|
Sentimen lemah akibat bimbang pertumbuhan perolehan ekonomi dunia\rHARGA saham di Bursa Malaysia ditutup rendah semalam dengan penurunan saham mewah menyeret turun indeks petunjuk pasaran. \r\n\n\n\n\r FBM KLCI yang turun 4.48 mata pada sesi pembukaan kepada 1,551.71, mencecah paras tinggi pada 1,552.6 sebelum ditutup rendah kepada 1,545.88, turun 10.31 mata atau 0.663 peratus daripada penutupan Jumaat minggu lalu.\r\r\n\n\n\n\n Indeks Kewangan turun 76.4 mata kepada 14,550.75, Indeks Perladangan susut 23.88 mata kepada 7,832.61 dan Indeks Perusahaan berkurangan 10.26 mata kepada 2,750.2.\rIndeks FBM Emas turun 55.87 mata kepada 10,657.75, Indeks FBM Ace susut 36.48 mata kepada 4,219.59 dan FBMT100 berkurangan 55.939 mata kepada 10,415.36.\rKaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 549 berbanding 206 manakala 271 kaunter ditutup tidak berubah, 433 tidak diniagakan dan 21 yang lain digantung.\rSejumlah 733.03 juta saham bernilai RM1.131 bilion bertukar tangan dengan 783.016 juta saham bernilai RM1.298 bilion pada Jumaat minggu lalu.\r\n\n\n\n\rSeorang peniaga berkata, sentimen pasaran lemah disebabkan kebimbangan yang semakin meningkat akan pertumbuhan perlahan ekonomi di seluruh dunia. \r“Sekiranya Amerika Syarikat (AS) memutuskan untuk melaksanakan suntikan mudah tunai tiga, ia sedikit sebanyak memberi sokongan kepada ekonomi. Suntikan mudah tunai dua dijangka berakhir pada akhir bulan ini,\" katanya. \rMenurut laporan media, suntikan mudah tunai dua dimulakan bagi membendung kemelesetan berganda. \rDi bursa tempatan, jumlah dagangan di Pasaran utama meningkat kepada 558.324 juta saham bernilai RM1.1 bilion berbanding 512.837 juta saham bernilai RM1.247 bilion pada Jumaat minggu lalu.\rJumlah dagangan di Pasaran ACE turun kepada 123.965 juta saham bernilai RM23.036 juta daripada 203.976 juta saham bernilai RM36.557 juta sebelumnya.\rWaran susut kepada 37.299 juta unit bernilai RM5.62 juta daripada 62.877 juta unit bernilai RM11.387 juta.\rDi kalangan saham cergas, Compugates Holdings dan XOX naik setengah sen masing-masing kepada 6.5 sen dan 52.5 sen manakala Focus Dynamics Technologies susut setengah sen kepada enam sen. \rDi kalangan kaunter rugi utama, Genting jatuh 30 sen kepada RM11.02, Amway (M) Holdings susut 22 sen kepada RM9.50 dan Malayan Flour Mills berkurangan 19 sen kepada RM7.81.\rDi kalangan saham wajaran tinggi, Maybank susut enam sen kepada RM8.72 dan CIMB turun satu sen kepada RM8.40 tetapi Petronas Chemicals naik satu sen kepada RM7.06.\rTenaga Nasional turun dua peratus atau 13 sen untuk ditutup kepada RM6.68 manakala Sime Darby susut dua sen kepada RM9.18.\rBarangan pengguna menyumbang 22.972 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, barangan perusahaan 96.709 juta, pembinaan 28.385 juta, perdagangan dan perkhidmatan 230.289 juta, teknologi 25.918 juta, prasarana 13.101 juta, kewangan 67.206 juta, hotel 479,600, harta 55.636 juta, perladangan 12.165 juta, perlombongan 51,100, REITs 5.304 juta dan dana tertutup 107,800. – BERNAMA
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|