CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 138|Reply: 0

‘Jangan besarkan gosip’

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
Kisah hubungan cinta Fahrin dengan anak penerbit heboh diperkatakanJEJAKA kacak bertubuh sasa ini duduk di hadapan sekumpulan media ibarat seorang pesalah yang sedang menanti hakim menjatuhkan hukuman. Hati bergetar, jantung berdebar. Cuma bezanya, senyuman tidak pernah lekang dari bibirnya seolah-olah mengetahui apa tujuan temubual petang itu diadakan.\rPastinya apa yang berlegar di benak pelakon Fahrin Ahmad adalah perkara itu tentunya ada kaitan dengan gosip yang mengatakan yang dia kini dijangkiti virus cinta seorang penerbit, Zetty Adila Ramly yang juga anak kepada pemilik syarikat produksi Global Station Network, Zaiton Muhd Jiwa atau lebih mesra dengan panggilan Kak Ton.\r\n\n\n\n\rSebagai seorang yang pernah melalui pengalaman seperti ini, Fahrin bijak mengawal situasi. Justeru, dari awal lagi dia meminta kepada edia supaya tidak terlalu digembar-gemburkan perkara ini. \r\r\n\n\n\n\n“Memang tiada hubungan cinta. Tak perlulah memperbesar-besarkan perkara ini kerana memang tiada apa yang berlaku antara kami kecuali hubungan sebagai pelakon dan penerbit. Saya tak mahu apabila perkara ini digembar-gemburkan, orang akan salah sangka.\r“Sebagai pelakon yang bekerja di bawah syarikat Global Station Network, saya tak nak nanti orang akan menganggap berlaku pilih kasih apabila saya dilihat kerap berlakon di bawah produksi syarikat ini. Itu akan menyusahkan pihak produksi dan saya sendiri. Saya tak mahu disebabkan gosip ini, produksi itu tidak mahu mengambil saya berlakon di kemudian hari,” kata Fahrin ketika ditemui pada majlis pelancaran drama Suria di Cordoba arahan Mohamed Feroz Kadir.\rTambahnya, perkara itu mungkin timbul disebabkan ada yang melihat kemesraan mereka bagaikan pasangan kekasih.\r“Biasalah pelakon dan penerbit memanglah kena mesra. Tapi tidaklah seperti pasangan bercinta,” pinta Fahrin mengharap secebis pengertian.\r\n\n\n\n\rBukan saja Fahrin yang tak selesa dengan gosip itu, Adila juga berkongsi rasa yang sama. Walaupun agak keberatan mengulas perkara itu pada awalnya, namun untuk tidak mahu terus mengelirukan pelbagai pihak, Adila mengalah juga akhirnya.\r“Masa mula-mula mendengar gosip itu, memang kelakar sangat. Tapi apabila ramai yang bertanyakan perkara sama, saya mula tak selesa. \r“Antara saya dengan Fahrin, hubungan kami terbatas setakat kerja. Mungkin orang melihat status kami sama-sama single membuatkan kami digosipkan bercinta,” katanya dalam nada yang cukup tenang.\rDiusik pertanyaan adalah pemergiannya ke Cordoba itu bertujuan menemani Fahrin, Adila menafikan sekeras-kerasnya.\r“Saya memang kena berada di Cordoba kerana diperlukan untuk menguruskan pelbagai perkara termasuk permit. Lagipun pada masa itu, pelakon Sari Yanti hanyalah seorang saja pelakon wanita yang ada. Jadi saya perlu menemaninya, apatah lagi dia sedang hamil,” katanya yang juga mengharapkan agar gosip ini segera dihentikan supaya pelakon lain tidak salah anggap dengan saya dan menuduh saya ini cuba mengamalkan sikap pilih kasih.\rRehat dari berlakon drama bersiri\rBANYAK komitmen yang perlu diberi perhatian apabila memilih untuk membintangi drama episod. Dan perkara yang harus menjaga keutamaan adalah waktu penggambaran yang agak panjang seperti yang dilalui Fahrin untuk drama Suria di Cordoba ini.Dan disebabkan itulah Fahrin berkata dia mahu berehat dari berlakon dalam drama bercorak rantaian.\r“Tempoh penggambaran yang panjang membuatkan saya tidak mahu berterusan berlakon dalam drama bersiri. Untuk menghasilkan mutu lakonan yang baik, saya memang tidak mengambil tawaran lain. \r“Justeru, selepas ini saya mahu berehat seketika daripada berlakon dalam drama bersiri. Lagipun saya akan terbabit dalam perniagaan internet. Maklumat lanjut mengenai perkembangan terbaru ini saya hebahkan dalam sidang media khas. Masa itu nanti saya akan jelaskan segala-galanya,” kata fahrin yang bakal bekerjasama dengan jutawan internet, Irfan Khairi untuk projek khas itu.\rMengenai kesediaannya berlakon dalam drama bersiri itu, Fahrin berkata pakej yang ditawarkan produksi berkenaan membuka hatinya untuk membawakan watak sebagai Tengku Huzir.\r“Drama ini menyaksikan saya melakonkan tiga peralihan watak, daripada seorang yang jahil berubah kepada seorang yang dekat dengan agama. Selain wataknya yang menarik, Global Station Networks juga mempunyai reputasi yang baik di kalangan pelakon, tidak bermasalah serta pasangan pelakon yang memang saya selesa untuk berlakon bersama mereka.\r“Saya akui memang cerewet dari segi itu dan bila berpuas hati, barulah saya setuju untuk terbabit dalam produksi itu,” katanya.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 03:09 PM GMT+8 , Processed in 0.131202 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list