CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Tak_Syg_Mulut

HTC...KENAPA KURANG POPULAR??

[Copy link]
Post time 20-1-2013 09:57 PM | Show all posts
JohnDeSouza posted on 28-10-2012 08:31 PM
bila htc J ndak kuar?

dh ade djual kt mudah.
kt pertama pun dh ade.
rm2+++.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2013 10:45 AM | Show all posts
Saya pun dh stgh thn guna hrd one x ni...ok je x de apa2 masaalah..br2 br automatic update android jelly bean 4.1.   Kt mn bleh download app dn game selain dr geogle play .?.bleh bg website Ye x..?
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2013 01:08 AM | Show all posts
sekarang saya guna htc one x...tapi saya masih suka iphone...
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2013 12:55 AM | Show all posts
td tgk butterfly kt pertama.
cunnye..
trgugat iman. hahahahaha..
mau bli inikah or sony z????
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2013 09:56 PM | Show all posts
im_cyclist posted on 3-2-2013 12:55 AM
td tgk butterfly kt pertama.
cunnye..
trgugat iman. hahahahaha..

aku lebih berkenan kat butterfly...smart...tapi kalo nak main celop2 dalam air amikla sony

Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2013 10:08 PM | Show all posts
xiemean posted on 4-2-2013 09:56 PM
aku lebih berkenan kat butterfly...smart...tapi kalo nak main celop2 dalam air amikla sony

tp..hrgenye sgtlh mhl.
dgn hrge bgitu, topup sket lg, dpt macpro i7 idamanku...ceeewah!!!
utk smtara wktu shgga bln 5 ni, pmblian gajet baru, tpkse dbekukan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-2-2013 08:34 PM | Show all posts
im_cyclist posted on 4-2-2013 10:08 PM
tp..hrgenye sgtlh mhl.
dgn hrge bgitu, topup sket lg, dpt macpro i7 idamanku...ceeewah!!!
utk sm ...

mahal sgt ker..dalam 2100 mcm tu jer pun..mbp i7 bukan 4.5k ka tuceng...

Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2013 08:44 PM | Show all posts
xiemean posted on 5-2-2013 08:34 PM
mahal sgt ker..dalam 2100 mcm tu jer pun..mbp i7 bukan 4.5k ka tuceng...

mmg lah..tmbh sket je...sket yg lain, u lh yg tmbh..hahahahaha..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-2-2013 09:53 AM | Show all posts
im_cyclist posted on 3-2-2013 12:55 AM
td tgk butterfly kt pertama.
cunnye..
trgugat iman. hahahahaha..

Dah beli ke belum? aku pun berkenan tapi tak tau lah nak beli ke tak sebab aku tengok tak banyak lagi info pasal Butterfly ni, mungkin tak ramai yang beli kot. Aku paling malas kalau tiba-tiba harganya jatuh menjunam, 2 minggu lepas aku dah terjah HTC di Sunway Pyramid nak tengok Butterfly ni dan memang berpuas hati. Siap aku terjah Nokia tengok Lumia 920 dan LG Nexus 4 sebab nak bandingkan dan pada pendapat aku Butterfly lebih menarik hati, aku siap dah jual tablet Samsung aku semata-mata nak beli Butterfly ni tapi dah 4 hari berlalu aku jual tablet tapi aku masih ragu-ragu nak beli Butterfly ni.
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2013 10:00 AM | Show all posts
Ni gambar aku ambil 2 minggu lepas di Sunway Pyramid, memang menarik hati betul design dan prestasinya.





Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2013 02:01 PM | Show all posts
dr.R posted on 6-2-2013 10:00 AM
Ni gambar aku ambil 2 minggu lepas di Sunway Pyramid, memang menarik hati betul design dan prestasin ...

wah, smart je design,  
lagi best dari Nexus 4
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2013 02:17 PM | Show all posts
Droid posted on 6-2-2013 02:01 PM
wah, smart je design,  
lagi best dari Nexus 4

Sekarang ni HTC X dan HTC X+ murah tau kat sini, siap ada percuma casing, car holder dan macam-macam lagi kecuali model Butterfly ni yang hanya percuma screen protector (mungkin model ni belum ada lagi kot casing dan car holder?). Masa aku pergi 2 minggu lepas tak ada pun model warna merah yang aku idamkan tu, yang ada warna putih je. Aku malas nak beli yang warna hitam depan dan belakang putih sebab nampak macam tapir (sebijik macam tablet Ainol China aku sekarang ni) dan dah jemu mata memandang.
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2013 02:52 PM | Show all posts
dr.R posted on 6-2-2013 02:17 PM
Sekarang ni HTC X dan HTC X+ murah tau kat sini, siap ada percuma casing, car holder dan macam-mac ...

hah tapir ?
warna merah hitam memang lawa, tapi dlm review yg putih pun cun ape,

nak tunggu murah skit, lepas ni ni nak keluar M7, teknologi Gigapiksel Ultrapixel rasanya
Last edited by Droid on 7-2-2013 04:32 PM

Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2013 04:54 PM | Show all posts
sabar2 nak beli butterfly aku rasa baik tunggu dulu kot..flagship baru htc m7 mb kuar bulan ni..kita tunggu dan lihat dulu...(pernah pakai htc one x sebulan jer)...sob3
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2013 01:40 PM | Show all posts
saya nak tanya sket....hp htc one x saya jatuh dr motor screen ye retak  seribu dh x boleh on dh...agak2 kt kedai hp bleh repair x...?agak2 berapa kos nk repair screen tu...
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2013 03:19 AM | Show all posts
Sumber dari http://amanz.my/2013/02/htc-one/

HTC Melancarkan Peranti HTC One Secara Rasminya

Hari ini, seperti mana yang dijanjikan, pihak HTC telah pun melancarkan HTC One secara rasminya, sekaligus membawakan pelbagai kemaskini padanya, daripada spesifikasi, rekabentuk dan juga antaramuka HTC Sense itu sendiri.

Pelancaran HTC One

Dari segi spesifikasi, ia membawakan skrin LCD bersaiz 4.7-inci, dengan sokongan paparan resolusi penuh – 1080p. Perkara ini sekaligus membawakan ketumpatan densiti pada kadar 468PPI pada peranti tersebut. Ia turut dijana menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 600, memori sebanyak 2GB RAM, bateri berkapasiti 2300mAh, sokongan NFC, dan turut dilengkapi dengan sokongan LTE padanya.

Seperti biasa, pada keluarga One, HTC memfokuskan kepada kamera dipanggil sebagai HTC UltraPixel Camera. HTC mengatakan ia membolehkan pengguna merakamkan gambar yang berkualiti tinggi, walaupun pada keadaan cahaya yang rendah menggunakannya. HTC ImageChip 2 turut disertakan, membolehkan pengguna merakamkan gambar dan video dalam bentuk HDR, 1080p pada kadar 60fps.

HTC One

Selain kamera dan skrin yang baik, HTC One turut didatangkan bersama-sama sokongan HTC BoomSound, dikatakan membawakan kualiti audio yang amat baik melalui dua stereo speaker pada bahagian hadapan. Selain itu, perkara ini juga dikatakan memberikan rakaman audio yang lebih baik pada peranti tersebut, disamping membolehkan pengguna membuat panggilan pada kualiti bunyi suara yang lebih baik berbanding peranti lain.

Sokongan baru dinamakan sebagai HTC Zoe turut sama didatangkan dengan peranti ini, membolehkan pengguna merakamkan gambar dan video HD pada masa yang sama, dan diubah kepada bentuk galeri yang menarik secara automatik, sekaligus membolehkan pengguna menyimpan detik-detik menarik dengan mudah.

Untuk antaramuka HTC Sense, ia diberikan nafas baru sepenuhnya, dimana pada skrin utama, kini pengguna boleh mengikuti pelbagai kemaskini dengan mudah dari pelbagai laman dan perkhidmatan. Fungsi ini dipanggil sebagai HTC BlinkFeed, membawakan fungsi seumpama Flipboard, membolehkan pengguna mengikuti pelbagai informasi dengan mudah.

HTC dikatakan akan memperkenalkan peranti ini secara berperingkat ke seluruh dunia bermula bulan Mac 2013 ini. Tarikh pelancaran dan harga jualan tempatan masih tidak diketahui buat masa ini. Kami akan membawakan pandang pertama peranti ini dalam masa beberapa hari lagi.


Gambar dari Facebook HTC Malaysia.










Spek boleh rujuk http://www.gsmarena.com/htc_one-5313.php




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-2-2013 03:25 AM | Show all posts


Minat gila dengan yang warna hitam ni, kalau harga lebih kurang Butterfly berminat nak ambil yang ni.
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2013 12:47 PM | Show all posts
dr.R posted on 20-2-2013 03:25 AM
Minat gila dengan yang warna hitam ni, kalau harga lebih kurang Butterfly berminat nak ambil yan ...

berkenan dengan warna hitam, rekabentuk badan lebih kurang HTC HD2 Droid punya



Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2013 03:57 PM | Show all posts
Droid posted on 20-2-2013 12:47 PM
berkenan dengan warna hitam, rekabentuk badan lebih kurang HTC HD2 Droid punya

Wah antik tu Droid sebab ada dulu ada rakan aku yang gila gadget pernah pakai model tu sekitar awal tahun 2010 dulu, masa tu tak popular lagi dan masih lagi zaman Blackberry dan aku salah seorang yang berBlackberry tu. Dia ambil pakej dengan Celcom tak silap dengan harga RM2,000+-, cepatnya masa berlalu macam baru semalam je berlaku padahal dah 3 tahun lepas.

Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2013 08:20 PM | Show all posts
dr.R posted on 20-2-2013 03:57 PM
Wah antik tu Droid sebab ada dulu ada rakan aku yang gila gadget pernah pakai model tu sekitar awa ...

Dah 3 tahun dah Droid guna, merasa Jelly Bean gak tau
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:34 AM GMT+8 , Processed in 0.100983 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list