CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 117|Reply: 0

Rajah Humabon patuh sekatan

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
Panglima percaya masalah selesai secara aman\rMANILA: Panglima angkatan tentera Filipina semalam berkata kapal tentera laut negara itu tidak akan keluar melebihi 200 batu nautika zon ekonomi eksklusif negara berkenaan menghampiri perairan dipertikaikan di Laut China Selatan.\r\n\n\n\n\rJeneral Eduardo Oban, berkata beliau optimistik pertikaian wilayah itu akan dapat diselesaikan secara aman dan mengelak kemungkinan satu konfrontasi senjata.\r\r\n\n\n\n\n“Kami harap ia tidak akan sampai pada  tahap itu,” kata Oban kepada pemberita ketika ditanya jika kapal Rajah Humabon yang dihantar ke kawasan itu boleh mencetuskan pertelingkahan.\rBeliau berkata kapal berkenaan akan berada dalam lingkungan sempadan maritim Filipina dan tidak akan melebihi ke perairan antarabangsa.\r“Saya amat optimistik apa saja konflik akan berlaku di sana akan dapat diselesaikan secara aman dan diplomatik, walaupun apa yang saya katakan bahawa kita akan mempunyai undang-undang maritim dalam zon 200 batu nautika,” katanya.\rManila Jumaat lalu berkata ia akan menghantar Rajah Humabon ke Laut China Selatan, sehari selepas China mengumumkan satu kapal peronda tentera lautnya juga dijadualkan akan melepasi kawasan terbabit.\r\n\n\n\n\rKedua-dua negara itu dan juga Taiwan, Vietnam, Malaysia dan Brunei bersaing terhadap tuntutan di kawasan yang mempunyai sumber minyak di Laut China Selatan terutama di kepulauan Spratly.\rChina mendakwa seluruh Laut China Selatan sebagai kawasan perikanan bersejarah tetapi Filipina mempertikaikan bahawa Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu terhadap negeri Undang-Undang Laut bahawa sesebuah negara mempunyai hak ekonomi eksklusif membabitkan perairan yang jatuh kira-kira 200 batu nautika dalam kawasannya sendiri.\rRajah Humabon, bekas kapal tentera laut Amerika Syarikat pernah digunakan ketika Perang Dunia Kedua adalah antara kapal perang tertua di dunia. \rIa digunakan oleh Tentera Laut Filipina pada 1980. – AFP

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 02:40 AM GMT+8 , Processed in 0.354622 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list