CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1379|Reply: 2

Dibebas, bapa tak mampu bayar wang tebusan

[Copy link]
Post time 14-6-2011 12:04 PM | Show all posts |Read mode
HULU SELANGOR 13 Jun - Sekumpulan empat lelaki bertindak membebaskan seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun yang diculik setelah bapa mangsa memaklumkan tidak mampu membayar wang tebusan.

Mangsa merupakan anak seorang pengusaha kedai kopi dan kolam ikan telah diculik di hadapan rumahnya di Kampung Baru Air Panas, Kerling, di sini, pada Jumaat lalu.

Kanak-kanak terbabit bagaimanapun dibebaskan tanpa dicederakan berhampiran Hospital Sungai Buloh dekat sini pada keesokan harinya iaitu selepas 29 jam diculik.

Bapa mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Liew Hong, 52, ketika ditemui di rumahnya di sini, hari ini memberitahu, anak sulungnya itu dipercayai diculik oleh empat lelaki dengan menaiki kereta Perodua Myvi semasa keluar rumah untuk menemui rakannya pada pukul 7 pagi.

"Anak saya keluar rumah pada awal pagi kerana mahu mengambil basikal bermotor yang dipinjamkan kepada kawan," katanya.
Menurut Liew Hong, penculik mungkin mengambil kesempatan menculik anaknya kerana rumah mereka terletak di tepi sekali bersebelahan dengan sebuah lorong.

Katanya, insiden penculikan terbabit kebetulan dilihat oleh seorang jiran wanita yang kemudian memaklumkan perkara itu kepada adik iparnya yang berada di pasar berhampiran ketika itu.

Tambahnya, sebaik sahaja mengetahui kejadian itu, mereka sekeluarga segera melancarkan operasi mencari mangsa melalui laman sosial Facebook dan menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada kenalan sebelum membuat laporan polis.

"Pada pukul 4 petang, saya dihubungi oleh penculik yang meminta wang tebusan RM50,000 tetapi saya berterus-terang memaklumkan tidak mempunyai wang sebanyak itu.

"Penculik kemudian tidak menghubungi saya sehinggalah anak saya dibebaskan pada pukul 12 tengah hari berhampiran Hospital Sungai Buloh pada keesokan harinya," kata Liew Hong.

Menurut Liew Hong, anaknya menghubungi keluarga setelah meminjam telefon bimbit daripada seorang pengawal keselamatan.

sumber utusan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-6-2011 04:37 PM | Show all posts
Nasib baik xde ape2...
buatnya penculik 2 nk jgk dwt 2 jenuh
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2011 01:30 AM | Show all posts
setakat bapaknya ada kolam ikan banyak mana la duit


baik colek anak menteri.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:48 AM GMT+8 , Processed in 0.225070 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list