|
LONDON: Manusia akan menemui makhluk asing 20 tahun lagi. kata pakar astronomi terkemuka Russia, Andrei Finkelstein, kelmarin.\r“Kehidupan wujud di planet lain dan kita akan menemuinya dalam tempoh 20 tahun,\" kata Finkelstein yang juga Pengarah Akademi Russia Sains Gunaan Institut Astronomi Bersekutu yang dipetik agensi berita Interfax.\r\n\n\n\n\r Bercakap dalam forum antarabangsa mengenai pencarian kehidupan makhluk asing, Finkelstein berkata 10 peratus planet yang diketahui mengelilingi matahari dalam galaksi, menyerupai Bumi.\r\r\n\n\n\n\n “Jika air boleh ditemui di sana, begitu juga kehidupan,” katanya yang percaya makhluk asing mungkin seperti manusia dengan dua tangan, dua kaki dan kepala.\r“Mereka mungkin mempunyai warna kulit berlainan, tetapi kita juga seperti itu,” katanya.\rInstitut Finkelstein menjalankan program yang dilancarkan pada 1960 an ketika kemuncak perang dingin, mengejar untuk melihat dan menyalur keluar isyarat radio ke ruang angkasa lepas.\r“Sepanjang masa kita mencari tamadun makhluk asing, kita menunggu mesej dari angkasa lepas dan bukan sebaliknya,” katanya. – Agensi
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|