View: 116|Reply: 0
|
33,000 askar Amerika pulang
[Copy link]
|
|
Perang berlarutan kerana 68,000 tentera terus bertugas di AfghanistanWASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama kelmarin mengarahkan 33,000 askar untuk kembali ke tanah air dari Afghanistan sehingga musim panas akan datang meskipun 68,000 lagi anggota tentera akan terus bertugas di sana.\rSebagai titik tolak kepada dasar luar negara Amerika, Obama turut mengehadkan sasaran perang Amerika dengan menyebut Washington tidak lagi mahu membina Afghanistan ‘sempurna’ daripada negara yang trauma akibat perang sejak berdekad.\r\n\n\n\n\r “Bahang perang semakin kurang. Kita sudah buat al-Qaeda semakin menghadapi kekalahan,” kata Obama dalam ucapan 13 minit waktu perdana yang ditujukan kepada rakyat Amerika yang sudah letih menanggung perang negara asing dan turut membebankan ekonomi.\r\r\n\n\n\n\n “Walaupun ada harinya tidak ceria di Afghanistan, cahaya keamanan boleh dilihat dari jauh. Perang yang lama ini sudah tiba kepada penghujungnya,” kata Obama.\rPresiden turut menyifatkan yang pasukan tentera Amerika sudah melakukan kejayaan besar terhadap objektif dalam peningkatan strategi tentera yang diarahkan pada Disember 2009 dengan menterbalikkan kepantasan Taliban, menghancurkan al Qaeda dan melatih pasukan tentera baru Afghan.\rBagaimanapun, beliau berkeras menolak rayuan daripada Pentagon untuk melambatkan pengunduran tentera untuk memastikan keselamatan terhadap Taliban dan keputusannya akan dilihat sebagai kekalahan politik bagi komander Amerika di Afghanistan, Jeneral David Petraeus.\rObama berkata, beliau akan menunaikan seperti dijanjikan memulakan pengunduran tentera Julai ini dan beliau memberi komitmen 10,000 daripada lebih 30,000 tentera yang terbabit dengan konflik itu akan dibawa pulang tahun ini.\r\n\n\n\n\rSeramai 23,000 tentera akan dihantar pulang musim panas akan datang dan lebih banyak yang bakal diumumkan, penghantaran pulang akan diteruskan sehingga pasukan tentera Afghan memikul tanggungjawab keselamatan pada 2014.\r“Ini adalah permulaan, tetapi bukan pengakhiran usaha kita mengurangkan perang,” kata Obama. \rLebih 1,600 tentera Amerika mati di Afghanistan sejak pencerobohan sejak serangan 11 September termasuk 187 menemui ajal tahun ini saja.\rPegawai Pentagon berkata, ketika mengarahkan pengunduran itu, Obama menyerahkan kepada pemimpin kanan tentera untuk memutuskan detik pengunduran dan unit yang akan dibawa pulang.\rSeorang pegawai kanan berkata, pengunduran itu bermula bulan depan tetapi langkah awal membabitkan kumpulan kecil dan tidak membabitkan unit tempur. – AFP/Agensi\r
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|