CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 128|Reply: 0

Firefly yakin capai sasaran

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
SYARIKAT penerbangan komuniti milik Penerbangan Malaysia (MAS), Firefly Sdn Bhd menyasarkan lebih sejuta penumpang menggunakan perkhidmatan hab selatannya iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ismail (LTASI), Senai, Johor, menjelang akhir tahun depan.\rPengarah Urusannya, Datuk Eddy Leong, berkata sasaran itu berdasarkan kepesatan ekonomi dengan adanya projek pembangunan Wilayah Pembangunan Iskandar Malaysia, selain promosi sektor pelancongan di Johor.\r\n\n\n\n\r“Dengan perkhidmatan hab selatan yang memulakan operasi dari Senai ke Kuching, Sarawak hari ini, selain penerbangan domestik  termasuk ke Kota Kinabalu   bulan depan, kami yakin mampu mencapai sasaran berkenaan.\r\r\n\n\n\n\n“Ia juga dibantu dengan beberapa penerbangan ke destinasi termasuk Surabaya dan Bandung, Indonesia, masing-masing mulai 14 Ogos dan 16 Ogos ini dengan kekerapan empat dan tiga kali seminggu,” katanya pada sidang media sempena perasmian pembukaan operasi Hab Selatan syarikat penerbangan komuniti itu di LTASI, semalam.\rSemalam, Firefly melancarkan penerbangan sulungnya dari LTASI ke Kuching menggunakan Boeing 737-400 yang berlepas pada jam 7.30 pagi selain menyambut ketibaan penerbangan dari Kuching ke Senai jam 11.25 pagi. Firefly menyediakan dua penerbangan sehari ke Senai-Kuching dan dari Kuching-Senai.\rHadir sama Timbalan Presiden Kanan MASkargo, Mohd Yunus Idris; Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Johor, Hoo Seong Chang; Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pelancongan Sarawak, Datuk Rashid Khan dan Pengarah Jabatan Pelancongan Johor, Mohammad Isa Abdul Halim.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 03:20 PM GMT+8 , Processed in 0.040631 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list