|
KURSUS Ketrampilan Pustakawan yang akan diadakan di Nilai Springs Resort, Nilai, pada 26 hingga 28 Jun ini, dibuka kepada pustakawan, pegawai pusat maklumat dan orang awam yang berminat.\rPustakawan Perpustakaan Tun Seri Lanang, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Ruzita Kamis, berkata kursus anjuran Perpustakaan UKM itu bertujuan meningkatkan ketrampilan diri pustakawan dalam menjalankan tugas.\r\n\n\n\n\r“Kursus tiga hari ini akan mendedahkan pelbagai maklumat berkaitan dengan pembentukan personaliti, pengukuhan rohani dan jasmani, komunikasi dengan pelanggan, pengurusan stres serta pembangunan kerjaya.\r\r\n\n\n\n\n“Selain itu, kursus itu turut menampilkan sesi demonstrasi produk kesihatan dan busana pustakawan ke pejabat daripada syarikat pilihan,” katanya dalam kenyataan melalui e-mel, baru-baru ini.\rRuzita berkata, penceramah pada kursus terbabit ialah Ketua Pusat Sumber, Petronas Petroleum Resource Centre, Azahar Mohd Noor; Konsultan J2K Training Associates Sdn Bhd, Jalaludin Mohd Nor dan pengacara televisyen, Wardina Saffiyah Fadlullah Wilmot.\r“Kursus yang pendaftaran dibuka sehingga 15 Jun ini turut membincangkan persoalan kerjaya dan profesionalisme pustakawan,” katanya.\rYuran penyertaan RM850 dikenakan untuk bilik berkembar dan RM1,050 (bilik perseorangan), manakala maklumat lanjut hubungi Rohana atau Ruzita di talian 03-89215388/4469; faks 03-89214419/3196; e-mel [email protected]/[email protected] atau layari laman web https://sites.google.com/site/kursusketrampilan/home.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|