CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: fizziany

PERGI JAUH JAUH. (U)-TAMAT-

  [Copy link]
Post time 12-9-2011 09:47 PM | Show all posts
jgn la ecah ngn faris pergi jauh-jauh...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-9-2011 03:36 PM | Show all posts
semakin jauh fizzi nie.........
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2011 02:13 PM | Show all posts
selamat hari raya fizz...
bila nak open rumah nie???
dah lama tutup....
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2011 03:02 PM | Show all posts
fizzi... x de n3 lg ke...
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2011 04:05 PM | Show all posts
dah dekat sebulan senyap je ni....
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2011 04:55 PM | Show all posts
FARIS ngan AISHAH nie dah pegi jauh ke?...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-9-2011 07:45 AM | Show all posts
nikah kat siam ke???
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2011 12:48 PM | Show all posts
Fizz mana ko menghilang ramadhan dah lama menghilang malah syawal pun akak turut serta
nak masuk bln haji dah ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2011 02:34 PM | Show all posts
sooo sweett.......i like the ending...
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2011 02:56 PM | Show all posts
Bila nak sambung dah lama ni.............
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2011 02:58 PM | Show all posts
bila nak ada n3 ni.....
aku sampai dah lupa .........
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2011 11:30 AM | Show all posts
DIMANAKAH ?????
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2011 02:50 PM | Show all posts
tak abis lagi ye...ngigau aku ni...sorry TT..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-9-2011 12:34 PM | Show all posts
salam...

sorry lama tak dapat masuk...byk aral melintang tengah jalan...

insya-Allah..ada n3 hari ni.
thanks pd yg masih sudi tunggu cerita yg berjanggut ni....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-9-2011 12:39 PM | Show all posts
“Waahh…macam tak percaya, aku yang masak semua ni…” Faris memandang masakan yang terhidang di meja makan. Makan besar mereka malam itu.

“Erkk..hemm….pembetulan, bukan kau sorang yang masak…” ujar Aishah di depan Faris. Faris tersenyum manis.

“Untung kalau siapa jadi suami kau…pandai memasak,” ujar Faris pula sambil memandang tepat ke wajah Aishah. Aishah terdiam, wajahnya tiada beriak. Faris hanya dipandang sepi. Melihat wajah ketat Aishah, Faris turut terdiam.

“Makanlah…” Faris memulakan makannya dengan mencedok salah satu lauk yang terhidang didepannya. Hela nafas hambar dihembuskan perlahan. Sambil tangannya menjalankan kerja, matanya juga tak lepas2 merenung wajah Aishah yang tenang di depannya. Mereka sama2 terdiam.

“Dulu….masa aku mula2 jumpa kau…” Faris mula bersuara, memecah kebisuan antara mereka.Aishah menjeling kea rah Faris sebaik bibir Faris bersuara.

“Kau tak ubah macam budak baru keluar sekolah. Hingus pun masih meleleh…” sambung Faris. Aishah mengunyah perlahan makanannya. Malas hendak melayan cerita bukan2 dari Faris yang selalu berusaha membuatkan dia ketawa dan marah.

“Perangai pun lepas laku….mulut kau, macam longkang 10 tahun bercuci..sesedap rasa mengutuk orang…kau ingat lagi tak?” Faris merenung tepat ke wajah Aishah yang tunduk. Jemarinya menguis2 nasi dipinggan.

Aishah masih diam, tidak memberi sebarang reaksi. Faris menghela nafas lemah. Melihat Aishah yang bersikap dingin, mematahkan semangatnya malam itu untuk berborak lebih panjang.

Faris kembali meneruskan makannya. Hanya bunyi pinggan dan sudu bertingkah saja yang melatari ruang makan. Sesekali, Aishah menjeling kea rah Faris yang sudah diam. Dia menghela nafas berat.

“Bila kau nak pergi ke rumah arwah Hazriq Iqbal tu?” soal Aishah tiba2.

“Aku kena jumpa Inspektor Amir dulu pagi esok untuk mendapatkan alamat arwah. Selepas tu, baru aku pergi ke rumah dia,” Faris mengangkat mukanya, merenung Aishah. Nampaknya, hanya topic tentang kes itu saja yang mampu membuatkan Aishah membuka mulut untuk terus bercerita.

“Apa saja maklumat, jangan lupa bagitau aku…” ujar Aishah. Faris mengangguk.

Aishah bangun, menuju ke sinki dengan pinggan ditangan. Dia nampaknya sudah selesai makan. Bunyi pancuran air di sinki jelas kedengaran. Faris mengunyah perlahan2 makanannya. Dia tidak mahu masa berlalu terlalu cepat.


“Kalau kau dah habis makan, panggil aku kat depan. Nanti aku kemaskan semua makanan dan pinggan mangkuk,” pesan Aishah seraya berlalu ke ruang depan tanpa menunggu Faris yang masih belum selesai makan.

Faris terkedu, hanya mampu merenung langkah Aishah yang meninggalkannya. Dahinya berkerut seribu. Nafas resah ditarik payah. Nasi dipinggan direnung hambar.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-9-2011 12:41 PM | Show all posts
Inspector Amir membuka helaian fail ditangannya. Wajah anak muda yang berkulit cerah dihadapannya dipandang. Lama tidak berjumpa dengan Tengku Faris semenjak kes itu ditutup.

“Faris ada jumpa apa2 klukah tentang kes ini?” soal Inspektor Amir curiga. Tiba2 saja, pagi ini Tengku Faris bertemunya dan meminta alamat rumah keluarga Hazriq Iqbal. Hal itu agak menghairankan hatinya.

“Saya terpanggil untuk menziarahi keluarga arwah. Rasanya, sebelum saya pulang ke London, tak lengkap jika tak bertemu dengan ahli keluarganya dulu..” Faris tersenyum kelat, memberi alasan yang paling dirasakan munasabah olehnya.

Inspektor Amir mengangguk2. Sekeping kertas dihulurkan kepada Faris.

“Ini dia alamat rumah keluarga arwah,” ujar Inspektor  Amir. Faris mengambil huluran kertas tersebut dengan senyuman yang tak lekang dibibir. Dia meneliti alamat yang tertera di kertas itu, kemudian memandang Inspektor Amir kembali.

“Terima kasih Inspektor kerana telah banyak membantu saya,” ujar Faris sungguh2. Inspektor Amir mengangguk sambil tersenyum.

“Bila nak balik ke London?” soal Inspektor Amir. Faris bungkam, terdiam sejenak.

“Mmm, mungkin selepas 2-3 bulan. Insya-Allah..”balas Faris gugup. Inspektor Amir mengangguk2 lagi, sambil merenung wajah Faris yang tersenyum kelat kearahnya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-9-2011 12:45 PM | Show all posts
Faris merenung sebuah banglo mewah yang dilitupi pohon2 besar di sekelilingnya. Alamat itu tak salah lagi. Inilah rumahnya! Faris menanggalkan cermin mata hitamnya. Cuaca panas jam 3 petang, benar2 memercik keringatnya.

Loceng ditekan, memanggil isi rumah tersebut. Tidak sampai 5 minit menunggu, seorang wanita Indonesia keluar. Teka sahaja, tak tahulah kalau2 wanita itu orang Burma atau Filipina...Tapi, melihat dari kain batik yang dipakainya, rasanya jelas wanita separuh usia itu berasal dari Indonesia barangkali. Main teka teki pulak kau Faris....

“Cari siapa tuan?” soal wanita tersebut. Barangkali, pembantu rumah mereka. Pelat bahasa ibundanya menambah keyakinan Faris terhadap spekulasi liarnya tadi.

“Ini rumah Dato’ Sulaiman Kadir? Saya Tengku Faris Muhammad, kawan arwah Hazriq Iqbal,” kata Faris memperkenalkan dirinya kepada wanita tersebut.

Wanita itu merenung Faris sejenak,  kemudian kembali semula ke dalam rumah, membiarkan Faris sendirian menunggu diluar pagar dengan terik matahari yang memancar. Melongo Faris dibuatnya.

Faris mengesat peluh yang merembes didahinya. Dipandang rumah itu dari luar. Memang sebuah rumah yang bergaya mewah. Jadi, mengapa arwah Hazriq Iqbal mahu menculik dan membunuhnya? Benar juga kata Aishah, jika tidak ada sebarang kaitan dengan hidup mereka berdua, mengapa mesti mereka bermusuhan?

Derap tapak kaki yang menghampiri pagar, segera membuatkan Faris memandang kea rah 2 wanita separa usia yang berjalan menuju ke arahnya. Seorang wanita lingkungan 50-an berbaju kurung moden dan bersanggul rapi memandangnya dengan wajah yang berkerut.

“Anak ini, siapa? “ soal wanita tua itu sekali lagi.

“Saya Tengku Faris Muhammad,” Faris segera mengukir senyum seraya menghulurkan tangan, mahu berjabat tangan menerusi pagar yang memisahkan antara mereka.

Sebaik terdengar nama itu, wajah wanita tua itu tercengang. Dia merenung setiap inci wajah Faris seakan tidak percaya.

“Buka pintu Neng,” arah wanita itu. Pembantu rumah tadi akur, lantas membuka kunci pagar banglo itu.

“Silakan masuk nak,” Faris terus dipelawa masuk, dengan seluruh penampilannya diperhatikan dari hujung rambut ke hujung kaki. Serba salah Faris jadinya bila dirinya diperhatikan sedemikian. Salam bersambut, lalu mereka melangkah masuk ke dalam rumah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-9-2011 12:49 PM | Show all posts
Faris memandang kedua pasangan suami isteri dihadapannya. Dato’ Sulaiman dan isterinya, Datin Fauziah merupakan orang yang penuh tertib. Penuh adab dan tatasusila orang Melayu. Meneliti gaya hiasan rumah mereka juga, penuh berunsurkan gaya kemelayuan.

Sunyi saja rumah itu. Cuma ada mereka berdua dan pembantu rumah yang menolong membuat kerja2 rumah. Menurut Datin Fauziah, Hazriq Iqbal adalah anak sulung dari 3 beradik. 2 lagi adiknya sedang menuntut diluar Negara. Rupanya, besar harapan keluarga ini pada Hazriq Iqbal yang diharapkan untuk menyambung legasi perniagaan mereka.

Melihat kedua suami isteri itu bercerita tentang arwah Hazriq Iqbal juga, membuatkan hati Faris diruntun pilu. Dia juga buntu, dimana titik hubungkait mereka berdua didalam kes ini.

“Kami, benar2 minta maaf pada Faris, kerana hal lepas. Kami pun benar2 tak menyangka dia boleh bertindak sejauh ini…” tutur Datin Fauziah perlahan dan sayu.

Faris merenung hidangan air dihadapannya. Nafas dihela berat.

“Lupakan saja apa yang telah berlaku Datin, Dato’. Sebenarnya, saya bukan sekadar nak menziarahi Dato’ dan Datin sahaja…tapi…” mata Faris merenung keduanya yang masih menanti kata2 Faris.

“Tujuan saya datang ke mari sebenarnya, saya nak tahu serba sedikit latar belakang arwah. Sebenarnya, jujur saya katakan, saya benar2 bingung bila memikirkan bagaimana arwah boleh menjadikan saya sasaran sedangkan saya tak pernah kenal arwah. Saya percaya, wang bukan motif. Jadi, untuk mencari kebenaran itu, saya  kesini, untuk mencari kebenaran sebenar,” tutur Faris perlahan.

Dato’ Sulaiman dan Datin Fauziah berpandangan.

“Maksudnya, kamu pun tak percaya anak saya yang menjadi dalang di sebalik kes ini?” soal Dato’ Sulaiman.

“60%...” jawab Faris jujur. Dato’ Sulaiman mengukir senyum.

“Saya juga berfikir perkara yang sama. Saya juga mahu tahu apa motif sebenarnya arwah buat macam ni…” sambung Dato’ Sulaiman lagi sungguh2.

“Kalau macam tu, apa yang Faris nak tahu tentang Hazriq? Auntie boleh bagitahu semuanya,” sampuk Datin Fauziah pula. Faris menarik nafas lega, kemudian tersenyum senang melihat keduanya.
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2011 12:49 PM | Show all posts
seb baik ingat lagi jalan cete....
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2011 01:32 PM | Show all posts
Terima kasih fizz dah ada sambungan......
klu free sbg lagi ek
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:40 AM GMT+8 , Processed in 0.072456 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list