CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
12Next
Return to list New
View: 15602|Reply: 29

Shila Amzah dedah trauma jadi bintang cilik sejak kecil - "Beri kesan pada mental dan fizikal saya"

[Copy link]
Post time 29-1-2026 02:44 PM | Show all posts |Read mode





"Sejujurnya, menjadi bintang cilik yang bermula terlalu awal, apatah lagi membesar di mata umum, seseorang itu sebenarnya kehilangan peluang untuk menjalani proses pembesaran yang normal."

Demikian pendedahan penyanyi, Shila Amzah mengenai realiti pahit dan cabaran mental yang terpaksa dilalui oleh individu yang memulakan kerjaya seni sejak usia kanak-kanak.

Shila, 35, mengakui pengalaman itu memberi kesan mendalam terhadap perkembangan mental dan fizikalnya sehingga dia sendiri pernah mendapatkan bantuan pakar.

Menurut penyanyi lagu Patah Seribu ini, peralihan fasa kehidupan daripada seorang bintang cilik kepada dewasa bukanlah satu perjalanan yang mudah jika tidak disertakan dengan sistem sokongan yang betul.

"erkara ini memberi kesan besar dari segi mental dan fizikal. Saya sendiri pernah mendapatkan rawatan dan berjumpa dengan doktor untuk perkara ini.

"Jika sokongan yang diberikan hanya tertumpu kepada kerjaya semata-mata, peralihan itu akan menjadi sangat sukar buat mereka," katanya.

Mengulas lanjut, isteri kepada pempengaruh Ubai ini menjelaskan bahawa masyarakat sering mempunyai persepsi salah terhadap bintang cilik yang sedang meningkat remaja.

"Apabila seseorang bintang cilik itu mencapai usia sekitar 18 atau 19 tahun, mereka sering dianggap lebih matang berbanding rakan sebaya.

"Hakikatnya, apabila zaman kanak-kanak mereka 'diragut' lebih awal, kesannya pasti akan mengganggu kesihatan mental," katanya.

Atas dasar pengalaman sendiri, Shila secara terbuka menyatakan dia tidak menggalakkan kanak-kanak untuk terjun ke dalam industri hiburan pada usia terlalu muda.

"Dalam usia yang masih muda, perkara kecil boleh menjadi beban emosi yang berat, sukar membezakan antara betul dan salah kerana terlalu mengikut telunjuk pihak lain dan cenderung mengalami tekanan akibat jangkaan melampau daripada umum," katanya.

Terbaharu, Shila bakal mengadakan Konsert 25 Tahun Shila Amzah yang akan berlangsung di Dewan Filharmonik Petronas (DFP), Kuala Lumpur City Centre (KLCC) pada 9 Mei depan.


Sumber : Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2026 02:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau chill2 je tak boleh ka. Kena dera ke dia ni masa kecil. Ke di paksa bekerja.
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2026 03:06 PM | Show all posts
DeLuna85 replied at 28-1-2026 08:47 PM
Kalau chill2 je tak boleh ka. Kena dera ke dia ni masa kecil. Ke di paksa bekerja.

Ikut cerita kat podcast2, dia diperah habis-habisan, bukan cari duit untuk diri sendiri, tapi untuk seisi keluarga, untuk sara mak, pak, adik2 biawak ye sejak kecik.
Kena heret pergi show sana sini, pokcik amzah lala tu jadi manager, terima semua show, sekolah tetap kena pegi, semua pertandingan kena masuk. Ada kawan kat sekolah pun 2-3 orang pastu kawan pulak kawin ngan bapak dia...hahaha dah takde kawan dah..
Bapak pulak kuat scam orang scam rakan artis, hutang sana sini, mak tak kerja, adik2 pemalas, dia kena bayar semua.
Masuk contest kat China tak merasa sesen pun duit semua bapak dia kaut.
Sampai lah sheols kena kawin pun dengan family friends/jiran, tapi terkawin ngan biawak pelat slang british pulak..sambung lagi jadi bread winner... sampai lah cerai, dia kawin baru dengan Ubai ni baru dapat merasa duit dia, dapat berbelanja, jalan-jalan tengok wayang, naik motor, beli jajan.

Sekian meols buat ringkasan kisah hidup Xila Amxia.
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2026 03:19 PM From the mobile phone | Show all posts
DeLuna85 replied at 29-1-2026 02:47 PM
Kalau chill2 je tak boleh ka. Kena dera ke dia ni masa kecil. Ke di paksa bekerja.

Kene kerah kerja dr kecik smpai tua.kesian shila ni.dlm hidup dia semua hauk.xde yg meringankan beban langsung.kawen dgn ubai ni nmpk normal sikit.ubai pon ada kene sendiri.
ex husband dia dr keje elok2 tiba2 lepas kahwin makin brhenti.sedap agaknya hidup org sponsor.
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2026 03:26 PM From the mobile phone | Show all posts
prince_marhaen replied at 29-1-2026 03:06 PM
Ikut cerita kat podcast2, dia diperah habis-habisan, bukan cari duit untuk diri sendiri, tapi untu ...

Aku pula yg mcm nak kena anxiety baca ni. Bapak dia memang kuat MLM kan sebelum ni.
Skrg mak dia dah kawin pegawai tentera dapat la potongan paksa tiap bulan.
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2026 03:26 PM From the mobile phone | Show all posts
hasniey replied at 29-1-2026 03:19 PM
Kene kerah kerja dr kecik smpai tua.kesian shila ni.dlm hidup dia semua hauk.xde yg meringankan be ...

Betul la sejak dgn ubai memang nampak dia bahagia
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-1-2026 03:55 PM From the mobile phone | Show all posts
prince_marhaen replied at 29-1-2026 03:06 PM
Ikut cerita kat podcast2, dia diperah habis-habisan, bukan cari duit untuk diri sendiri, tapi untu ...

Sapa ex laki bewak nya tu dia kenal mcm mana? Mohon suapin
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2026 03:56 PM From the mobile phone | Show all posts
hasniey replied at 29-1-2026 03:19 PM
Kene kerah kerja dr kecik smpai tua.kesian shila ni.dlm hidup dia semua hauk.xde yg meringankan be ...

Ubai pun mcm keje odd jobs tp dik shila okay okay je means she is okay lah janji ko jgn letak segala atas bahu dia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2026 04:04 PM | Show all posts
anarina replied at 28-1-2026 09:55 PM
Sapa ex laki bewak nya tu dia kenal mcm mana? Mohon suapin

Haris kot nama dia, anak kenalan/jiran family Shila, kira mak pak kenen2kan.
Besar & lahir oversea, sebelum kawin Xila ada buat vlog kekonon boipreng oversea cakap slang British...duduk kat UK, muka macam lembam2 gitu. Kira tetiba Xila pun cakap slang brikkish.. hahahahahahaha.. masa tu cam loving lah.. hujung2 hausss...
Masa tu dia kerja oversea, akauntan, lepas kawin duduk Malaysia, duduk rumah Xila kat Cyber, tak bayar apa2, takde kerja, tak cari kerja kat sini, sampai la Xila pregnant tanggung semuanya...still takde kerja.
Pastu cerai.. lepas cerai dia tak amik tau hal anak tu pun. Pastu mak pak dia pulak ada hal.


Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2026 04:51 PM | Show all posts
kesian dia ni, parents mmg betul tak guna. mak tu nasib baik kawen ngan pokcik askar tu, lega agaknya shila takyah heboh nak kena tanggung
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2026 05:31 PM From the mobile phone | Show all posts
prince_marhaen replied at 29-1-2026 03:06 PM
Ikut cerita kat podcast2, dia diperah habis-habisan, bukan cari duit untuk diri sendiri, tapi untu ...

Tp ubai tu pon bukan ada keje tetap nmpak nya. Buat masa ni mmg nampak sikit² job. Kang sendu, shilalat juga kena tanggung. Malang betol hidop shilalat.

Walau diperah dari kecik, tp x nampak kaya pon. Dah kawen baru ni pon nmpak shilalat mcm acik acik ahso biasa² je.
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2026 05:32 PM From the mobile phone | Show all posts
prince_marhaen replied at 29-1-2026 04:04 PM
Haris kot nama dia, anak kenalan/jiran family Shila, kira mak pak kenen2kan.
Besar & lahir oversea ...

Lahh dia ni pun mmg jenis anak ikut kata bethol, i mean ko sebagai retisss byk choice kot, yg tu jugek tersangkot los tu bewak abis. Dgn Ubai walau heshe biasa2 je tp she happy
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2026 05:50 PM From the mobile phone | Show all posts
anarina replied at 29-1-2026 05:32 PM
Lahh dia ni pun mmg jenis anak ikut kata bethol, i mean ko sebagai retisss byk choice kot, yg tu j ...

Dia dah dididik dari kecik kena taat kat manager tak berbelah bagi #ytjt

Dah kena brainwash macam2 ... chenta terlarang pun dah kawen lain. Tapi chenta hati hauk sungguh,  netizen tak approve

Sejak kawen dgn ubai nampak dia berani.... jual rumah & confident buat decision utk diri sendiri

Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2026 06:43 PM From the mobile phone | Show all posts
prince_marhaen replied at 29-1-2026 03:06 PM
Ikut cerita kat podcast2, dia diperah habis-habisan, bukan cari duit untuk diri sendiri, tapi untu ...

Sedih jugak ya. Nasib tak jadi macam Acik Britney Spears.
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2026 06:47 PM From the mobile phone | Show all posts
DeLuna85 replied at 29-1-2026 02:47 PM
Kalau chill2 je tak boleh ka. Kena dera ke dia ni masa kecil. Ke di paksa bekerja.

Kerja kerja kerja..duit semua kena sapu
Masa sheols start nyanyi semula selepas bercerai sheols ckp start dari zero..itu yg masuk pertandingan sana sini, sgt kt Podcast Pak Nil
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2026 06:58 PM From the mobile phone | Show all posts
prince_marhaen replied at 29-1-2026 04:04 PM
Haris kot nama dia, anak kenalan/jiran family Shila, kira mak pak kenen2kan.
Besar & lahir oversea ...

Ex lakinya tu pun kena kawin paksa ke? Sebab tu mogok tak nak kerja bila pindah Malaysia?  Ada qualification la kan kalau kat UK kerja accountant? Pelik pulak bila kat sini terus tak function dan memilih jadi bewak. Sekarang apa jadi kat exnya tu? Masih kat Malaysia ke atau pindah balik UK?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2026 07:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Zaman kanak2 lagu mari berdansa rasanya lagu x byk mana biasa2 ja, kalau compare artis lain feminin krisya kluangman ruhil new boy exist 4u2c dll
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2026 07:07 PM From the mobile phone | Show all posts
ragazza replied at 29-1-2026 09:50 AM
Dia dah dididik dari kecik kena taat kat manager tak berbelah bagi #ytjt

Dah kena brainwash macam ...

Acit doakan ex manager kertu hauk tu mati pucuk, vinik skendel dengan jantan muda, went bengkrep duit suma abis dan terlantar sensorang di katil hospital sebelum mati sensorang juga.
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2026 07:22 PM From the mobile phone | Show all posts
ninja boy replied at 29-1-2026 07:07 PM
Zaman kanak2 lagu mari berdansa rasanya lagu x byk mana biasa2 ja, kalau compare artis lain feminin  ...

betul... tkde langsung lagu xila masa kecik2 yang org sebut2 ... masa  kecik2 byk buat show sana sini heret shada sekali  &  masuk pertandingan.... masa kat china xila wow sgt .... kira xila ni memang bermula dgn susah payah dari kecik alala "street smart"
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2026 07:46 PM From the mobile phone | Show all posts
prince_marhaen replied at 29-1-2026 03:06 PM
Ikut cerita kat podcast2, dia diperah habis-habisan, bukan cari duit untuk diri sendiri, tapi untu ...

Masa dia kahwin dgn ex husband dia dulu..iols msih igt lagi kemain diaa sendiri gebannngg laki dia ketika itu kerja bank di overseaaa....yaa..memg dia ada cakap camtu..oleh kerana iols tgok laki nyaa punya slang british kemain lagi..iols yg masih naif ini percayaa apa dia bgthu...
Rupanyaa biawak yaaa
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 54657 Replies : 1057
[Netflix 2026] Take Charge of My Heart - Kim Youngkwang, Chae Soobin (Q4 2026)
heythere123[Netflix 2026] Take Charge of My Heart -
Views : 32898 Replies : 17
Hilang lebih RM3,000 penangan ringgit mengganas.Pekerja Malaysia di Singapura tertekan
AbahmungHilang lebih RM3,000 penangan ringgit me
Views : 18108 Replies : 14
Akhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
af_maniaAkhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
Views : 3750 Replies : 49
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 277047 Replies : 1510
Nora tak jadi cerai, tarik balik tuntutan berpisah
Glass_shoesNora tak jadi cerai, tarik balik tuntuta
Views : 43234 Replies : 76
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 358832 Replies : 3535
Wajah-wajah orang politik tersohor negara masa muda dan kini
piyek92Wajah-wajah orang politik tersohor negar
Views : 13880 Replies : 15
Hantu Cina lapar perosak forum
laqoyahHantu Cina lapar perosak forum
Views : 22268 Replies : 2
Tan Sri? Zainuddin Md Noh
ZORRO5555Tan Sri? Zainuddin Md Noh
Views : 3883 Replies : 58

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2026 11:57 PM GMT+8 , Processed in 0.086682 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list