CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 178|Reply: 0

Penyediaan tenaga mahir isu utama

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
Perbincangan meja bulat antara delegasi, komuniti perniagaan sentuh  keperluan pelabur\rSESI perbincangan meja bulat misi perdagangan Malaysia dengan komuniti perniagaan Amerika Syarikat (AS) yang beroperasi di Lembah Silikon dan sekitar San Jose, California, dihujani persoalan mengenai persediaan negara dalam aspek modal insan berkemahiran bagi memenuhi keperluan pelabur.\r\n\n\n\n\r  Rata-rata wakil daripada lebih 20 syarikat yang hadir pada sesi dipengerusikan Naib Presiden Majlis Perniagaan AS-ASEAN, Marc  P Mealy itu menyatakan kebimbangan mengenai perkara berkenaan, khususnya dari segi bekalan tenaga jurutera dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).\r\r\n\n\n\n\n   Walaupun berpuas hati dengan perkembangan Malaysia dari aspek kestabilan politik, kemudahan infrastruktur dan logistik serta insentif ditawarkan, mereka menyarankan kerajaan mencari jalan untuk menyediakan modal insan sedemikian dari sekarang bagi keperluan jangka pendek dan panjang.\r“Kami memang tertarik untuk melabur di Koridor Pembangunan Wilayah Utara (NCER), tetapi hasrat itu terbantut kerana masalah tenaga kerja mahir dalam penghasilan cip. Jurutera yang ada kebanyakannya sudah diambil syarikat besar dan perkara itu akan berterusan,” kata Hock Tan dari Avago Technologies.\rMewakili  Malaysia pada sesi itu, Pengarah Kanan Pelaburan Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA), Phang Ah Tong; Pengarah Kanan Bahagian Dasar dan Rundingan Pelbagai Hala Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), J Jayasiri; Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA), Datuk Redza Rafiq dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC), Datuk Badlisham Ghazali.\rWakil Cisco Systems Inc pula menyarankan kerajaan segera menyemai budaya inovasi dan akademik bertumpu dalam  kalangan generasi muda sebagai langkah jangka panjang dalam menyediakan modal insan berkemahiran.\r\n\n\n\n\rMenjawab persoalan itu, Ah Tong menjelaskan Malaysia sedia maklum dengan isu itu dan sudah merancang pelbagai inisiatif bagi mengatasinya untuk tempoh  jangka pendek dan panjang selain memudahkan pelabur membawa masuk pekerja mahir asing.\r“Kami sudah tubuhkan Talent Corporation (TalentCorp) untuk menguruskan masalah ini. MIDA sendiri dipertanggungjawab menguruskan aspek imigresen bagi syarikat asing yang ingin membawa masuk pekerja mahir dari luar Malaysia. Anda tidak perlu ke Pejabat Imigresen,urus terus di MIDA dan kami sedia membantu,” katanya.\rSesi hampir dua jam itu kemudian disusuli pembentangan pelan dan dialog mengenai  rangka kerja inovasi digital ekonomi yang dibentang oleh Badlisham dan dihadiri lebih 20 wakil syarikat ICT utama dunia, antaranya IBM, HP dan Apple Inc.\rPada sebelah petang, delegasi Malaysia melawat pejabat Cisco, syarikat multinasional terkenal dalam bidang ICT, disusuli pejabat e-Bay Inc.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 03:44 PM GMT+8 , Processed in 0.239576 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list