CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 150|Reply: 0

Sasar 500,000 pemegang kad PLUSMiles

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
PLUS Expressways Bhd menyasarkan jumlah pemegang kad tambah nilainya, ‘PLUSMiles’ akan meningkat 42.9 peratus kepada 500,000 menjelang akhir tahun ini berbanding 350,000 dengan pelaksanaan insentif ganjaran berganda kad berkenaan.\rPengarah Urusannya, Datuk Noorizah Abd Hamid, berkata insentif berganda yang menawarkan rebat tol lima peratus bagi setiap pembayaran tol minimum RM100 sebulan kepada pemegang kad PLUSMiles, adalah usaha berterusan syarikat itu bagi menggalakkan penggunaan kad elektronik di kalangan orang ramai.\r\n\n\n\n\r  Ia juga inisiatif bagi memberikan kemudahan tambah nilai kepada orang awam yang menggunakan lebuh raya di bawah kendalian PLUS Expressways.\r\r\n\n\n\n\n  Katanya, lebih ramai pengguna lebuh raya akan beralih kepada penggunaan kad elektronik untuk membayar tol kerana ia lebih mudah dan pantas berbanding bayaran tunai.\r“Kita jangka penggunaan kad elektronik bagi pembayaran tol akan meningkat dengan pelaksanaan strategi baru yang menggalakkan pengguna beralih dari bayaran tunai kepada bayaran secara elektronik,” katanya kepada media selepas majlis pelancaran insentif ganjaran berganda kad PLUSMiles 1Malaysia di Persada PLUS, di Kuala Lumpur, semalam.\rMajlis itu disempurnakan Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, Datuk Thomas George yang mewakili menteri berkenaan. Hadir sama Pengerusi PLUS Expressways, Tan Sri Mohd Sheriff Mohd Kassim, Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia, Datuk Ir Ismail Md Salleh, Pengerusi AAM, Tunku Mudzaffar Tunku Mustapha dan Pengarah Urusan PROTON, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamad Tahir.\rSecara purata terdapat 1.3 juta pengguna menggunakan lebuh raya kendalian PLUS Expressways sehari dengan 55 peratus darinya menggunakan kad elektronik untuk membayar tol.\r\n\n\n\n\rSelain rebat tol, antara ganjaran yang bakal dinikmati pemegang kad PLUSMiles melalui insentif berganda itu ialah perkhidmatan trak tunda sejauh 35 kilometer daripada panel bengkel AAM dan servis, peluang menukar mata ganjaran kad ‘Smiles’ Esso dan Mobil kepada tambah nilai percuma PLUSMiles, unit SmartTAG dan PLUSMIles bagi bakal pembeli kereta PROTON serta mata ganjaran serta diskaun daripada rakan-rakan PLUSMiles.\rInsentif kad PLUSMiles itu terpakai di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE), Lebuh Raya Laluan Kedua Persekutuan, Lebuh Raya Seremban-Port Dickson, Lebuh Raya ELIT, Lebuh Raya Link Kedua dan Lebuh Raya Butterworth-Kulim.\rInsentif ganjaran berganda tidak termasuk rebat tol 20 peratus yang kini dinikmati mereka yang menggunakan sistem elektronik untuk membayar tol sebanyak 80 kali sebulan.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 04:22 AM GMT+8 , Processed in 0.177883 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list