|
Majikan negara Arab ada rekod dera pembantu rumah\rPHNOM PENH: Agensi pembantu rumah Kemboja memutuskan tidak menghantar pekerja ke Kuwait selepas aduan kumpulan hak asasi kemanusiaan mengenai penderaan oleh majikan, kata seorang pegawai merekrut amah, semalam.\r\n\n\n\n\rKemboja satu daripada negara pengeksport pembantu rumah terbesar, satu sumber pertukaran asing paling penting.\r\r\n\n\n\n\nPresiden Persatuan Agensi Rekrut Kemboja, An Bunhak, memberitahu negara itu tidak lagi menghantar pembantu rumah ke Kuwait dan agensi pekerjanya memutuskan langkah itu berdasarkan rekod penderaan di negara terbabit.\r“Kami menerima laporan daripada kedutaan kami di Kuwait mengenai penderaan pembantu rumah dan juga laporan dari Human Right’s Watch,” kata An.\r“Kami memutuskan untuk menghantar ke sana apabila keadaan sudah selamat. \rBerdasarkan kajian, penghormatan kepada pembantu rumah tidak begitu baik.\r“Jadi, kami tidak akan menghantar mereka ke Kuwait dan kami sedang lakukan beberapa kajian mengenai negara lain dalam perkara itu,” katanya, merujuk kepada Qatar.\r\n\n\n\n\rHuman Right’s Watch berkata pekerja pembantu rumah di Kuwait yang cuba lari daripada majikan yang mendera berhadapan dakwaan jenayah kerana ‘melarikan diri’ dan tidak boleh menukar pekerjaan tanpa kebenaran majikan.\rIndonesia yang marah berikutan hukuman bunuh terhadap pekerja pembantu rumah rakyatnya turut melarang rakyat mereka daripada bekerja di Arab Saudi selepas seorang pembantu rumah Indonesia dipancung kerana membunuh majikan Arab Saudi.\rDi Riyadh, berikutan keputusan Jakarta itu kerajaan Arab Saudi tidak lagi mengupah pekerja domestik dari Indonesia dan Filipina berikutan syarat ketat dan peraturan berat sebelah dua negara Asia Tenggara itu.\r“Kementerian Buruh akan menghentikan visa kerja bagi pekerja domestik Filipina dan Indonesia mulai 2 Julai,” kata jurucakap Kementerian Buruh, Hattab Saleh Al-Anzi dipetik akhbar Arabnews. – Agensi
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|