|
SINGAPURA: Walaupun wakil Kelab Isteri Taat (KIT) mendakwa niat sebenarnya disalahertikan dan merancang untuk meneruskan penubuhan cawangan kelab itu di republik ini, Menteri Negara (Pembangunan Masyarakat, Belia dan Sukan), Halimah Yacob, masih tidak yakin.\rMalah, beliau merasakan kelab itu tidak diperlukan dan tidak relevan di Singapura dan berharap wakil kelab berkenaan memikirkan semula niat untuk menubuhkan kelab itu di sini.\r\n\n\n\n\rMenurutnya, kelab itu memberi tafsiran berat sebelah terhadap wanita dan tidak mengambil kira pembangunan dan pencapaian yang diraih golongan itu.\r\r\n\n\n\n\n“Terus terang saya katakan, sekiranya mereka menubuhkan juga kelab itu di sini, saya harap mereka tidak akan mendapat anggota,” kata Halimah ketika ditemui dalam satu acara di Pusat Jagaan Warga Tua St Luke\'s di Hougang, kelmarin.\rAhad lalu, dua warga Singapura, Dr Darlan Zaini dan Azman Ari, berkata niat mereka disalah erti dan kelab yang mereka cadang untuk ditubuhkan itu tidak hanya memberi fokus pada isu seks, namun sebaliknya membantu pasangan menjalani kehidupan berkeluarga yang harmoni.\rHalimah berkata, tafsiran kelab itu yang meletakkan masalah keretakan rumah tangga hanya pada wanita, sebagai terlalu sempit.\r“Masalahnya mungkin tidak terletak pada wanita. Ia mungkin pada suami. Jadi, apabila kita bualkan tentang tanggungjawab isteri, apa pula tanggungjawab suami?\r\n\n\n\n\r“Dalam keluarga, ia adalah tanggungjawab kedua-dua pihak, suami dan isteri,” katanya. – Agensi
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|