View: 257|Reply: 0
|
Staf Hospital Melaka tak dapat elaun seragam
[Copy link]
|
|
SAYA berasa terpanggil untuk mengulas komen Zailani Hashim, Ketua Komunikasi Korporat, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang disiarkan akhbar ini pada 28 Mei 2011.\rUntuk pengetahuan, kami staf dari Hospital Melaka dinafikan tuntutan elaun pakaian seragam pada 2010.\r\n\n\n\n\r Sehingga kini, tuntutan elaun pakaian seragam 2010 tidak diberikan kepada staf Hospital Melaka dan pelbagai alasan diberikan apabila diajukan persoalan pada pihak Jabatan Kesihatan Negeri Melaka.\r\r\n\n\n\n\n Antara alasan yang diberi ialah menunggu peruntukan daripada KKM. Selepas masuk 2011, alasan fail tuntutan hilang pula diberi oleh Jabatan Kesihatan Melaka tetapi kami dimaklumkan bahawa negeri lain tiada masalah mengenai tuntutan elaun seragam 2010.\rTuntutan elaun pakaian seragam tahun ini (2011) mungkin akan mengalami masalah sama. Mahukah KKM melihat staf dan anggota kesihatan memakai pakaian seragam yang lusuh disebabkan tuntutan elaun pakaian seragam mereka dinafikan.\rDiharapkan Jabatan Kesihatan Negeri Melaka tidak berdolak dalik mengenai tuntutan elaun seragam kami kerana ia menyusahkan semua pihak dan menjatuhkan moral kami.\rANGGOTA KECEWA,Masjid Al-Azim, Melaka.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|