CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 207|Reply: 0

Bisnes Dunia: Inflasi China tepati ramalan

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
Indeks harga pengguna naik 5.5 peratus\rPASARAN Asia meningkat semalam berikutan kadar inflasi China yang menepati ramalan manakala pasaran di Tokyo melonjak susulan bank pusat negara itu bercadang meningkatkan saluran pembiayaan bagi merancakkan pertumbuhan ekonominya selepas bencana gempa bumi. \r\n\n\n\n     \r  Sumber di Beijing dilaporkan berkata, indeks harga pengguna naik 5.5 peratus pada Mei berbanding tempoh sama tahun sebelum adalah peningkatan paling pantas dalam jangka masa tiga tahun, meskipun usaha pemimpin negara terbabit membendung inflasi dan siri kenaikan kadar faedah serta mengetatkan dasar monetari.    \r\r\n\n\n\n\n  Pasaran Shanghai didagang 1.20 peratus lebih tinggi pada tengah hari dan pasaran Hong Kong kembali meningkat pada kedudukan 0.30 peratus lebih tinggi berbanding sesi dagangan pada pagi. \rTokyo melonjak 1.05 peratus atau 99.58 mata kepada 9,547.79 mata dan Seoul naik 1.37 peratus atau 28.09 mata kepada 2,076.83 mata manakala Sydney naik 0.50 peratus atau 22.9 mata kepada 4,585.0 mata.      \rSementara itu di pasaran Taipei meningkat 1.33 peratus atau 116.26 mata kepada 8,829.21 mata.   \rPasaran saham serantau meningkat berikutan kebergantungan negara Asia terhadap China selaku ekonomi kedua terbesar dunia mendahului Jepun. \r\n\n\n\n\rKadar inflasi China yang naik pada April kepada 5.3 peratus adalah kenaikan tertinggi sejak Julai 2008 apabila kadar inflasinya mencecah kepada 6.3 peratus, menambah tekanan kepada bank pusat untuk mengumumkan kenaikan kadar faedah yang kelima sejak Oktober mahupun mengetatkan pemberian pinjaman daripada bank. \rBeijing menyasarkan kadar inflasinya pada 4 peratus tahun ini.   \rPemerhati berpendapat kelembapan di sektor pembuatan, jualan kereta yang susut serta kegagalan mendapatkan pinjaman dari bank menambahkan lagi kebimbangan negara itu menuju ke arah kemelesetan.  \rBagaimanapun, kebanyakan penganalisis sangsi data pada Selasa menunjukkan pelaburan aset kekal untuk Januari hingga May meningkat kepada 25.8 peratus setahun, peningkatan 25.4 peratus dalam jangka masa empat bulan pertama tahun ini.   Pakar Ekonomi dari Merrill Lynch, Lu Ting berkata, ‘potensi berlaku situasi kemelesetan dijangka rendah’.\rBercakap kepada Dow Jones Newswires, Penganalisis Sekuriti Shenyin Wanguo berkata, data yang diperoleh adalah selaras dengan ramalan awal selepas pasaran dipengaruhi dengan jangkaan kenaikan kadar inflasi selepas berakhirnya beberapa sesi dagangan.\rTokyo menerima rangsangan daripada perancangan bank pusat negara itu yang menambah peruntukan tiga bilion yen (AS$ 37.4 bilion) bagi menggalakkan bank menyalurkan pinjaman kepada sektor tenaga diperbaharui dan perubatan.  \rBank of Japan menawarkan talian kredit mencecah 500 bilion yen bagi memudahkan firma kecil mendapatkan kemudahan tunai daripada bank tanpa penggunaan kaedah tradisi, pembayaran semula sampingan.  \rSaham TEPCO naik 25.12 peratus selepas kabinet Jepun bersetuju merencanakan pembiayaan bagi menolong syarikat utiliti itu memberi pampasan kepada pihak yang terjejas akibat krisis di loji Nuklear Fukushima Daiichi, berikutan kejadian gempa serta tsunami pada 11 Mac lalu.-AFP

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 05:45 AM GMT+8 , Processed in 0.464141 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list