendiri.
Untuk menegakkan akidah yg hak dan benar bagi menentang segala fahaman2 sesat yang sedang menggunakan metod2 falsafah.
Perkembangan Aliran pemikiran mazhab Qadariah.
Mazhab ini muncul di Basrah. Qadariah menyatakan segala kerja manusia terjadi dengan kuasa dan kehendak sendirinya dan Tuhan tidak membuat apa2 takdir kpd manusia.
Pengasas mazhab ini ialah Ma抋bad bin Khalid Al-Juhaini dan Ghaylan Al-Dimasyqi.
Manusia bebas melakukan sesuatu menurut kehendak dan kemahuan sendiri.
Pengikut mazhab ini percaya bahawa Tuhan tidak membuat apa2 takdir kpd manusia.
Mazhab Jabariah
Mazhab ini muncul di khufah pada zaman Bani Umaiyyah yg diketuai oleh seorang yg berasal dari khurasan bernama Jahmu bin Safwan.
Jabariah diambil dari perkataan ai-jabr yg bermaksud yg digagahi dan dikuasai sepenuhnya oleh Allah STW.,
Allah tidak harus mempunyai sifat yg ada pada mahkluk supaya tidak menyerupai mereka.
Ilmu Allah itu baharu tanpa berhubung dng zatNya dan berbilan mengikut maklumat yg ada .
Syurga dan neraka akan neraka setelah dimasuki oleh ahli2 nya.
Manusia dikuasai sepenuhnya oleh Allah. Mereka tidak mempunyai apa2 usaha atau ikhtiar dlm melakukan sesuatu perbuatan.Kedudukan manusia adalah sprt kapas diudara yg boleh ditiup angina kemana2 saja.
Al-Quran adalah bharu dan tidak qadim.
Mazhab Murjiah.
Murjiah bererti menangguhkan yaitu menangguh persoalan pertelingkahan umat islam tentang perlantikan khalifah sehingga hari kiamat dan dan diserah kepada Allah.
Mazhab ini lahir dari kumpulan ahli politik yg mengambil sikap berkecuali dlm perselisihan umat islam tentang persoalan perlantikan khalifah.
Pada peringkat awal mazhab ini didokong oleh para sahabat sprt Abdullah bin Omar dan Said Bin Jubir. Kemudian diikuti oleh tabiin sprt Abu Hanifah Dan Abu Yusuf.
Antara dasar2 al-murjiah ialah : Iman ertinya mengenal, merendahkan diri dan tidak takabbur terhadap Allah serta menyintaiNya.
Iman manusia boleh bertambah tetapi tidak boleh berkurang.Sesetengah puak ini mengatakan tuhan itu menyerupai bentuk manusia.
Ahli Sunnah Waljamaah.
Tokoh utama ahli sunnah waljamaah ialah Abu Hassan Al-Asy抋ri di Basrah. Dan Abu Mansur Al-Maturidi di samarqan.
Fahaman utama ahli sunnah waljamaah ialah :
Allah menjadikan perbuatan hamba berbentuk usaha sendiri.
Allah bersifat dengan sifat2 kesempurnaan.
Al-Quran adalah kalam Allah yg qadim.
Hukum melihat Allah harus pada akal dan wajib pada syarak.
Org berdosa besar belum gugur imannya dan masih mukmin. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by winamp05 at 5-5-2011 12:49
Selepas era pemerintahan khalifah Ar-Rasyidin, Bani Umayyah mengambil alih tampuk pemerintahan sebagai khalifah. Dizaman bani umayyah telah timbul beberapa aliran mazhab seperti yg kita telah baca di page2 yg terdahulu. Ada juga aliran2 perundangan yg tertumpu pada hal2 jenayah dan hukuman untuk dijadikan panduan. Antara Aliran perundangan islam yg timbul pada zaman Bani Umayyah ialah :
ALIRAN MADINAH.
Dikenali juga dng nama Madrasah Al-Hadis. Aliran ini banyak berpegang pada nas Al-Quran dan hadis serta kurang menggunakan ijtihad dlm menentukan sesuatu hokum. Aliran ini berasaskan kpd pendapat beberapa org sahabat sprt Omar bin Al-Khattab, Abdullah bin Umar, Abdullah bin Abbas, Aisyah dan lain2.
ALIRAN KHUFAH
Dikenali juga dengan nama Madrasah ar-Ra抷. Aliran ini banyak menggunakan ijtihad dana kurang menggunakan nas dlm menentukan sesuatu hokum. Aliran ini pula berasaskan kpd beberapa pendapat sahabat sprt Abdullah bin Mas抲d, Ali bin Abi Talib, Omar bin Al-Khattab, dan sebagainya.
Sungguhpun pemerintahan Bani Umayyah membewri tumpuan kpd kedudukan kuasa politik, namun perlaksanaan syariat islam terus berjalan.
Meneruskan perundangan hokum kharaj, fai� ghanimah, dan zakat.
Jentera pentadbiran untuk perlaksanaan undang2 diperkemaskan dng perlantikan amir,kadi dan pegawai2 sprt polis, muhtasih dan sebagainya.
Mewujudkan jabatan untuk pengkhususan kerja sprt Dewan al-Kharaj ( Jabatan Cukai ), Dewan al-Jund ( jabatan tentera ) dan lain2.
Sumber perundanaga islam dizaman bani Umayyah ialah Al-Quran, Sunnah Rasul, dan Ijtihad.
Mazhab2 perundangan islam pula mula timbul pada zaman pemerintahan Bani Abbasiyyah.. Antara mazhab2 yg mula lahir pd zaman itu ialah :
Mazhab Hanafi
Pengasasnya ialah imam Abu Hanifah dan dikembangkan oleh para pelajarnya terutama Abu Yusuf, Muhammad Ibnu Al-Hassan, Al-Hassan Ibnu Ziad, dan lain2.Aliran mazhab al-ra抷 ini berkembang di khufah dan pembinaan mazhab ini berdasarkan kpd Al-Quran, As-Sunnah, Ijmak, pendapat sahabat, qias, istihsan, dan uruf. Mazhab ini bertapak di Turki, Pakistan, dan Asia Barat.
Mazhab Maliki.
Aliran mazhab al-Hadis ini berkembang di madinah dan diasaskan oleh imam Malik. Fekah mazhab ini berasaskan kpd sumber2 Al-Quran, As-Sunnah, amalan penduduk madinah, fatwa sahabat, qias, masoleh mursalahdan istihsan. Mazhab ini bertapak di Afrika Utara.
Mazhab Syafie.
Mazhab ini diasaskan oleh Imam Syafie dan cuba menggabungkan antara aliran Al-Hadis dan Ar-Ra抷 yg melahirkan coraknya tersendiri. Sumber2 hukum mazhab Syafie ialah Al-Quran, As-Sunnah, Ijmak, Pendapat sahabat, Dan Qias. Mazhab ini bertapak di Asia Tenggara, Sebahagian India, dan Beberapa Negara Arab.
Mazhab Hanbali.
Pengasasnya adalah Imam Ahmad. Mazhab ini dikembangkan oleh anaknya Abdullah dan murid2nya yg lain sprt Abu Bakr Al-Athram, Abd Malik Al-Maimuni, dan sebagainya. Sumber2 Hukum mazhab ini ialah nas Al-Quran dan Al-Hadis, fatwa para sahabat dan qias. Mazhab ini bertapak di semenanjung tanah Arab dan negara2 teluk. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by winamp05 at 5-5-2011 12:50
Sebab-Sebab timbulnya aliran taklid dlm perundangan Islam .
Wujud perselisihan dikalangan orang ramai hasil daripada kedudukan politik yg tidak stabil. Ini menyebabkan tergugat semangat kreatif ilmuan islam.
Percakaran politik menyebabkan terputus hubungan antara para fuqaha diseluruh pelosok Negara.
Para pemerintah tidak mempunyai minat yg tinggi terhadap perkembangan ilmu pengetahuan.
Para fuqaha sering menjadi mangsa penindasan pemerintah.
Berlaku propaganda2 yg kuat bg sesetengah mazhab yg ada.
Kurang kepercayaan dan keyakinan terhadap kemampuan diri sendiri di kalangan ulama.
Sebab-sebab taklid didalam perundanagn islam diperlukan.
Untuk memudahkan memahami isi al-quran dan hadis.
Memudahkan memahami hukum2 fekah yg terdapat dlm al-quran dan hadis.
Dapat menyatukan umat islam dibawah satu pendapat dan fahaman.
Keburukan Bertaklid Kpd Mazhab-Mazhab Tertentu Dlm Masalah Hukum.
Timbul sikap fanatic secara membabi buta kpd sesuatu mazhab.
Buku2 fekah yg ditulis oleh ulama taklid tidak mempunyai kualiti, tidak banyak membahaskan perkara2 baru dan hanya mengulang- ulang apa yg sudah dibahaskan sebelumnya.
Umat islam tidak lagi merujuk kpd sumber asasi hokum islam iaitu al-quran dan hadis atau melakukan ijtihad, sebaliknya hanya cukup dng mengikut pendapat para ulama mazhab yg sedia ada.
Perkara2 Furuk dlm masalah fekah menjadi isu perbahasan yg utama menyebabkan tergugat perpaduan umat islam. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by winamp05 at 5-5-2011 12:52
Gerakan Ijtihad Dan Mengkanun Undang2 Islam .
Ijtihad ialah menggunakan keupayaan berfikir yg maksimum dan mencurahkan tenaga dalam usaha untuk mengetahui ketentuan hokum syarak dari dalil2 syariah iaitu Al-Quran, dan As-Sunnah mengikut kaedah tertentu. Contohnya ijtihad Saidina Abu Bakar r.a memerangi orang yg enggan membayar zakat.
Sejarah pembukaan pintu ijtihad dimulakan dizaman sahabat dan sblm kelahiran mazhab, ijtihad diamalkan secara meluas oleh para fuqaha islam untuk mengeluarkan sesuatu hokum. Walau bagaimanapun para fuqaha telah berhenti daripada melakukan ijtihad apabila lahirnya aliran taklid pada abad keempat hijrah.
Seruan kearah untuk kembali semula kpd ijtihad telah digerakkan semula oleh Ibnu Taimiyah dan Ibnu Qayyim. Gerakan ini ini kemudiannya telah diteruskan oleh Mohammad Abdul Wahab di Hijjaz dan Mohammad Abduh di Mesir.
Pembukaan pintu ijtihad ini telah membuka sejarah baru dalam perundangan islam. Umat islam kembali merujuk kpd sumber asasi hokum islam demi untuk menggali dan menerokai ilmu-ilmu islam.
Antara factor-faktor yg menyebabkan berlaku gerakan ijtihad dalam perundangan islam adalah kerana setiap mazhab fekah hanya menumpukan kpd metodologi mazhab masing2 dlm perundangan islam.
Berlaku kecenderungan di kalangan masyarakat menafikan mazhab yg lain drp mazhab yg diikuti.
Perkara2 furuk fiqhiyyah menjadi bahan polimik dlm masyarakat sehingga membawa kpd penggugatan kesatuan dan perpaduan umat. |
|
|
|
|
|
|
|
Sejarah pengkanunan undang2 islam yg dilakukan oleh pemerintahan islam ialah :
Gerakan mengkanun undang2 islam bermula sejak zaman nabi s.a.w iaitu melalui perlembagaan Madinah.
Pada zaman sahabat gerakan ini dilakukan melalui usaha Khalifah Abu Bakar As-Siddiq mengumpulkan Al-Quran dalam satu mushaf.
Gerakan ini diteruskan lagi di zaman kerajaan Turki Othmaniah. Satu kod undang2 telah diperkenalkan yg dinamakan al-Ahkam al-Adliyyah untuk kepentingan hubungan perdagangan dengan negara2 eropah.
Di India dikanunkan satu undang2 yg dikenali dengan al-Fatwa al-Hindiah. Manakala di alam Melayu khususnya di melaka dikanun undang2 yg dikenali sbg Kanun Melaka dan Kanun Laut Melaka.
Undang2 yg dikanun itu mengandungi hokum jenayah, sivil, keluarga, undang2 keterangan, undang2 hubungan antarabangsa, dan sebagainya. |
|
|
|
|
|
|
|
wah... nice thread. kepedap~
p/s: selain ilmu kalam, sealiran dengannya di gelar juga ilmu syahdah.. tp paling tidak di sukai oleh imam muktabar dulu seperti imam al-ghazali ialah ilmu debat dan ada di tulis dlm ihya ulumuddin. kbykkan org skrg menjurus pada ilmu debat ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 8# hasell
Kerana dengan itu boleh menimbulkan pelbagai percanggahan antara pendapat. aku ada sentuh sikit pasal tu kat atas. nanti dah habis baca ko akan jumpa.
trimas. ![](static/image/smiley/default/3laugh.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
trimas ![](static/image/smiley/default/pompom.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
malangnya la aku yang tak minat ilmu kalam nih![](static/image/smiley/default/sad.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 11# al-asil
yang sebenarnya aku nak reply dekat thread highlander pasal iblis tu. sebab derang ade bincang pasal ilmu makrifat dan hukum syarak yg bertembung dan timbul perbalahan dikalangan ulama dari dulu sampai sekarang. tapi macam dah tak best sebab thread tu dah lama sangat so aku buka thread baru tentang pengenalan kepada sejarah hukum syarak. yg mana ianya bermula dengan perbincangan dan perbahasan pada ilmu makrifat. itulah ilmu kalam.
Ada pendapat yang mengatakan terdapat perbezaan antara syarak dan fiqh yang mana syarak bersumberkan nash yang qat'i manakala fiqh dari sumber nash yang zanni.
yang sebenarnya usul fiqh itu sendiri bermula dari ilmu kalam yg mana dikembangkan dan menjadi salah satu cabang ilmu makrifat. kita boleh mendalami lagi pasal ni kalau korang berminat. bole bincang sama sama. |
|
|
|
|
|
|
|
macam menarik..kang malam aku baca. ![](static/image/smiley/default/biggrin.gif)
-bookmarked- |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 13# 5229
tanda, tangan tak tanda. ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by hasell at 6-5-2011 14:44
we need more.. more we need~
ni just tambah (dari pakcik google jer):-
Ilmu kalām (Arab: علم الكلام‎) adalah falsafah mencari prinsip-prinsip teologi Islam melalui dialektik. Dalam bahasa Arab perkataan ini secara harfiah bermakna "pertuturan". Seorang cendekiawan kalam dirujuk sebagai seorang mutakallim (ahli teologi Islam; majmuk mutakallimiin). Terdapat banyak tafsiran mengapa disiplin ini digelar "kalam"; salah satu daripadanya adalah kontroversi terbesar dalam bidang ini berkaitan dengan pertuturan Allah.
Philos artinya cinta; atau philia berarti persahabatan, kasih sayang, kesukaan pada, atau keterikatan pada. Sophia berarti hikmah (wisdom), kebaikan, pengetahuan, keahlian, pengalaman praktis, dan intelegensi. Philosophia, menurut al-Syahrastani (w. 548 H/1153 M), berarti mahabbah al-hikmah (cinta pada kebijaksanaan), dan orangnya (faylasuf) disebut muhibb al-hikmah (orang yang mencintai kebijaksanaan). Untuk mencapai Kebahagiaan menurut mereka hanya bisa diraih melalui kebijaksanaan, baik dengan mengetahui kebenaran maupun melaksanakan kebaikan.
p/s: mengenai philos dan seumpama dgnnya pernah aku belajar di U dulu. tp more to art and falsafah dalam islam. belajar ni memang best, wider than logic tapi masih berpijak di bumi nyata.
ILMU KALAM WUJUD UNTUK MEMBERI 'BUKTI' KETUHANAN KEPADA UMAT ISLAM YANG LEMAH DALAM YAKINNYA. SEBAB TU DI MASA UMUR NABI, YAKIN PARA SAHABAT MEMANG BETUL2 UMPHH.
TAK YAH ILMU KALAM, TIAP NABI KATA, ITULAH KEYAKINAN MEREKA... TAPI, SEDIKIT DEMI SEDIKIT, IA MAKIN KURANG, SAMPAI LAA GENERASI KITA, TIAP PERIHAL KETUHANAN, KALU BOLEH NAK DI TUNJUKKAN DEPAN MATA, KALAU TAK, TAK LEH TERIMA, SEBAB TAK LOGIC?! atau tak saintifik... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 16# hasell
Tupasal damal banyak banyak cabang ilmu kalam yg pernah timbul hanya ahli sunnah wal-jamaah sahaja yang boleh diterima pakai, mereka tidak mengistinbatkan sesuatu hukum , ayat dan peristiwa tu mengikut aqal semata mata. bernas kan dalil dalil yg lain, ijtihad dengan sumbar yg sahih. Ini bagi memastikan umat umat islam yang makin lama makin bercambah didunia ini dapat menerima dan memahami hal hal ketuhanan dengan mudah tanpa perlu ilmu yang tinggi. juga dalam menggubal hukum hukum yg telah ditetapkan Allah bagi umat manusia melalui islam.
sahabat nabi keyakinan mereka betul betul keyakinan. mereka berjaya membuang segala kebesasran makhluk yg ada dalam hati 100% dan memasukkan kebesaran Allah kedalam hati mereka. tu pasal mereka boleh tinggalkan anak bini depa hanya Allah dan Rasul. tak macam kita hari ni. ade bran tinggalkan anak bini Allah dan rasul ? hahahaha.... ko akan disabitkan sebagai gila. dan berduyun duyun umat islam akan menghina dan mengkeji dek kerana tinggalkan anak bini kita Allah dan rasul semata mata. perkara ni berlaku dalam masyarakat. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 15# genot
benda ni kan dalam cabang usul fiqh, kalau ikut banyak benda lagi kene tau ye dak. tapi cukup le kita tau dulu perkembangan dan asal usul 4 imam yg kita pegang hari ni. |
|
|
|
|
|
|
|
blajar bahasa arob style pondok : Ma Huwal Kalam ? kekeke...... tu kalam lain. ni kalam lain.... ![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Up ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
| |
|