CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 171|Reply: 0

Analisis Saham: Bank Islam berjaya kukuh kedudukan

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
Penjenamaan semula turut berhasil jana keuntungan BIMB Holdings Bhd kini berada pada landasan terbaik untuk terus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara institusi kewangan Islam utama di Malaysia.\rBeberapa tahun kebelakangan ini menyaksikan kegiatan rancak pengurusan baru BIMB Holdings menukar kerugian dan legasi masalah kewangan yang dialami Bank Islam suatu ketika dulu kepada pertumbuhan pendapatan dan keuntungan.\r\n\n\n\n\rIa turut menyaksikan penjenamaan semula korporat dua anak syarikatnya, Bank Islam dan Takaful Malaysia.\r\r\n\n\n\n\nPenganalisis Maybank IB Research, Desmond Ch’ng dalam nota penyelidikannya berkata, nilai sebenar Bank Islam  terletak pada statusnya sebagai bank Islam ketiga terbesar di negara ini dengan 117 cawangan dan 968 terminal perkhidmatan sendiri.\rKatanya, Bank Islam juga kini mempunyai kedudukan kewangan paling kukuh berbanding sebelumnya.\r“Nisbah deposit pelanggan ke pembiayaannya kini 51 peratus dengan deposit pelanggan yang kukuh di mana nilai akaun simpanan dan semasa mewakili 44 peratus daripada deposit keseluruhan pengguna setakat akhir Mac lalu, berbanding purata industri perbankan Islam iaitu 24.9 peratus,” katanya.\rSelain itu, di tengah persaingan sengit dalam lingkungan sektor kewangan Islam beliau tidak menolak berlakunya perubahan pegangan saham dalam bank itu pada masa depan, yang kini adalah anak syarikat 51 peratus BIMB Holdings.\r\n\n\n\n\rSementara itu, Ch’ng berkata, nilai sebenar Takaful Malaysia adalah pada kedudukannya sebagai unit takaful am dan keluarga paling menguntungkan selain memiliki lesen mengendalikan perniagaan kedua-dua jenis takaful itu di Indonesia.\r“Syarikat itu juga mempunyai penilaian yang murah dengan  harga saham semasanya RM1.90, Takaful Malaysia didagangkan pada 22 peratus diskaun daripada nilai bukunya RM2.55 setakat akhir Mac lalu,” katanya.\rDari segi segmen, operasi perbankan Bank Islam menyumbang 79 peratus kepada keuntungan sebelum zakat dan cukai (PBZT) kumpulan BIMB Holdings pada suku pertama 2011 manakala perniagaan takaful menyumbang kepada bakinya.\rSelepas menyaksikan kerugian besar pada 2006, beberapa tahun kebelakangan ini menyaksikan usaha pemodalan semula Bank Islam dan ia kembali mencatatkan keuntungan dengan PBZT Bank itu pada suku pertama berkembang 29 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.\rPembiayaan bersih Bank Islam meningkat 4.7 peratus bagi tahun kewangan, mewakili pertumbuhan sebanyak 19 peratus bagi 2011.\rSementara itu, pembiayaan pelanggannya setakat akhir Mac lalu mewakili 75 peratus daripada nilai pinjaman keseluruhan, manakala pembiayaan komersial dan korporat masing-masing adalah 12 dan 11 peratus.\rMutu pinjamannya turut meningkat apabila nisbah pembiayaan tidak berbayar (NPF) Bank Islam kini hanya 4.29 peratus setakat akhir Mac lalu berbanding 24.2 peratus pada Jun 2006.\rMaybank-IB meletakkan harga wajar BIMB adalah RM2.30 sesaham, iaitu kira-kira 21 peratus lebih tinggi berbanding harga saham semasanya.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 03:57 AM GMT+8 , Processed in 0.035192 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list