View: 137|Reply: 0
|
Tencent sasar saingi pencapaian Google, Facebook
[Copy link]
|
|
TENCENT Holdings Ltd, firma internet ketiga terbesar dunia menyasarkan untuk menjadi seperti ‘Facebook, Twitter dan Google’ China yang disatukan.\rWalaupun nilai pasaran syarikat itu meningkat empat kali ganda kepada AS$50 bilion dalam tempoh dua setengah tahun lalu, pertumbuhan pendapatan dan keuntungan dijangka perlahan dalam tempoh beberapa tahun akan datang, justeru menyebabkan syarikat itu memikirkan arah tuju masa depannya.\r\n\n\n\n\r “Tencent perlu mencari pendekatan lain menangani pertumbuhan pelahan dalam permainan dalam talian. Jika tidak, syarikat itu tidak mampu mengekalkan pertumbuhan kukuh berbanding beberapa tahun sebelumnya,” kata penganalisis penyelidikan teknologi IDC, Hover Xiao.\r\r\n\n\n\n\n Tencent adalah penyedia perkhidmatan mesej segera, QQ dan komuniti permainan dalam talian terbesar di China dengan jumlah keseluruhan 674 juta akaun QQ yang mana menyumbang kira-kira 60 peratus kepada pendapatan syarikat berjumlah 19.6 bilion yuan (AS$3 bilion) pada 2010. \rBaru-baru ini, Tencent membuka platform keutamaannya menerusi pelancaran platform Q+ iaitu sistem terbuka yang diperjuangkan oleh Facebook dan Apple untuk menarik pembangun perisian dalaman bagi meningkat pertumbuhan pendapatan dan pengguna.\rDengan pelancaran platform itu, Tencent akan membenarkan pembangun pihak ketiga memasarkan produk pengguna QQ menerusi skim perkongsian pendapatan.\r“Idea ini akan memastikan pengguna boleh melakukan apa saja menerusi internet. Syarikat internet akan memastikan pelanggan terus menggunakan laman mereka tanpa beralih ke syarikat pesaing lain,” kata penganalisis syarikat berpangkalan di United Kingdom, Ovum, Jane Wang.\r\n\n\n\n\rTencent mendominasi pasaran permainan dalam China bernilai AS$5 bilion dengan permainan popular seperti Dungeon & Fighter dan Three Kingdoms.\rKetua Eksekutif Tencent, Pony Ma, berkata, ia menetap sasaran tinggi dalam perkhidmatan nilai tambah internet sekali gus meninggalkan rasa terdesak kepada syarikat.\r“Bagaimana boleh kami mendesak syarikat dan pekerja untuk menyesuaikan DNA kami dan mengubah model perniagaan bagi memperoleh pendapatan daripada ruang perniagaan kepada perniagaan? \r“Ia memerlukan lima hingga enam tahun atau 10 tahun, namun kami akan melakukan apa yang diperlukan,” kata pengasas Tencent berusia 39 tahun yang menjadi antara 10 jutawan China dalam senarai Forbes.\rSyarikat berpangkalan di Shenzhen, Selatan China, berusaha menawan perniagaan pesat dalam pasaran e-dagang China dengan menyediakan tempat untuk pengiklanan web dan pusat beli-belah atas talian selepas bergantung sepenuhnya kepada pelanggan individu online sebagai pendapatan utama sejak 10 tahun lalu. – Reuters
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|