CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 145|Reply: 0

Debby Ayu tak kisah imej lucah

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
Aktres bertegas adegan filem sesuaiJAKARTA: Aktres yang dikenali ramai sebagai mempunyai imej lucah, Debby Ayu tidak peduli sama sekali dengan tanggapan orang terhadapnya dari segi itu termasuk pihak yang menuduh lakonannya tidak menunjukkan sebarang kemajuan.\r“Saya pernah baca pandangan serong itu di Twitter dan Facebook termasuk mereka yang menyifatkan lakonan saya lebih kurang sama saja.\r\n\n\n\n\r“Saya harap boleh mengucapkan terima kasih kepada mereka. Bagi saya, tak perlu layan pandangan seperti itu kerana saya boleh gila,” katanya ketika mengulas kepada pemberita di sini.\r\r\n\n\n\n\nDitanya sama ada beliau tiada masalah dengan cakap-cakap orang yang suka mengungkit adegan mendedahkan tubuhnya dalam filem, Debby berkata:\r“Itu bukannya soal mendedahkan tubuh atau membuka pakaian. Orang seperti itu sudah berfikiran kotor. Jika terdedah sedikit sekali pun mereka akan memikirkan yang bukan-bukan.\r“Apa yang saya lakukan dalam filem itu, semuanya hasil daripada perbincangan yang teliti,” tegasnya.\rBaginya, watak atau aksi seksi lakonannya bersesuaian dengan perjalanan cerita selain menekankan tawaran lakonan untuknya adalah rezeki  tidak boleh ditolak.\r“Saya tidak bosan melakonkan peranan seksi. Rezeki jangan ditolak dan aksi seksi itu juga sesuai dengan kisah dalam cerita itu,” katanya yang menghadiri tayangan filem terbarunya, Pelet Kuntilanak dengan watak Pamela. –  Agensi

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 12:57 PM GMT+8 , Processed in 0.390010 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list