CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 144|Reply: 0

Terbit filem sendiri

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
Sam curi waktu untuk berehat sambil cari idea filem pertamaDIA pernah meluahkan hasrat mahu berehat sama ada di pusat peranginan tanah tinggi atau menghirup udara segar di tepian pantai. Namun hingga kini apatah lagi sejak meraih gelaran Bintang Paling Popular, jadual harian insan bernama Shaheizy Sam atau mesra disapa Sam itu sentiasa terisi.\n\n\n\nSelepas filem lakonannya meletup bermula dengan Adnan Sempit disusuli Ngangkung, Evolusi KL Drift 2 dan Kongsi serta satu persatu produk lain, anak bujang Khaty Fauziah itu tidak pernah duduk diam apabila terus-terusan disambar penerbit yang sedia ‘membeli’ setiap masa terluangnya.\n\n\n\n\nKini sebaik selesai menyelesaikan pembikinan filem kedua Adnan Sempit, dan sementara menanti penggambaran filem seterusnya, sedikit rongga waktu digunakan untuk bercuti sambil merencana produksi sendiri, iaitu filem sulung terbitan keluarganya.Misi bercuti sambil bekerja terpaksa dilaksanakan serentak namun Sam tidak ralat sebaliknya teruja menanti tarikh 6 Jun ini untuk berhimpun dengan beberapa teman akrab yang turut terbabit dalam projek besar berkenaan.“Ya, boleh dikatakan itu agenda dua dalam satu. Walaupun ia sebenarnya lebih kepada sesi percambahan idea untuk mendapatkan pengisian merealisasikan filem sulung produksi sendiri yang dijangka hanya dapat direalisasikan November ini.“Inilah saja waktu yang ada sementara menantikan penggambaran Ngangkung 2 yang sepatutnya sudah dijalankan. Disebabkan kebetulan ia ditunda, saya mencuri peluang mengambil angin, tetapi masih dalam mood bekerja,” katanya usai majlis penyerahan Nissan Teana 2.0 berharga RM133,400.\n\n\n\nKereta serba selesa tajaan tajaan Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCMSB) yang juga penaja Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2010 diserahkan Pengarah Eksekutif ETCMSB, Datuk Dr Ang Bong Beng, di ruang pameran kereta edarannya di Jalan Ipoh Kecil, di sini.Wajah gembira jelas tergambar pada air muka aktor berusia 29 tahun itu kerana hadiah yang dipandu pulang itu sebagai lambang sokongan tidak berbelah bagi peminat terhadap arena lakonan yang diceburi sejak zaman kanak-kanak lagi hingga dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular.“Kereta ini sangat bermakna buat saya. Sudah pasti saya akan menggunakannya, malah insan pertama yang akan saya bawa menaiki hadiah istimewa ini adalah Mummy yang tidak putus mendoakan kesejahteraan kami adik-beradik. Dialah pembakar semangat saya,” katanya lagi yang berhasrat mendapatkan nombor pendaftaran kenderaan ABP.Sebagai anak muda, sudah tentu dia mempunyai kereta idaman dan jenama Nissan antara dalam senarai pilihan berdasarkan reka bentuk mewah, pacuan sempurna sekali gus melambangkan gaya tersendiri. Malah ia umpama bulan jatuh ke riba.Ditanya mengenai perancangan selepas percutian pula, dedahnya, dia bakal membintangi filem terbitan Skop Productions berjudul Saya Amat Mencintaimu (SAM) yang difahamkan memulakan pembikinan Julai ini.Menafikan wujud pertelingkahan berikutan kegagalannya memenuhi tawaran membintangi KL Gangster, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik menerusi Evolusi KL Drift 2 itu memaklumkan ia sekadar cerita yang hanya digembar-gemburkan.“Mereka memang ada memberikan tawaran untuk filem arahan Syamsul Yusof itu, tetapi jadual penggambaran bertembung dengan filem Kongsi terbitan MIG Production yang lebih dulu saya terima.“Oleh itu sekarang saya menunaikan janji membintangi filem baru Skop, SAM. Sebenarnya tiada sebarang rasa tidak puas hati. Di pihak Skop mereka memahami keadaan saya, malah saya menghormati perjanjian awal kami dengan memenuhi segala yang kami bincangkan sebelum ini,” katanya yang sinonim membawakan watak komedi.Kongsi anak muda berjiwa besar itu, 70 peratus daripada watak yang akan dilakonkan termasuk dalam SAM nanti adalah dirinya yang sebenar, namun ia sentiasa disesuaikan dengan plot penceritaan.Takutkan komitmenBINTANG yang menyerlah menerusi drama berat ketika zaman kecilnya, Pae, berkata dia akan terus membawakan watak seumpama itu hingga sampai satu tahap penerbit mahu pun peminat muak.“Setiap individu punya cita rasa. Selagi orang mahu menonton saya membawakan karakter seumpama ini, selagi itu saya akan membawakannya. Namun saya sendiri tiada masalah membawakan watak berat seperti yang bakal ditonjolkan dalam Sekali Lagi,” katanya.Ditebak soal hati, si bujang itu nyata masih berteka-teki mengenai gadis pilihan. Cuma akuinya, dia takut memberikan sebarang komitmen dalam perhubungan kerana bimbang berdepan dengan penolakan.Mustahil insan sepopularnya ditolak si gadis? Sambil tersenyum, dedahnya dia boleh dikategorikan sebagai insan pemalu apabila sukar memulakan bicara apatah lagi di hadapan gadis yang baru pertama kali ditemui.“Mungkin ramai tidak percaya, tetapi inilah sikap sebenar saya. Takut cinta ditolak pun antara faktor yang membuatkan saya takut memulakan hubungan.Biarlah, jika ada jodoh ia akan hadir juga. Cinta saya kini hanya pada Mummy, keluarga dan kerjaya,” tambahnya lagi penuh bermakna.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 08:30 PM GMT+8 , Processed in 0.066966 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list