CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 156|Reply: 0

Remaja serang web CIA ditahan

[Copy link]
Post time 23-6-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
LONDON: Seorang remaja berusia 19 tahun ditahan kerana disyaki terbabit dalam serangan siber terhadap Sony dan laman web Agensi Perisikan Pusat Amerika Syarikat (CIA), kata polis Britain.\rPenangkapan Ryan Cleary dibuat berikutan satu operasi bersama oleh unit jenayah internet dan Biro Penyiasatan Pusat (FBI), kata Polis Metropolitan pada Selasa. FBI enggan mengulas mengenai perkara itu.\r\n\n\n\n\r   Polis Britain tidak menyebut jika suspek mempunyai kaitan dengan kumpulan penggodam, Lulz Security, yang mendakwa bertanggungjawab terhadap serangan berprofil tinggi baru-baru ini, tetapi mengesahkan sebuah komputer dirampas dalam operasi yang memeriksa data Sony. \r\r\n\n\n\n\n   Kumpulan Lulz meningkatkan serangan terhadap Sony sebagai tambahan kepada serangan yang dilakukan kepada laman web CIA dan sistem komputer senat Amerika Syarikat. Penggodam terbabit baru-baru ini menyifatkan ia sebagai ‘perang terhadap kerajaan yang mengawal internet.\rLulz menolak penahanan itu dengan mengatakan dalam Twitter bahawa mereka menggunakan pelayan orang yang ditahan, tetapi lelaki terbabit bukan sebahagian daripada kumpulan mereka.\r“Jelas sekali polis UK terlalu terdesak untuk menangkap kami dengan mendakwa bahawa mereka menahan seseorang yang didakwa mempunyai kaitan dengan kami,” katanya dalam Twitter.\rWalaupun tidak  banyak diketahui mengenai Lulz, kumpulan penggodam biasanya melonggarkan rangkaian dengan sokongan di lebih daripada satu lokasi menjadikan penangkapan tidak dapat dilakukan untuk menjatuhkan sesebuah organisasi dan juga menggalakkan penyokong untuk menjalankan secara berkumpulan.\r\n\n\n\n\rRemaja terbabit ditahan di bandar Wickford, kira-kira 55 km ke timur laut London, lewat Isnin kerana disyaki menggodam dan kesalahan menipu dan dibawa ke balai polis di tengah London untuk disoal siasat, kata polis.\rPolis berkata penahanan itu adalah hasil satu siasatan terhadap gangguan rangkaian dan serangan meluas penafian perkhidmatan terhadap sebilangan perniagaan antarabangsa dan agensi risikan oleh apa yang dipercayai dilakukan kumpulan yang sama. – AP

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 01:20 PM GMT+8 , Processed in 0.045878 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list