View: 211|Reply: 0
|
2,500 unit kediaman, pembangunan bercampur dalam tempoh 5 tahun
[Copy link]
|
|
LKPP Property Sdn Bhd, syarikat milik penuh Bumiputera yang terbabit dalam pembangunan hartanah di Pahang, menawarkan lebih 2,500 unit kediaman dan pembangunan bercampur dalam tempoh lima tahun bermula tahun ini hingga 2015.\rPengurus Besarnya, Ahmad Nordin Mahassan, berkata antara projek perumahan yang bakal dibangunkan adalah Persis Ujana, Kampung Soi; Suria Ujana, Sungai Ular; dan D\'Ubai Village, Kampung Ubai di Kuantan, Rendang Ujana dan Perumahan Shahbandar di Pekan, Tualang Ujana di Temerloh dan Dinamic Park di Muadzam Shah.\r\n\n\n\n\r Katanya, bagi projek perumahan Suria Ujana di Sungai Ular, pihaknya menawarkan rebat sehingga RM4,000 dan percuma kos guaman sebagai penghargaan kepada bakal pembeli.\r\r\n\n\n\n\nBeliau berkata, syarikat bukan hanya memikirkan keuntungan semata-mata tetapi menunaikan tanggungjawab sosial korporatnya (CSR) bagi memenuhi keperluan penduduk yang ingin membeli rumah pada harga mengikut kemampuan.\r“Kita juga bercadang membina sekurang-kurangnya 126 unit kediaman di Persis Ujana dengan kos tidak melebihi RM100,000 dan memberi peluang kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana memiliki kediaman \'eksklusif\' dengan reka bentuk menarik.\r“Ini adalah pelaburan jangka panjang bagi kedua-dua pihak. Saya yakin menjelang 2015, semua unit kediaman ini akan habis terjual berikutan harga yang kami tawarkan lebih rendah daripada pasaran,\" katanya ketika ditemui di pejabatnya di Kuantan. \rBagi tujuan itu, katanya, orang ramai dipelawa mengunjungi Karnival Perumahan LKPP Property yang akan diadakan di pusat beli-belah Kuantan Parade, di sini\r\n\n\n\n selama tiga hari bermula 8 Julai ini.\r“Inilah peluang orang ramai terutama penduduk Pahang yang bekerja di negeri lain mencari kediaman impian kerana syarikat menawarkan kediaman berbentuk eksklusif pada harga yang lebih rendah berbanding harga pasaran.\r\"Kepada generasi muda yang baru memasuki alam pekerjaan dan sedang mencari rumah idaman, kunjungilah pameran ini dan buatlah pilihan yang tepat berdasarkan kedudukan kewangan sendiri tanpa dipengaruhi pihak lain,\" katanya.\rSelain pameran dan jualan berkaitan hartanah, karnival juga mengadakan pertandingan mewarna kalangan kanak-kanak berusia 4 hingga 9 tahun dan kempen derma darah dengan kerjasama Unit Tabung Darah, Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).\rDalam tempoh hampir 15 tahun terbabit dalam sektor hartanah di Pahang, LKPP Property kini mampu berdiri megah dengan projek yang dibangunkan di kawasan tanah terbiar, tanah wakaf dan milik persendirian.\rBeliau berkata, LKPP Property yang juga anak syarikat Kumpulan LKPP Negeri Pahang sentiasa membuka pintu menerima pemilik tanah persendirian yang hendak membangunkan kawasan tetapi kurang berkemampuan.\r\"Kita akan usahakan tanah mereka dan ganjarannya, pemilik akan memperoleh keuntungan besar dan mampu bergelar jutawan dengan projek yang dilaksanakan kelak,\" katanya.\rAhmad Nordin berkata, dalam menangani projek \'sakit dan terbengkalai\', pihaknya mendapat kerjasama dan sokongan moral daripada pelbagai pihak bagi menyiapkannya sekaligus memberi keyakinan kepada pembeli.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|