CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 272|Reply: 0

Syarikat Jepun tawar semua saham HPI Resources

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
SYARIKAT Malaysia terus mendapat perhatian pelabur Jepun apabila Oji Paper Co Ltd, pengeluar kertas keenam terbesar dunia yang berpangkalan di Tokyo mengemukakan tawaran untuk membeli keseluruhan saham syarikat pembungkusan Malaysia HPI Resources Bhd pada harga RM258 juta atau RM4.40 sesaham.\rHarga tawaran itu adalah 12 peratus lebih tinggi berbanding harga penutup saham HPI kelmarin, iaitu RM3.93.\r\n\n\n\n\r  Kaunter saham HPI digantung urus niaga semalam bagi memberi laluan bagi pengumuman tawaran berkenaan. Ia akan didagangkan semula hari ini.\r\r\n\n\n\n\n  HPI dalam pengumumannya kepada Bursa Malaysia semalam berkata, tawaran itu dibuat Oji Paper menerusi anak syarikat milik penuhnya, Oji Paper Asia Sdn Bhd (OPA).\r“Lembaga Pengarah sudah menerima notis tawaran pengambilalihan bersyarat daripada RHB Investment Bank yang mewakili OPA, untuk mengambilalih keseluruhan saham HPI pada harga tawaran RM4.40 sesaham, hari ini (semalam).\r“Sejajar dengan Kod Pengambilalihan dan Penggabungan Malaysia, 2010, Lembaga Pengarah akan melantik Penasihat Bebas untuk menasihati pengarah serta pemegang saham mengenai kewajaran tawaran itu,” kata kenyataan itu.\rHPI berkata, tawaran berkenaan akan menjadi kenyataan jika Oji Paper mendapat persetujuan daripada pemegang sahamnya membeli sehingga lebih 60 peratus ekuiti.\r\n\n\n\n\r“Jika ia menjadi kenyataan, OPA tidak berhasrat untuk mengekalkan status penyenaraian HPI di senarai rasmi Bursa Malaysia,” katanya.\rOJI Paper bukan pelabur baru di Malaysia kerana kumpulan itu sebelum ini mengambil alih sebuah lagi syarikat senaraian awam Malaysia iaitu, United Kotak Bhd dalam urus niaga bernilai RM63 juta.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 05:43 AM GMT+8 , Processed in 0.546758 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list