|
Walaupun tiket mahal, jualannya tetap menggalakkan\rKEDUDUKANNYA sebagai penyanyi solo lelaki terunggul masih belum dapat digugat sesiapa. Meskipun ramai bakat baru hadir membawakan muzik dari genre yang serupa tumbuh bagai cendawan lepas hujan, namun Anuar Zain terus ampuh mewarnai dunia nyanyian dengan cara dan gaya yang tersendiri.\r\n\n\n\n\rSemakin ramai yang cuba untuk menyainginya, semakin jauh anak seni bernama Anuar ini meninggalkan mereka. Terbaru, penyanyi itu meletakkan penanda aras cukup tinggi khususnya di kalangan penyanyi apabila harga tiket menyaksikan persembahannya disifatkan sebagai paling mahal.\r\r\n\n\n\n\nBuktinya, persembahan Up, Close And Personal With Anuar Zain yang bakal dijayakannya pada 15 dan 16 Julai di Mega View Banquet Deck Menara mengenakan harga tiket sebanyak dari RM500 hingga RM1,300. Mungkin mahal, malahan tidak keterlaluan dikatakan harga tiket yang dikenakan lebih tinggi berbanding persembahan penyanyi antarabangsa yang mengadakan konsert di sini.\rBukan cuba mempertikaikan rezeki penyanyi bersuara lantang ini, tetapi terdetik perasaan bangga kerana ada penyanyi tempatan yang mampu mengenakan harga tiket seperti itu. Ini bukanlah satu perkara baru buat Anuar kerana sebelum ini ketika menjayakan persembahan Eksklusif Syawal bersama Anuar Zain di Golden Chersonese Mediahall, Maju Junction, dua tahun lalu harga tiketnya juga mahal.\rKetika itu mereka yang hendak menyaksikan persembahan Anuar Zain perlu mengeluarkan belanja sebanyak RM800, RM700 dan RM600. \rTernyata, tidak hairanlah andai ramai yang melabelkan Anuar sebagai seorang penyanyi paling eksklusif di Malaysia.\r\n\n\n\n\rDiajukan pertanyaan berhubung perkara itu, Anuar berkata, bukanlah tugasnya menentukan harga tiket kerana ia ditentukan oleh penganjur. \rBagaimanapun, katanya, nilai yang dikenakan cukup berbaloi kerana tetamu yang hadir bukan saja dapat berhibur menerusi nyanyiannya tetapi juga berpeluang untuk beramah mesra dengannya.\r“Itulah persembahan yang dinamakan Up, Close and Personal With Anuar Zain. Selain mendengar saya menyanyi, tetamu juga berpeluang bergambar bersama, bersembang dengan saya. Lagipun persembahan ini eksklusif dan tetamu yang hadir terhad kepada 250 orang, jadi saya dapat meluangkan lebih banyak masa bersama mereka.\r“Dari segi persembahan, saya akan menyanyi selama 45 minit tetapi bagi yang biasa menonton persembahan saya sebelum ini, saya tidak pernah berkira dan jika tetamu yang datang memberikan sambutan memberangsangkan, tidak mustahil saya memanjangkan tempoh persembahan,” kata Anuar pada majlis sidang media mengumumkan persembahan itu di Menara Kuala Lumpur, Rabu lalu.\rHadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Menara Kuala Lumpur, Zuraidah Mohd Said.\rPenjelasan Anuar itu turut disokong Zuraidah sambil menyifatkan Anuar adalah penyanyi paling tepat untuk menghiasi projek Up, Close And Personal With... memandangkan dia mempunyai ramai peminat.\r“Tiket untuk menyaksikan persembahan Anuar sudah terjual walaupun harganya mahal. Selain berhibur sambil menikmati hidangan menu Barat, tetamu juga berpeluang untuk memenangi cabutan bertuah yang menawarkan hadiah yang lumayan,” katanya.\rTerkilan kes mahkamah berlanjutan\rADA perkara yang masih berbuku di hati Anuar apabila bercerita mengenai kes tuntutan saman balas bagi menuntut bayaran royalti tertunggak daripada bekas syarikat rakamannya Synchrosound Records Label Music Sdn Bhd (Synchrosound). \rSejak menaiki mahkamah sekitar 2006, sehinggalah kini, prosiding kes itu masih berlanjutan.\rKata Anuar, apa yang membuatkan dia terkilan adalah walaupun jalan penyelesaian sudah semakin hampir, namun dia melihat tindakan Synchrosund seolah-olah cuba melengah-lengahkan perkara itu.\r“Sebelum ini ketika kami membuat tuntutan saman balas bagi menuntut bayaran royalti, pihak terbabit mengatakan mereka tidak mempunyai dokumen kerana syarikat itu ditutup. Tapi ketika membuat bantahan boleh pula mereka mengemukakan dokumen setebal 195 kepada kami dan membuat tuntutan yang tidak ada kena mengena dengan saya.\r“Saya masih ada masa dan akan tetap tunggu sehinggalah kami berjaya dalam kes ini,” katanya yang tidak mahu mengaku kalah.\rAnuar memfailkan tuntutan balas dan pembelaan pada 20 Jun 2006 setelah dia disaman oleh Synchrosound pada 21 April tahun yang sama.\rSynchrosound dalam samannya, mendakwa penyanyi itu memungkiri perjanjian apabila menamatkan kontrak tanpa merakamkan tiga buah album lagi dengan syarikat tersebut.\rBagaimanapun, pada 27 Disember 2007, Penolong Kanan Pendaftar, Siti Aishah Ab. Rashid membatalkan tuntutan Synchrosound. Dalam tuntutan balasnya, Anuar mendakwa, dia dan Synchrosound seharusnya merakam dan mengeluarkan sebuah album sahaja tetapi syarikat itu membabitkannya dalam lebih daripada dua buah album.\rBagaimanapun, dakwanya, syarikat itu tidak pernah memberikan sebarang butiran atau penyata mengenai penjualan album tersebut seperti yang dikehendaki dalam perjanjian.\rINFO\rUntuk tempahan Up, Close And Persoanal With Anuar Zain sila hubungi talian 03-20205444 atau 03 20205499 atau layari laman web www.menarakl.com.my
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|