CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 44273|Reply: 132

Star of David: rahsia sebenarnya

  [Copy link]
Post time 12-6-2011 12:25 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by winamp05 at 12-6-2011 23:05

*momod: oleh kerana ni ada kaitan dgn myth dan history (dan sedikit konspirasi), ku nak post kat sini buleh. kalu tak buleh, boleh kan jugak..






Konspirasi: simbol yang diputar cahayanya - siri 1
STAR OF DAVID

by hasellusiby
Salam.




Ini adalah siri mengenai simbol-simbol dalam teori konspirasi yang mungkin banyak di salah anggap oleh orang ramai. Sejak kemunculan siri video the arrival (berterima kasih pada Abdullah Hasheem, pemula siri arrival), ramai orang mulai buka mata tentang konspirasi. Ada yang menganggapnya serius, ada yang sambil lewa, dan ramai yang tidak hiraukan. Tapi, rata-rata yang saya kenal dan jumpa, takut dan obses dengan simbol-simbol ini seolah-olah, segala-galanya adalah dajjal yang punya. Hebat sangatkah dajjal ini?

Jadi, selama beberapa lama saya menyepi dari membuat pengkajian tentang konspirasi, maka kini saya mahu berkongsikan apa yang saya tahu tentang simbol-simbol konspirasi yang mana sebenarnya, kalau di perhatikan, ianya boleh di terjemahkan kepada simbol islamik dan tauhid. Tak percaya, mari kita selongkar dalam siri Konspirasi: simbol yang di putar cahayanya.


SEGITIGA, PIRAMID, TIGA TITIK; simbol dajjal dan setan?!

kalau saya kata;
simbol2 freemason, illuminati etc itu adalah sebenarnya islam yang punya tapi di putar alam oleh dajjal and the geng? apa kata survey?!



Ia adalah simbol bendera israel, di gunakan oleh Kabbalah dan judaism. Banyak pentagram dan diagram mengunakan simbol ini melibatkan penyembahan setan. Banyak di gunakan untuk ritual dan magik. Nampak saja simbol ini, kita terus ingat YAHUDI. Betulkan?!

Tahukah anda bahawa star of david yg israel yang dipakai itu adalah lambang Nabi Daud a.s dan mempunyai maksud yg tersembunyi?! Tapi ingin saya memberitahu bahawa ramai remaja2 yang baru kecimpung dalam pengkajian teori konspirasi ini akhirnya jadi takut dengan lambang star of david tu.. depa kata tu lambang setan.. masyallah, jadi, bagi saya ni lah antara fitnah dajal.. bolak balik batil jadi haq dan haq jadi batil.



MAKSUD TERSIRAT:-

Dari Wiki dan internet;
Star of David ini sebenarnya bermula dari simbol numbor 7, yang mana tengahnya di tarik dan menjadikan sebuah segi tiga. Ini bermakna, ada dua 7 yang di jadikan bentuk segi tiga. 7 yang di maksudkan dalam istilah judaism ialah; 7 malaikat utama seperti jibrail, mikail dan seumpamanya (sedangkan islam ada 10 yang utama). Pun begitu, 7 ini juga di sebut sebagai 7 hari dalam penciptaan. Selain itu 7 juga di maksudkan dengan 7 tingkat langit dan bumi. Ini semua dalam judaism. Malahan, Islam mengesahkan perihal 7 ini (kecuali 7 hari kejadian tu, sedangkan dalam Quran di sebut, 6 masa, bukannya 7 hari)

Secara ringkasnya; Shield of David ini (atau di sebut sebagai Star of David) ini, mengandungi maksud 7 petala bumi dan langit, 7 hari, 7 malaikat dan ia adalah 'perisai'.


saya ada pergi ke galeri shah alam tahun lepas dan ada nampak satu keris yg mana ada 'wafaq' sulaiman.. Sibijik sama seperti star of david tu dan di situ dia di tulis penerangannya, wafaq sulaiman ni untuk kekuatan dalaman dan luaran si pemakai. bagi saya, bukan wafaq sulaiman tu yg terer.. tapi simbolik di sebaliknya. yakni pergabungan alam sgahir dan kabir, 2 kalimah syahadah atau mgkn nur muhammad nur allah yang tak bercerai berai (yg selalu org2 hakikat dok sembang tu laaa)

Kali ni kita sentuh bab piramid lak yang menjadi based untuk star of david. sebenarnya, bukan bentuk piramid tu yg penting, tp tiga bucu yakni tiga titik tu yg penting..


senang kata, 3 perkara dlm pembentuk 1 bentuk piramid. kalau tgk khatamul nubuwah, juga tiga segi (tp ada juga yg kata bukan cam tu, tu hnyalah sebahagian)... meskipun demikian, saya ambil pasal 3 perkara yg telah di ketahui oleh orang hakikat yakni ALLAH, MUHAMMAD, ADAM. tiga perkara penting dalam pembentukkan 'institusi ketuhanan' (mungkin ramai yang kurang faham, tapi silalah mencari perihal ini dengan guru anda sekali. Insyallah akan di terangkan. Jangan ambil di nusanaga.blogspot.com sahaja. Carilah, kajilah, fahamkanlah dan rasailah)

Dan kenapa dua piramid di satukan?
ia adakah mengenai kalimah syahadah, kunci bagi segalanya.
alam atas, alam bawah, alam kabir, alam saghir.
(alam malakut, alam penciptaan, alam semesta, alam dalam diri seperti mimpi, khayalan, minda etc.)
Dan tiap perkara ada oppositenya masing2 (syurga neraka, bulan bintang, tanah air, lelaki perempuan etc.)



Ringkasannya;

Star of david sebenarnya melambangkan penyatuan yg sejati. tp israel mengunakannya sebagai 'lambang kuasa' untuk re-claiming tanah yg kononnya depa yang punya. ia bukan hanya sekadar simbol tp lebih dari itu. ia simbol ketuhanan, kehambaan dan isi sebenar kenapa 'kita ada di sini'...

Jadi, kesimpulan dari STAR OF DAVID ini adalah:-

- Ia milik Nabi Daud a.s
- Di gelar perisai Nabi Daud (yang mana 'suara' Nabi Daud mampu 'memberhentikan' burung dan apa yang bergerak')
- Juga di gelar sebagai 'seal of solomon' atau 'cop mohor Nabi Sulaiman' a.s (tentang peguasaan Nabi Sulaiman yang luas)
- Terdiri dari 7 yang jadi segitiga dan di gabungkan pula dua segitiga tadi (7 angka spirtual)
- Segitika yang mempunyai 3 bucu/titik merujuk pada tiga perkara utama yakni ISLAM, IMAN dan IHSAN yang baru bersatu, gerak seiring. Baru teguh.
- 3 perkara yang juga boleh di rujuk sebagai ALLAH, MUHAMMAD dan ADAM (yang mana di 'pesongkan' oleh falsafah Trinity Kristian dengan meletakkan sebagai Jesus anak tuhan)
- 3 perkara yang juga merujuk pada KEPALA, BADAN dan KAKI (tanpa kepala tak boleh hidup, tanpa badan tak bermanfaat dan tanpa kaki tak mampu bergerak.)
- Gabungan dua segitiga yakni 2 kalimah syahadah yang tidak boleh di pisah ceraikan.
- Ia di gelar perisai Daud dan simbol kerajaan Sulaiman, jadi ia bermaksud 'harus pertahankan 3 perkara dan 2 kalimah' seteguh mana kerajaan Sulaiman yang tak mungkin dapat di tandingi oleh mana-mana pihak.


Jadi, siri ini mengajak pembaca supaya melihat simbol konspirasi, dari obses atau takut membuta tuli kepada membawa keimanan yang teguh.

wallahualam

p/s: maafkan saya kalu ada fakta yg tak berapa nak betul. tapi ini lah yg saya perhatikan dlm pergabungkan teori konspirasi dan unsur sufi yang mana byk mengajar saya bahawa 'semuanya adalah HAQ ALLAH, baik dajjal, setan mahupun manusia tu sendiri'...

credit: http://nusanaga.blogspot.com/201 ... -yang-di-putar.html

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-6-2011 12:47 PM | Show all posts
dalam konspirasi kata simbol tu baru2 je dipilih oleh zionis di eropah tapi jumpaan arkeologi di palestin menunjukkan simbol tu dh ada lama sejak tahun 6 sebelum Masihi lagi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-6-2011 12:52 PM | Show all posts
http://www.ustazamin.com/2009/05 ... rahsia-bintang.html

sejarah star of david yg ada di mimbar dan masjid al aqsa.. so, star of david ni bukan kepunyaan israel.

...............

petikan:-

Satu mimbar diletakkan di masjid al-Aqsa, satu lagi di masjid al-Khalil (Masjid dimakamkan Nabi Ibrahim a.s)

Ketika saya menghampiri mimbar Salahuddin di al-Aqsa ini, saya mengerutkan dahi. Kenapa di mimbar ini ada bintang enam? lambing negara Israel.

Gelagat saya diperhatikan salah seorang penjaga al-Aqsa. Dia menghampir saya, memberi salam dan memegang bahu saya.

"Aku tahu apa yang engkau fikirikan" kata beliau.

'Kamu tentu hairan kenapa ada lambang Israel di mimbar ini kan"? Beliau menambah.

Saya hanya menganggukkan kepala.

Penjaga ini menarik tangan saya, pergi ke tepi masjid. Dia kemudian menudingkan jarinya ke arah tingkap berhampiran dengan syiling al-Aqsa.

"Cuba kamu lihat, ditingkap itu pun ada lambang bintang enam ini, di dinding ini pun ada," katanya sambil menunjukkan arah dinding al-Aqsa.

"Emmm, kenapa ya?" Tanya saya ingin mengetahui lanjut.

"Sebenarnya nak, bintang enam ini adalah lambang bangsa Arab Kan'an. Ia ada sejak ribuan tahun dahulu. Bangsa Arab Kan'an menggunakan bintang ini sebagai lambang kaum mereka. Sebab itu, ketika Salahuddin datang, dia membina tingkap ini dengan mengekalkan lambang bintang enam ini sebagai menghormati kaum Arab Kan'an yang telah Islam. "

"Orang Kan'an merupakan penduduk asal tanah Palestin ini. Sebelum Israel dibawa oleh Nabi Musa ke Palestin, mereka telah ada. "
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2011 01:17 PM | Show all posts
masjid zahir pun ada star of david ni, so paka2 konspirasi jgn terus kata simbol ni simbol setan yer...mesti ada nilai sejarah di sebaliknya (benci btol kalau ada yg kata tu simbol setan, ni simbol setan)





















masjid zahir alor staq
masjid2 lain






A Star of David inside the prayer niche of a 16th century mosque at Bakhchysaray.
















banyak lagi contoh stark of daud ni: http://petikanbuku.blogspot.com/2010/09/simbol-star-of-david-dalam-islam.html

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2011 03:01 PM | Show all posts
Post Last Edit by ultrakasino at 12-6-2011 15:02

info yg menarik.... apa kata pengamal2 teori konspirasi?
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2011 03:39 PM | Show all posts
aku pernah bukak thread pasai simbol moggen david ni

http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=503413&highlight=
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 12-6-2011 03:53 PM | Show all posts
Childrenofbodom paste balik la kat sini.. hu3.

lagi satu, gambar set geometrik/jangka lukis mason tu sebenarnya adalah di amik dari Lam jalalah



tp di pusingkan (bahawanya depa ni tau pasal Allah tapi engkar dgnnya).. lam jalalah ni sendiri byk makna.. nnt la aku sembang bab ni.. skrg nak pi bukak kedai jap.. wahaha~
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2011 04:42 PM | Show all posts
alaa...jap lagi ada la pengamal teori konspirasi mengatakan bahawa sejarah Nabi Sulaiman a.s dan Nabi Daud a.s dan lambang2 itu telah dipesongkan...biasa la...konspirasi....

ntah2 lambang astro tu pun ada kena mengena ngan geng2 Dajjal...(tu yg asyik nak naikkan charge je tu)...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-6-2011 05:48 PM | Show all posts
Tahukah anda bahawa star of david yg israel yang dipakai itu adalah lambang Nabi Daud a.s dan mempunyai maksud yg tersembunyi?! Tapi ingin saya memberitahu bahawa ramai remaja2 yang baru kecimpung dalam pengkajian teori konspirasi ini akhirnya jadi takut dengan lambang star of david tu.. depa kata tu lambang setan.. masyallah, jadi, bagi saya ni lah antara fitnah dajal.. bolak balik batil jadi haq dan haq jadi batil.
hasell Post at 12-6-2011 12:25



- wkakaka bongok jugak bebudak konspirashit ni noo. nk jd geng2 teori konspirasi tapi sejarah tataw. lambang seitan ni lah yg banyak menghiasi masjid2, makam, kubor2 org islam di seluruh dunia. lambang ni di'associate dgn yahudi baru berapa ratus tahun saja, yahudi mula guna lambang ni pada kurun ke 17.

-dalam rabbinic literature yg awai tadak pong sebut pasai lambang nie. geng2 kabbalah jah yg mula pakai lambang ni . ya lah kabbalah ni kan yahudi pohnya mysticism depa kaitla simbol ni dgn megik segala. kalau jaman modern ni aku rasa lambang ni start dikaitkan secara rasminya dgn yahudi bila pertubuhan zionist diwujudkan . sebelum2 tu lambang ni bukan asing pong dgn  islam...lambang yahudi yg asai adalah menorah... star of david tak disebut dalam torah , tp menorah ada disebut dalam Exodus 25:31-40.




- turki uthmaniyyah pong guna lambang solomon seal ni.. .. tu tembok yg keliling kota jerusalem (old city wall) pong ada lambang ni. sultan suleiman the magnificient yg bina semula tembok tu dan lambang ni diletak kt tembok katanya berfungsi sebagai protection.



- masa jaman hitler dolo nazi tempek gak badge of shame yg berupa star of david ni kat org yahudi





- lambang ni universal, banyak agama, bangsa yg guna. fungsi utama dia utk protection.  kt kuboq siam pong ada lambang nie.
pakar2 konspirashit jahil memandai ja kata ni lambang seitan bagai, padahai dalam islam pong banyak dipakai. cendekiawan kaballah yg terkenal professor gershom scholem pong  kata simbol ni masuk ke dalam judaism dari islamic tradition.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2011 06:01 PM | Show all posts
Exodus 25:31 . . . "You shall also make a lampstand of pure gold; the lampstand shall be of hammered work. Its shaft, its branches, its bowls, its ornamental knobs, and flowers shall be of one piece" . . .

Exodus 25:32 . . . "And six branches shall come out of its sides: three branches of the lampstand out of one side, and three branches of the lampstand out of the other side."
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-6-2011 06:04 PM | Show all posts
tu la pasal... nak kena explain kat konspirator2 ni hakikat di sebalik simbol2 ni.. insyallah nnt update pasal jangka lukis mason, unfinished pyramid dan stargate.

p/s: mason2 ni pun baru jer, lambang2 ni sejak dahulukalakala lagi dah di guna pakai, then kita arini, dok takut.. kata ni lambang setan, jin, dajjal, bla2.. adeh~ fobia yg ntah apa2
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2011 08:17 PM | Show all posts
Post Last Edit by zaharul_asriq94 at 12-6-2011 20:19

makin berlambak citer konspirasi sana sini...dan ramai yg telan bulat2 (smbil berlagak pandai) ....buduh mmg buduh...nampak benor menipunyer
ish, lambang yahudi kat masjid zahir!! lari wei lari...yahudi dah kuasai....masjid freemason tu!!....suuudaaahh
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2011 12:28 PM | Show all posts
Post Last Edit by tokapi at 13-6-2011 12:38

Di dalam Masjid Kapitan Keling Pulau Pinang pon ada.... Kalau sapa2 masuk sembahyang kat dalam, tengok kat hiasan kat atas.... ada dekat2 kubah tu... Lambang star of david...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-6-2011 01:26 PM | Show all posts
ada 3 jenis seal of solomon / shield of david ni..

1- jenis pentagram




tapi, satanic cult memterbalikkannya jadilah baphomet worshipers seal




2- star of david



tapi yahudi bawaaan mazhab zionisme, menukarnya sebagai lambang mereka, siap wat warna biru lagi.





3- satu lagi jenis heksagon yang terdiri dari lam jalalah




p/s: senang kata, kebanyakkan simbol/lambangan ni di ambil dari Lam jalalah yang membawa maksud 'TIADA' (secara harfiahnya). Nanti kita diskuss pasal lam jalalah (yang mudah di terima)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2011 01:31 PM | Show all posts
Reply 14# hasell

ni 'tafsiran' dari mane ni????
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-6-2011 05:28 PM | Show all posts
- tajul muluk
- mujarobat
- syamsul makrif al kubra dari imam al buni pdf
- berguru dengan Allah - abu sangkan
- Mengenal Roh
- Buku dan naskah - ABJAD Malaysia
- Guru-guru tarikat
- Guru Silat
- Pandangan Darul Shifa dan seumpamanya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-6-2011 05:36 PM | Show all posts
- tajul muluk
- mujarobat
- syamsul makrif al kubra dari imam al buni pdf
- berguru dengan Allah  ...
hasell Post at 13-6-2011 17:28


Guru yaya????
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-6-2011 06:44 PM | Show all posts
ko nak mampus ke unek hah?!
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2011 08:10 PM | Show all posts
ada 3 jenis seal of solomon / shield of david ni..

1- jenis pentagram




tapi, satanic cult ...
hasell Post at 13-6-2011 13:26



cerita la pasal lam jalalah
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2011 08:13 PM | Show all posts
ko nak mampus ke unek hah?!
hasell Post at 13-6-2011 18:44


cerita je apa yg kita nak cerita, takde siapa boleh larang. kalau ada orang pertikai, kita bincang, habis2 takde isu, ignore je. janji apa yang nak disampaikan tu terlaksana. sesiapa pun boleh baca.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 03:58 AM GMT+8 , Processed in 0.078323 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list