CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 162|Reply: 0

KidZania: Terap pendidikan dalam hiburan

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
DENGAN bayaran masuk RM55 serta pengalaman lebih lima jam menjadi orang dewasa, KidZania Kuala Lumpur (KidZania) akan dibuka pada penghujung tahun ini bakal menjanjikan keseronokan kepada golongan sasarnya, iaitu kanak-kanak berusia dua hingga 14 tahun.\rTaman tema kanak-kanak pertama di negara ini yang menerapkan unsur pendidikan dan hiburan itu akan dibuka di pusat membeli-belah The Curve, Petaling Jaya.\r\n\n\n\n\r  KidZania bukan saja menjadi tempat untuk berhibur malahan mendidik kanak-kanak menjadi lebih berdikari selain membentuk sahsiah diri mereka memilih kerjaya bersesuaian dengan minat mereka.\r\r\n\n\n\n\n  Jenama francais dari Mexico, KidZania sudah meraih pengiktirafan Taman Tema Terbaik Dunia 2006 menawarkan lebih daripada taman permainan dengan pilihan lebih 40 aktiviti interaktif. \rPengasas dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Xavier Lopez Ancona, berkata taman tema berkonsepkan pendidikan itu bukan saja memberi keriangan kepada golongan sasarnya iaitu kanak-kanak tetapi juga ibu bapa mereka yang turut berpeluang melihat aktiviti yang boleh dilakukan anak mereka.\r“Kami gembira kerana dapat merealisasikan impian kanak-kanak di negara ini untuk turut serta menikmati pengalaman menjadi orang dewasa melakukan pelbagai kerja selain mendidik mereka dengan nilai murni seperti kerjasama, berdikari dan integriti sama seperti kanak-kanak di negara lain seperti di Mexico, Jepun dan juga Indonesia yang sudah pun mempunyai taman tema ini.\r“Konsepnya santai tetapi penuh dengan keseronokan selain diselitkan dengan unsur pendidikan supaya kanak-kanak ini dapat mengetahui hala tuju mereka selain mendapat pengalaman bagaimana ibu bapa mereka bekerja mendapatkan rezeki,” katanya ketika ditemui pada majlis di sini, baru-baru ini.\r\n\n\n\n\rKatanya, pihaknya juga mengalukan penyertaan lebih ramai syarikat korporat dalam penajaan bagi membolehkan pengunjung menguji kemahiran dengan jenama tempatan dan antarabangsa di KidZania Petaling Jaya.\r“Setakat ini, kerjasama dengan beberapa syarikat gergasi dalam dan luar negara sangat baik dan kami sudah pun mendapat penajaan daripada 22 syarikat tetapi masih menerima lagi kerjasama dengan syarikat lain yang berminat.\r“Di sinilah sifat ingin tahu kanak-kanak dapat diuji secara praktikal sama ada ingin menjadi doktor atau ahli bomba, berlakon atau menjadi pembaca berita kerana latihan amali mengenai setiap kerjaya ini ditawarkan di KidZania,” katanya.\rAntara penaja itu ialah Air Asia Berhad, Kumpulan CIMB, Honda Malaysia, Media Prima Bhd, The New Straits Times Press dan Pos Malaysia Bhd.\rSementara itu,  Ketua Pegawai Eksekutif Rakan Riang Sdn Bhd (RRSB), Tunku Datuk Ahmad Burhanuddin, berkata KidZania yang dibangunkan oleh  syarikat usaha sama antara Theme Attractions and Resort (TAR) dan Boustead Curve Sdn Bhd, kini dalam proses pembinaan dan bakal dibuka akhir tahun ini.\r“Kita percaya taman tema ini akan mendapat sambutan daripada golongan sasar kami termasuk ibu bapa kerana taman tema ini berkonsepkan kekeluargaan dan pendidikan serta sesuai untuk semua.\r“Bukan saja untuk keluarga, malahan kami juga menyediakan pakej menarik untuk murid sekolah selain pakej parti,” katanya.\r

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 09:43 PM GMT+8 , Processed in 0.065776 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list