CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 195|Reply: 0

CIMB untung RM917 juta dalam tiga bulan

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
KUMPULAN perbankan tempatan kedua terbesar, CIMB Group Holdings Bhd mencatatkan keuntungan bersih RM917 juta dalam tempoh tiga bulan berakhir 31 Mac lalu, peningkatan 9.4 peratus daripada RM838 juta yang dicatatnya dalam tempoh sama tahun lalu.\rIni diraihnya di sebalik penurunan 1.3 peratus pendapatan kepada RM2.75 bilion daripada RM2.79 bilion sebelumnya.\r\n\n\n\n\r  Berikutan prestasi itu, CIMB Group mencatatkan pulangan ke atas ekuiti (ROE) sebanyak 15.7 peratus.\r\r\n\n\n\n\n  Ketua Eksekutif Kumpulannya, Datuk Seri Nazir Razak berkata, pencapaian itu dipacu oleh pengukuhan perbankan pelanggan operasi domestiknya dan pertumbuhan berterusan unit perbankan di Indonesia, CIMB Niaga.\r“Kami menetapkan sasaran untuk mencapai ROE 17 peratus bagi seluruh tahun ini dan keputusan suku pertama ini menandakan permulaan baik buat kumpulan.\r“Selain pengukuhan perniagaan perbankan pelanggan, prospek segmen perbankan pelaburan bagi keseluruhan tahun ini juga dilihat amat baik,” katanya.\rNazir menjelaskan, meskipun keuntungan kumpulan merosot sedikit ekoran penurunan pendapatan bukan faedah, namun keuntungan sebelum cukai (PBT) berkembang 9.2 peratus kepada RM1.23 bilion susulan penurunan kerugian kredit yang tinggi.\r\n\n\n\n\rKatanya, berbanding tempoh sama tahun sebelumnya, keuntungan sebelum cukai bahagian perbankan pengguna operasi domestik kumpulan meningkat 83.4 peratus kepada RM343 juta.\rBeliau berkata, keuntungan sebelum cukai bahagian perbankan pelaburan dan korporat pula melonjak 13.6 peratus kepada RM243 juta, sementara bahagian pelaburan dan perbendaharaan merosot 13.1 peratus kepada RM253 juta.\rNazir berkata, dalam tempoh kajian, CIMB Niaga mencatatkan peningkatan keuntungan sebelum cukai 39.2 peratus kepada IDR980 bilion, namun sumbangan unit itu kepada kumpulan merosot 20.6 peratus kepada RM336 juta, susulan penurunan keuntungan hasil jualan bon.\rCIMB Thai pula menyumbang keuntungan sebelum cukai RM37 juta, melonjak daripada RM6 juta dalam tempoh sama tahun lalu.\rSementara itu, Nazir mengumumkan kumpulan akan menangguhkan cadangan penyenaraian berkembarnya di Bursa Saham Thailand (SET), sehingga diumumkan kelak.\r

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 03:21 PM GMT+8 , Processed in 0.703255 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list