CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 10511|Reply: 2

[Tempatan] Terengganu Bertegas REE Adalah Hak Negeri Sepenuhnya

[Copy link]
Post time 14-2-2026 11:54 AM | Show all posts |Read mode

KUALA TERENGGANU, 12 November – Kerajaan Negeri Terengganu menegaskan bahawa pengurusan dan hasil sumber mineral nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE) adalah hak negeri sepenuhnya seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Pengerusi Jawatankuasa Ekonomi Digital, Pendapatan Baharu, Perdagangan, Perindustrian dan Teknologi Hijau negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata perkara itu turut dipersetujui Majlis Menteri Besar SG4 (Terengganu, Kelantan, Kedah dan Perlis) dalam kenyataan pada 30 Oktober lalu yang menuntut pengurusan hasil sumber mineral negeri dilaksanakan secara adil dan telus.

“Saya kira jelas pendirian tegas pihak kerajaan agar segala sumber mineral nadir bumi yang terdapat di dalam sempadan negeri adalah hak milik negeri sebagaimana termaktub di bawah Jadual Kesembilan (9), Perlembagaan Persekutuan.

“Kita ambil pendirian tegas ini setelah mengambil kira pengalaman lama berkaitan isu royalti petroleum supaya tidak berulang,” tegasnya ketika menggulung perbahasan Belanjawan 2026 pada Mesyuarat Ketiga Penggal Persidangan Ketiga DUN Terengganu ke-15 hari ini.

Sementara itu, Terengganu turut bersedia bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan dalam membangunkan rantaian nilai penuh industri REE daripada penerokaan, pemprosesan hingga penghasilan produk berasaskan mineral itu asalkan hak negeri dihormati serta manfaat ekonomi turut dinikmati rakyat setempat.

Katanya, Pelan Strategik NR-REE Negeri Terengganu telah pun siap dan menjadi antara yang terawal di negara ini.

Jelas beliau, ia menggariskan lima objektif utama termasuk pengurusan lestari berasaskan prinsip ESG, pembangunan tenaga kerja tempatan serta penyertaan pelaburan tempatan dan swasta.

“Pelan ini antaranya menetapkan pembangunan industri NRREE tempatan yang berdaya saing, mampan dan meliputi peringkat huluan, pertengahan dan hiliran, enjanaan pertumbuhan ekonomi baharu untuk negeri dengan sektor NR-REE ini sebagai pemangkin pertumbuhan sektor hiliran berteknologi tinggi.

“Pengurusan sumber NR-REE negeri yang bertanggungjawab, lestari serta mematuhi amalan ESG (Environmental, Social, Governance), peningkatan kemahiran dan penyertaan tenaga kerja tempatan dan dan penetapan penyertaan perniagaan tempatan serta pelaburan swasta termasuk meneroka pembinaan kilang pemprosesan di negeri ini,” ujar beliau.

Dalam masa sama, beliau turut menegaskan bahawa kerajaan negeri telah meneroka mekanisme kawalan seperti Klausa Kawalan Penggunaan Akhir (End-Use Control) bagi memastikan sumber REE negeri tidak digunakan untuk tujuan yang bercanggah dengan dasar negara.

“Kita mahu pastikan mineral ini tidak disalahguna untuk pembuatan senjata atau sistem pertahanan asing,” katanya.

Selain isu NR-REE, beliau turut memaklumkan kejayaan negeri menarik pelaburan besar dalam sektor tenaga boleh baharu, termasuk Projek Terminal Regasifikasi LNG di Teluk Kalong, Kemaman oleh E&H Energy Sdn. Bhd serta Projek Solar Terapung Hibrid Hidro (HHFS) di Tasik Kenyir bernilai RM2.9 bilion, hasil kerjasama antara TNB Genco dan Terengganu Inc.

https://www.trdi.my/terengganu-b ... k-negeri-sepenuhnya


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2026 12:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Ye den setuju..jgn jd mcm minyak dulu.. Hasil minyak dtg dr negeri lain .tp labanya utk pembangunan negeri lain..akibatnya, negeri lain berstatus negeri maju, negeri ko..gitu je la..so lawanla selagi ada peluang..
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2026 12:48 PM From the mobile phone | Show all posts
wowwww
inilah yg dikatakan..
baldatun toyyibatun warobbun ghaffurrr…

negeri berkat dan makmur hasil
mahsul melimpah ruah kurniaan Allah swt yg redha dgn makhlukNya.

org bw lari minyak nafikan hak Allah ganti yg lain. takbirrrrr
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2026 01:49 AM GMT+8 , Processed in 0.497046 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list