Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis
Search
181881
View
1796
Reply

Siapa Penghuni Dunia Sebelum Adam?

  [Copy link]

Author: cmf_WonBin       Show all posts   Read mode

Author
Post time 5-5-2011 11:12 PM | Show all posts |Read mode
Nabi Adam baru turun ke bumi kira2 20 ribu tahun lepas, manakala banjir besar Nabi Nuh pula berlaku antara 12 ribu hingga 15 ribu tahun lepas. Tetapi bukti2 arkeologi dengan jelas menunjukkan ada 'makhluk seperti manusia' telah berada di bumi lebih lama daripada 20 ribu tahun lalu. Siapa mereka?

Al-Masoudi menjelaskan bahawa
terdapat 28 umat yang telah dicipta di muka bumi sebelum Adam. Mereka terdiri daripada flora dan fauna serta Ummah yang agak menyerupai Bani Adam. Umat ini bercampur dan berinteraksi hingga membawa kepada berkembangnya mereka kepada 120 umat.

Al-Thabari juga menyatakan di dalam Tafsirnya bahawa kesemua hidupan diciptakan sebelum penciptaan Adam. Al-Maqdisi menjelaskan bahawa terdapat
3 Umat yang utama di dunia sebelum Adam iaitu dua daripadanya terdiri daripada kaum Jin. Manakala kaum yang ketiga adalah golongan yang berbeza
dari Jin kerana mereka ini berdaging dan berdarah. Golongan ketiga ini adalah mereka yang dimaksudkan sebagai man
yufsidu feehaa wa yasfiku al-dimaa

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2011 11:16 PM | Show all posts
Post Last Edit by winamp05 at 6-5-2011 09:03

- edited -
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 5-5-2011 11:18 PM | Show all posts
Siapakah pula Dewa Dewi?

Kenapa dalam sejarah zaman dahulukala sering wujud watak orang ghaib?

Orang yang cetek akalnya terus cakap: ini karut. Golongan ini amat bahaya kerana Allah pon kita tak nampak, nescaya suatu hari nanti mereka akan cakap Allah itu juga tak wujud sebab tak nampak dek mata kasar.
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2011 11:29 PM | Show all posts
Cerita le lagi wonbin.Macam best jek..
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2011 11:55 PM | Show all posts
Sebelum ni mmg aku ingat takde makhluk sebelum adam..tapi aku rasa sebenarnya dah ade jin dan makhluk lain kat bumi ni. Yg buat kerosakan tu dinosaur.kot.


(posted by mobile)
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2011 12:19 AM | Show all posts
tapi cm ne penemuan2 tengkorak2 jutaan tahun lepas..huhu
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2011 12:32 AM | Show all posts
cane plk ngn dinasour ngn nabi Adam?dinasour dl atau nabi adam yg terdahulu?

atau wujud ps ms yg sama sbb kita sedia maklum saiz Nabi Adam besar (60 hasta ke brp aku xigt) mcm kucing,gajah,harimau semut ikut nisbah ketinggian nabi Adam dan kita...

aku dh lm tertanya2 psl ni...
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2011 12:48 AM | Show all posts
se taw aku..hewan2 dulu badan besar sebab kandungan oksigen yg tinggi masa tuh.udara fresh lagi..tu yg buat menda2 hidup besar2.ada yg kata pepatung zaman tu sebesar helang.
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2011 01:14 AM | Show all posts
carbon dating ni accurate ke?
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2011 08:43 AM | Show all posts
carbon dating ni accurate ke?
terung Post at 6-5-2011 01:14



    persoalan yang paling utama...
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2011 02:50 PM | Show all posts
Post Last Edit by hasell at 6-5-2011 14:55

thank wonbin~

permasalahan ni pernah di debatkan dlm thread aku dulu pasal penemuan rangka manusia berusian jutaan tahun di bukit bunuh (report dari kenalan aku di site).

>>> http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=528303&extra=page%3D5 <<<<(note: baca page hadapan2 jer, page belakang2 tu dah jadi medan perang)

tp akhirnya jadi thread debat, adam ni wujud tahun bila... ada 3 teori pasal adam ni:-

1- adam wujud selepas segala homo2 ni dan di iktiraf ADAM SEBAGAI MANUSIA MODERN yg muncul lebih kurang 6000 tahun dulu

2- adam wujud sebagai first human dan segala homo2 tu adalah waris/anak cucu Nabi Adam yang mengalami perubahan evolusi akibat kondisi bumi yg tak tetap (kadang2 banjir, kadang2 sejuk, kadang2 panas)

3- adam manusia pertama dan segala homo2 tu makhluk lain yg menyerupai manusia dan mungkin tu adalah JAN, pioneer kepada JIN, selepas perang versus malaikat yg cam di ceritakan dlm biblical (dan ada dlm kitab2 tua)

so, it up to your self yg mana pilihan kalbu. SO, thread ni banyak membantu dlm pemilihan tu. thanks again~

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2011 02:56 PM | Show all posts
Reply 11# hasell

ingattak dulu ko pernah buat lakaran tentang keturunan salasilah kaum kaum di nusantara dalam bentuk grafik ? mana pergi thread tu ? lupa la nama dia.
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2011 02:58 PM | Show all posts
Post Last Edit by hasell at 6-5-2011 15:11

errrr. pernah. memang byk aku wat list, tp sejak aku grade ni, ntah kemana ntah research aku tu. nnt aku cari balik. tak pun kat blog aku. harap2 ada lagi. tp ia tak accurate sgt, addition research from others, mmg di perlukan untuk penambahbaikian.
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2011 03:03 PM | Show all posts
Reply 13# hasell


kasi la link blog
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2011 03:11 PM | Show all posts
Post Last Edit by hasell at 6-5-2011 15:15

ni link dia, tp aku tau, tak semua akan terima sbb dlm kajian ni, aku campurkan perihal sufistik dan beberapa kata2 dari kitab2 lama/orang tua yang mungkin tak di anggap sebagai bukti/bahan sejarah akedemik. so, it up to them~

Ia lebih kepada kajian mengenai SIAPA ITU BANGSA MIM (before it became malay).. dan ia menjawab tentang frasa hang tuah "takkan melayu hilang di dunia". Aku tak pinta korang untuk mempercayai, tp aku dah buat apa yg aku mampu untuk membantu melayu. Tapi, jgn berbangga dgn melayu, tp buatlah melayu bangga dgn anda. wallahualam

http://nusanaga.blogspot.com/2009/10/origin-of-malay-review.html

http://nusanaga.blogspot.com/2009/10/bangsa-mim-takkan-hilang-di-dunia-siri.html

http://nusanaga.blogspot.com/2009/11/bangsa-mim-tak-hilang-di-dunia-siri-2.html

http://nusanaga.blogspot.com/2009/11/bangsa-mim-tak-hilang-di-dunia-siri-3.html

http://nusanaga.blogspot.com/2009/12/bangsa-mim-tak-hilang-di-dunia-siri-4.html

http://nusanaga.blogspot.com/2009/12/bangsa-mim-tak-hilang-di-dunia-siri.html













sumber:-






- Al-quran dan Hadis
- Eden in the east, the drowned continent of Southeast Asia, Stephen Oppenheimer, 1998
- Walking with Abraham, Danial Koplan,1999 (pdf ver.)
- Malay Archipelago, Alfred russel Wallace, 1869, London (pdf ver)
- Atlantis, the lost continent finally found, Prof. Arysio Santos, 1997
- Finger print of God, Graham hancock, 1999 (pdf ver)
- A Malay site for a book of Mormon Event, Ralph Austin Olsen, 2007 (pdf ver)
- Encyclopedia of World Mythology, Arthor Cotterell, 2008 (pdf ver)
- Sulalat Sulatin (Malay annals)
- Hikayat Merong Mahawangsa
- Hikayat indraputra
- Golden Khersonese, Paul Wheatley, 1966
- A history of Southeast Asia, D.G.E Hall, 1953
- The quarterly review- Polynesian researches, William Ellis, 1830
- Mistisfiles.blogspot.com
- Forum.cari.com.my (Sejarah,legenda dan mitos)
- Forum atasbawah.com
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2011 03:18 PM | Show all posts
dulu kan  jin boleh dilihat tapi setelah kemunculan manusia jin ni jadi ghaib..dlm al quran ada kata kalau manusia nampak jin manusia akan ketakutan.
Persoalan - sebelum manusia ada jin boleh nampak kan.maksudnya fosil mereka pon boleh nampak,adakah fosil 'manusia' sebelum adam adalah jin? Jeng jeng
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2011 12:43 AM | Show all posts
mungkin ada di antara kita yg pernah mendengar kisah berikut , aku x pasti bersumber kan dari hadis or what:

kisah berkenaan ketika Allah hendak memberikan tanggungjawab menjaga Islam, apabila ditanya kepada gunung, gunung x sanggup memegang amanah tersebut....kemudian ditanya kepada beberapa makhluk lain semua x sanggup....apabila ditanya kepada manusia maka manusia sanggup utk menanggung amanah tersebut..

aku selalu tertanya2 dgn satu persoalan : siapakah manusia berkenaan??adakah Nabi Adam???wallahualam....
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2011 05:59 AM | Show all posts
Reply 1# cmf_WonBin


    jadi, betulke wujud makhluk separa human...separa monkey tu? which is before Adam?
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2011 03:21 AM | Show all posts
cane plk ngn dinasour ngn nabi Adam?dinasour dl atau nabi adam yg terdahulu?

atau wujud ps ms yg sama sbb kita sedia maklum saiz Nabi Adam besar (60 hasta ke brp aku xigt) mcm kucing,gajah,harimau semut ikut nisbah ketinggian nabi Adam dan kita...
plasterhati Post at 6-5-2011 00:32


Berdasarkan kepada salsilah Adam as - Idris as - Noh as - Ibrahim as - Musa as - Isa as - Muhammad saw, usia turunnya umat manusia yang ada di dunia kini, tidak lebih dari 100 ribu tahun (kita amik yang seiring dengan penemuan dan kajian saintifik seperti DNA, penemuan rangka manusia etc)


Dinasour, mengikut kajian saintifik, wujud dan pupus ratusan dan puluhan juta tahun yang dahulu (bergantung kepada spesies).

By the time Adam diturunkan ke bumi ini, dinasour berpuluh-puluh dan beratus-ratus juta tahun sudah lama pupus.
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2011 11:08 AM | Show all posts
AMARAN : Ini aku rembat dalam sebah blog, untuk bacaan bersama. Aku tidak bertanggungjawab jika ada percanggahan pendapat kerana, bagi aku sendiri, artikel di bawah hanyalah sesuai untuk dibaca bagi menambahkan pengetahuan, bukan unutk dijadikan kepercayaan.



Wasiat ilmu ADAM yang di turunkan kepada anak cucu baginda lantas menjadikan mereka itu sebagai dewa. Tugas mereka adalah untuk mengurus, bukannya untuk di sembah. Tapi, akibat kebodohan manusia yang tidak mahu mengikut, mereka ini menyembah-yembah manusia dewa ini dan jadikan mereka ini tuhan. Akibatnya, mereka di musnahkan atau di hapuskan terus dari permukaan bumi. kenapa harus mereka menyembah tuhan manusia sedangkan ALLAH itu selayaknya di sembah kerena DIAlah zat maha segala.


Sebelum kita masuk lebih dalam lagi, saya ingin menerangkan tentang ADAM sebelum ADAM. Hal ini memang memeningkan. Tambahan lagi jika muslim itu tidak mahu open-mind. Saya hairan kenapa muslim kini suka melemahkan kekuasaan ALLAH?! Maksud saya ialah, andai kata seseorang saintis itu mengkaji sesuatu di luar adat, lantas mereka kata mereka mahu mencabar tuhan. Sebenarnya, mampukah kita mencabar tuhan sedangkan DIA laisakamislihi syaiun yakni tidak menyerupai mana satu pun mahupun pemikiran.

Maksud sebenar ALLAH maha besar ialah, sehebat mana ciptaan manusia sekali pun atau sepelik mana sekali pun sesuatu perkara itu, sesungguhnya itu adalah dari keizinanNYA. Tiada pernah manusia mencabar DIA dan menghampiri kekuasaanNYA kerana DIA melebihi segala. Andai kata saintis kini sedang mengkaji god particle, apakah itu tuhan. Sudah tentu tidak. Kerana DIA tidak menyerupai mana-mana pun. Kemudiannya, muslim pula bising-bising menyatakan jangan cabar tuhan. Apakah muslim mengerti apa yang mereka katakana itu. Siapa yang pernah mencabar tuhan. Sesungguhnya manusialah yang mencabar diri mereka sendiri.

Daripada itu, cukuplah mengata orang lain sebagai karut, khurafat, syirik, mencabar tuhan dan sebagainya kerana sifat-sifat inilah yang menjatuhkan umat islam secara umumnya. Merekalah yang merendah-rendahkan kekuasaanNYA yang maha luas. Andai kita dapat membina teknologi yang mampu pergi ke penjuru angkas sekali pun, tidak pernah mampu kita untuk mencapai tahap kekuasaanNYA. Itulah di namakan KEIZINAN DARINYA.


p/s :~ bersambung
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2011 11:09 AM | Show all posts
sambungan untuk artikel diatas




Berbalik pada perihal ADAM sebelum ADAM, adam itu adalah suatu nama bagi suatu perciptaan berupa manusia yang kita miliki kini. Mengikut komen pada artikel sebelum ini, memang ya, ADAM di turunkan untuk memimpin generasi sebelum ini. Sebenarnya, saya takut untuk membuka perihal itu kerana ia mungkin menimbulkan fitnah kepada yang tidak pernah memahami.

Jadi, marilah saya buka satu kisah mengenai asal usul sesuatu makhluk bernama AZAZIL. Kisah ini di ambil dari buku-buku terdahulu dan cerita orang-orang tua yang mengaji tentang sufi.

Pada suatu ketika dulu, wujud satu bangsa yang suka berperang. Entah bagaimana, peperangan itu di sertai juga oleh para malaikat-malaikat sehinggakan bumi menjadi rata dan tiada lagi kehidupan di atasnya. Tapi, ajaibnya, ada seorang budak kecil masih hidup menangis-nangis mencari ibu bapanya. Lantas, malaikat mengambilnya lalu di bawa ke langit. Azazil ini di besarkan dan menjadi seorang abid yakni seorang ahli ibadat yang cukup hebat. Doanya sentiasa di perkenankan sehinggakan malaikat-malaikat pun datang meminta azazil doakan untuk mereka.

Pada suatu ketika, ALLAH mahu menciptakan sesuatu yang baru. Penciptaan ini di namakan sebagai ADAM. Azazil naik ke atas dan melihat-lihat boneka ADAM yang masih tidak bernyawa itu dan menyentuhnya. Lalu wujudlah calitan Azazil pada bahagian atas mulut dan bawah hidung kita pada hari ini.

Kemudian, di suatu bahagian yang lain, para malaikat yang baru saja membina bumi baru ini naik ke langit lantas melihat sesuatu di kaki langit. Ia tertera tentang akaa ada seorang hamba ALLAH ini yang akan membelot dan di laknat oleh ALLAH. Para malaikat menjadi takut dan menemui Azazil untuk doakan mereka. Azazil doakan para malaikat ini jauh dari kutukan itu tapi dia tidak mendoakan dirinya sendiri kerana menganggap dirinya akan selamat.
Pada era kebangkitan ADAM, azazil dan kuncu-kuncunya membelot dan membantah tentang pembinaan ADAM tambahan lagi di suruh untuk tunduk dan sujud. Akhirnya Azazil dan pengikutnya di burukan wajah mereka dan di halau keluar dari langit. Mereka inilah di namakan sebagai fallen angle.

Mereka inilah yang pertama sekali menduduki bumi baru ini. Di dalam syurga pula, Adam dan Hawa bergelak tawa. Tapi, di sudut dalam manusia, sebenarnya wujud calitan azazil yang ego tadi lalu meresap kedalam diri. Calitan itulah yang mengoda ADAM dan HAWA supaya memakan buah yang di larang. Peristiwa itu menyebabkan mereka berdua di halau keluar.

Pada hakikatnya, peristiwa itu hanyalah sebagai sebab musabab untuk ADAM dan HAWA keluar dari syurga menuju Dunia. Sejak awal penciptaan ADAM lagi, sudah di tentukan tujuannya untuk mentadbir bumi dan menjadi pemimpin pada golongan yang engkar yakni golongan Fallen Angle tadi.

Sedikit info mengenai golongan Fallen angle, mereka ini bukanlah malaikat semata-mata. Tapi ada juga berupa makhluk yang terdahulu yang tidak di ketahui namanya. Azazil bila di turunkan ke bumi lantas dia di kenali sebagai IBLIS atau LUCIFER. Golongan yang wujud sebelum turunnya ADAM yang sempurna itu kebanyakkannya masih primitive dan tidak suka kepada penyatuan dan ketuhanan.

Mungkin dari situ juga, berlaku pencampuran genetic fallen angle dan manusia lantas memwujudkan nefilim atau si gergasi. Selain itu juga, pencampuran genetic itu juga dengan haiwan menghasilkan generasi mutant bertubuh kehaiwanan. Inilah di sebut sebagai duyung dan lain-lain. Bumi baru ketika itu di penuhi dengan pelbagai makhluk yang cukup berbeza. Jarak turunnya IBLIS dan turunnya ADAM tidak di ketahui tapi mungkin mengambil masa ribuan tahun dunia, kerana perbezaan sehari dunia dan sehari akhirat adalah seribu tahun. Dek kerana itu, pembiakan dan penyebaran makhluk-mahkluk yang berkeliaran ini menyebabkan bumi tidak seimbang. Seorang pemimpin harus di angkat dengan segera.

Dek kerana itulah, turunnya ADAM dan HAWA. Mereka turun sebagai pemimpin pada manusia hybrid dari campuran fallen angle dan spesis lain yang di ciptakan di bumi baru sebelum penurunan ADAM. Setakat itulah yang saya dengar dan jika mahu lebih, kalian haruslah mencari dan mengkajinya sendiri.

ADAM yang di beri ilmu segala itu kemudiannya mewariskan ilmu segala nama kepada anak cucunya yang haq. Anak cucu inilah yang menjadi dewa-dewa yang di kenali pada catitan-catitan ketamadunan kuno. Tapi, di khabarkan juga, ada ahli yang mendapat ilmu ini dan aplikasikan mengikut hawa nafsu. Lantas terbinalah kecanggihan fizikal yang berlandaskan materialistic.

Jadi, pada era itu, terdapat dua golongan dewa. Satu, dewa yang mengurus dunia dengan arahanNYA dan satu lagi, dewa yang mahu membina dunia sebagai syurga. Maka, terjadilah pertelingkahan sehingga kini. inilah di namakan sebagai light and dark. Pertempuran ini sentiasa terjadi sehingga kini.

Pada era satu bangsa yakni pada era kepimpinan anak cucu adam yang Berjaya menyatupadukan segala makhluk, kehidupan mereka cukup hebat. Baik dari segi spiritual dan fizikal. Emas itu umpama mainan saja. Terdapat juga kota-kota yang terapung di udara. Kota di bawah laut dan di atas gunung. Seorang raja memerhatikan saja dari atas gunung akan wilayahnya di mana, di bawahnya terdapat ribuan ikan paus bermain riang sambil di perhatikan oleh beberapa manusia di dasar lautan itu. Gambaran kehidupan itu seperti fantasi. Saya mendapat gambaran ini melalui keadah channeling.

Tapi, sejak berlakunya era light and dark, benua yang termaju itu terpecah dua dan saling bertelingkahan dan di akhiri dengan peristiwa perang besar. Pada era itu juga, bukan hanya atlantis atau lemuria saja yang wujud tapi masih ada lagi wilayah-wilayah lain yang hebat seperti ketamadunan ramayana yang di sebut dalam kitab hindu. Tapi, janganlah kita pening untuk memikirkan lokasi-lokasi mereka ini dengan berlandaskan peta kini. ternyata ketika zaman dahulu, peta mereka cukup lain dan di khabarkan peta bumi berlapis dua. Mungkin itulah di sebut sebagai kayangan. Apapun, kita tinggalkan tentang itu.

Kemudiannya, peristiwa banjir besar terjadi akibat dari peperangan itu lantas menenggelamkan segala yang ada. Bahtera NOH yang besar (mungkin lagi besar dari bahtera 04 dalam filem 2012), mendarat di tanah besar yang kini di kenali sebagai Asia Barat.

Dari situ, bermulalah kehidupan yang baru di mana, manusia-manusia hybrid di hapuskan (atau di sembunyikan). Yang tinggal hanyalah manusia dari keturunan ADAM dan haiwan-haiwan yang di selamatkan. Bertebarablah mereka membina kehidupan yang baru.

Di suatu tempat yang lain pula, benua yang baru saja tenggelam itu membiarkan tanah paling tinggi mereka tidak di tenggelami air. Jadi, wujudlah apa yang kita saksikan sekarang ini sebagai tanah nusantara. Tanah-tanah tinggi ini dahulunya pernah di diami oleh para dewa-dewa pada era ADAM dan era light and dark. Tapi, sejak peninggalan NOH, tanah ini kosong dan menunggu kepulangan penduduk asalnyatapi bilakah mereka itu akan pulang ke pangkuan tanah dewa ini?


kesimpulan dari pada artikel kali ini adalah:-

1- umat sebelum ADAM adalah makhluk-makhluk hybrid dan fallen angle yang harus di pimpin.

2- terdapat beberapa era sebelum berlakunya peristiwa banjir besar NOH yakni
a) kedatangan fallen angle dan pencampuran genetik yang tidak seimbang
b) era kedatangan ADAM dan anak cucunya dalam proses penyebaran manusia-manusia sempurna
c) era penyatuan segala jenis manusia (satu bangsa) dan kemunculan dewa-dewa
d) era pemisahan light and dark (dewa pengurus dan dewa keduniaan)
e) era wilayah-wilayah ketamadunan dunia terhebat (atlantis, lemuria, ramayana dan lain-lain)
f) kemusnahan era ADAM dan bermulalah era manusia semata-mata
Banyak persoalan yang masih bermain di fikiran. Apa yang terjadi pada fallen angle pada era ADAM sehingga kini? kemana perginya dewa-dewa yang pernah mendiami tanah dewa yakni nusantara ini? Apa itu peta dunia berlapis dua? Apa pula itu kayangan? Sebesar mana bahtera NOH itu? Ke mana perginya ilmu wasiat ADAM? Saksikan di artikel seterusnya.
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2011 10:50 AM | Show all posts
oooo dahsatnyeee
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2011 04:37 PM | Show all posts
AMARAN : Ini aku rembat dalam sebah blog, untuk bacaan bersama. Aku tidak bertanggungjawab jika ada  ...
rayyanrafael Post at 9-5-2011 11:08


aku tau dari mane artikel ni...


kalu leh, bagi ler credit kepada blog ni. tq
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2011 04:43 PM | Show all posts
aku tau dari mane artikel ni...


kalu leh, bagi ler credit kepada blog ni. tq
hasell Post at 10-5-2011 16:37



    tak pasti, sama ke tidak, tapi aku rembat dalam kat sini :~ http://asalusulorangmelayu.wordpress.com
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2011 05:28 PM | Show all posts
Post Last Edit by hasell at 10-5-2011 17:40
tak pasti, sama ke tidak, tapi aku rembat dalam kat sini :~
rayyanrafael Post at 10-5-2011 16:43


T_T

adeh~
ni masalah blogger kita. ramai yg copy paste then tak buat 'credit to'.. erm~
kalu kita tak tau sumber copy pasta kita tu, akibatnye kalu org tanya kita, kita tak tau nak jawab ape.. so, mula la meraban ikut suka. kalu salah jawab, mmg jadi gaduh. so, moral of the story, be better known where the source is
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.078468s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list