CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 140|Reply: 0

RM10.3 juta untuk KL Gangster

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
Syamsul pelawa Rosyam Nor untuk sambungan filem ituSEJARAH industri perfileman tempatan terus dicipta dengan bangganya apabila hasil tangan anak tempatan yang baru berusia 27 tahun, Syamsul Yusof terus dilakar apabila terbaru arahannya, KL Gangster membuat kutipan kasar RM10.3 juta.\rFilem terbitan Skop Production Sdn Bhd itu dijangka mampu membuat kutipan sehingga RM11 juta kerana mengikut Syarat Wajib Tayang, masih ada seminggu lagi ditayangkan di panggung utama. \r\n\n\n\n\rBagaimanapun, ia mungkin mencatatkan rekod tersendiri iaitu menjadi filem tempatan pertama membuat kutipan kasar melepasi angka RM10 juta menerusi tayangan di panggung mengikut peraturan Syarat Wajib Tayang sahaja, iaitu tidak termasuk tayangan di panggung bebas atau daripada bayaran hak siaran di TV. \r\r\n\n\n\n\nFilem yang mula ditayangkan pada 9 Jun lalu dan berdasarkan kutipan kasar itu, ia sekali gus berjaya menandingi filem Hollywood yang pernah ditayangkan di tanah air hingga hari ini.\rPenerbitnya, Datuk Yusof Haslam berkata, kejayaan KL Gangster itu diukur dari aspek pembikinan yang menyerlahkan hasil kualitinya.\r“Alhamdulillah atas kejayaan ini, sebenarnya saya sedikit bimbang apabila ingin bercerita mengenai kutipan filem yang dikhuatiri menjadi riak. Saya bercerita atas penilaian saya dan pihak pawagam yang meramalkan filem itu mampu pergi lebih jauh.\r“Saya ada melayari internet dan mengetahui sendiri maklum balas daripada mereka yang sudah menontonnya, ramai yang bercerita mengenai aspek komersial dan kualiti penghasilannya dan tidak banyak yang menceritakan mengenai aspek negatif.\r\n\n\n\n\r“Dari ramalan pihak pawagam juga, mereka menyatakan filem ini berkemungkinan akan melepasi RM11 juta sehingga tempoh wajib tayang. Insya-Allah kerana kita masih mempunyai masa beberapa lagi untuk melepasi sasaran itu,” katanya yang dihubungi Hip semalam.\rNamun begitu kejayaan filem itu juga, membuatkan Yusof bimbang dengan tekanan yang akan dihadapi anaknya untuk menghasilkan filem seterusnya selepas ini.\r“Saya melihat Syamsul semakin tertekan dengan situasi itu, orang di luar sentiasa menginginkan sesuatu yang lebih berkualiti. Jika dilihat, filem pertamanya Evolusi KL Drift mencatat kutipan RM2 juta, diteruskan dengan Bohsia RM4 juta, KL Drift 2 (RM6 juta), Khurafat (RM8 juta) dan kini sudah mencecah RM10 juta, graf itu semakin menaik dan ia cukup merisaukan dia dan saya juga,” katanya.\rFilem kelima arahan Pengarah Terbaik, Festival Filem Malaysia Ke-24 itu turut dibintangi Syamsul sendiri (Shark), Ady Putra (Jai), Sheera Iskandar (Zati), Ridzuan Hashim (King), Shoffi Jikan (Ajib), Zizan Raja Lawak (Fadil), Adam Corrie (Dragon) dan Ku Faridah (Ibu).\rSementara itu, Syamsul turut membayangkan untuk menghasilkan sambungan kepada filem KL Gangster 2 tidak lama lagi.\rKatanya, penggambaran akan dimulakan pada Oktober depan dan ketika ini dia sedang berbincang dengan panel skrip serta barisan pelakon yang membintangi filem itu nanti.\r“Saya juga ada menyatakan hasrat untuk mengambil Rosyam Nor sebagai pelakon,” katanya. \rHanya salah faham\rMENGENAI tuntutan maaf daripada Pertubuhan Kebajikan Dan Dakwah Islamiah Malaysia (PEKIDA), Yusof menjelaskan apabila sesuatu filem mengandungi perkara agak sensitif, memang sedikit sebanyak menimbul kontroversi kerana salah tanggapan daripada pihak tertentu.\rKatanya, beliau sudah menjelaskan perkara itu kepada PEKIDA dalam majlis kesyukuran dan musyawarah bersama pemimpin pertubuhan itu yang diadakan khusus untuk menjernihkan keadaan.\r“Yang pasti ada hikmah di sebalik yang berlaku. Di sebalik kepahitan itu sebenarnya ada kemanisan yang tersembunyi. Saya tidak pernah ada niat mempersendakan PEKIDA, tetapi mungkin ada ahli yang terkena tempias dan terasa,” katanya.\rHadir sama, Pengerusi PEKIDA Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Labuan, Datuk Roslan Dahaman, Penerbit, David Teo serta pelakon filem itu seperti Aaron Aziz, Adi Putra, Soffi Jikan, Adam Corrie dan Sheera Iskandar.\rSementara itu, Roslan berkata beliau tidak mendesak penerbit filem itu memohon maaf dan turut menghormati pendirian masing-masing.\rSebaliknya, beliau mendakwa media cuba menghangatkan isu itu sehingga timbulnya persengketaan antara PEKIDA dan Skop Production.\r“Laporan media itu menyatakan yang saya akan menyaman Skop Production tidak betul. Tidak timbul isu saman yang merujuk kepada etika yang ditulis, semuanya adalah tidak betul,” katanya yang turut memuji filem KL Gangster adalah sebuah filem aksi yang cukup mantap.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 12:36 PM GMT+8 , Processed in 0.253157 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list