View: 227|Reply: 0
|
Nafi RHB Capital ambil alih CIMB
[Copy link]
|
|
RHB Capital Bhd dan CIMB menafikan laporan bahawa RHB Capital bercadang mengambil alih CIMB Group bagi mewujudkan kumpulan perbankan terbesar di Asia Tenggara dengan nilai pasaran kira-kira RM86 bilion.\rKumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang menguasai kira-kira 45 peratus ekuiti dalam RHB Capital dan 11.6 peratus dalam CIMB Group turut menafikan laporan berkenaan.\r\n\n\n\n\r Ketiga-tiganya berkata, setakat ini tiada rundingan ke arah itu dilakukan.\r\r\n\n\n\n\n Ketua Pemasaran dan Komunikasi CIMB Group Effendy Shahul Hamid ketika dihubungi semalam menegaskan, kumpulan itu ketika ini tidak mengadakan sebarang rundingan dengan RHB Capital berhubung cadangan pengambilalihan selepas ia membatalkan rundingan minggu lalu mengenai kemungkinan mengadakan penggabungan dengan RHB Capital.\r“CIMB Group sudah menamatkan rundingan penggabungan dengan RHB Capital dan keputusan itu tidak berubah,” katanya.\rJurucakap RHB Capital pula berkata: “RHB tidak berunding dengan CIMB mengenai sebarang potensi tawaran pengambilalihan.”\rSementara itu, KWSP dalam kenyataannya kepada Reuters menegaskan yang ia tidak tahu menahu mengenai sebarang rundingan berhubung RHB Capital mahu mengambil alih CIMB Group.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|