|
Maria Shriver dijangka terima RM602j hartaLOS ANGELES: Pelakon dan bekas gabenor California Arnold Schwarzenegger, 63, tidak hanya berdepan cemuhan umum berikutan skandal kecurangannya, malah proses perceraian dengan isterinya Maria Shriver, dijangka menelan belanja AS$400 juta (RM1.2 bilion).\rMaria berpisah dengan suaminya selepas mendapat tahu beliau mempunyai anak luar nikah berusia 14 tahun, hasil hubungan dengan pembantu rumah mereka, Mildred ‘Patty’ Baena, 50, dan merahsiakan perkara itu selama 10 tahun.\r\n\n\n\n\r Selepas melantik peguam terkenal Laura Wasser, Maria dijangka memperoleh sejumlah besar harta sepencarian bersama yang bernilai antara AS$200 juta dan AS$400 juta (RM602 juta dan RM1.2 bilion), walaupun pasangan terbabit dilaporkan mempunyai perjanjian pra-perkahwinan, lapor akhbar The Times.\r\r\n\n\n\n\nJumlah ini empat kali ganda lebih tinggi berbanding penyelesaian diperoleh Elin Nordegren, bekas isteri pemain golf Tiger Woods, yang mendapat AS$100 juta (RM301 juta).\rLaura Wasser adalah antara peguam perceraian terkenal Hollywood dan pelanggannya sebelum ini termasuk Britney Spears dan Angelina Jolie. Beliau ketika ini mewakili isteri Mel Gibson, Robyn Moore.\rBapanya, Dennis Wasser, juga seorang peguam perceraian terkenal, pernah mewakili Tom Cruise dan Steven Spielberg, sebagai pelanggan berprofil tingginya.\rWalaupun perincian kekayaan Arnold dan Maria tidak diketahui umum, mengikut undang-undang Califor-nia, mereka perlu membahagikan kekayaan secara sama rata jika tidak mempunyai perjanjian pra-perkahwinan yang sah.\r\n\n\n\n\rKelmarin, Arnold dilaporkan membuat bayaran muka AS$65,000 (RM195,650) untuk kediaman bekas pembantu rumahnya kurang setahun lalu.\rPergolakan kehidupan peribadinya menyebabkan bintang Terminator terbabit terpaksa menangguhkan kemunculan filem barunya, Cry Macho.\rBeliau dilaporkan mem-peroleh AS$12.5 juta (RM37.63 juta) untuk filem itu yang dijadual memulakan penggambaran Ogos ini.\rSiri animasi dibintangi Arnold sebagai superhero juga secara rasmi ditangguhkan. – Agensi
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|