|
LONDON: Seekor kucing di Britain masih hidup walaupun ditembak sebanyak 30 kali, lapor akhbar Daily Mail.\rApabila pemilik kucing yang dinamakan Hope itu berdarah, beliau menyangkakan haiwan kesayangannya itu diserang anjing.\r\n\n\n\n\rBagaimanapun selepas dibawa ke klinik haiwan, doktor memberitahu yang badan kucing itu penuh kecederaan akibat tembakan. Kebanyakan kecederaan di belakang dengan empat peluru di kepalanya.\r\r\n\n\n\n\nPakar perubatan mengeluarkan sebahagian 10 serpihan tetapi berputus asa mengeluarkan yang lain kerana bimbang akan mendatangkan komplikasi.\rPersatuan Diraja Mencegah Kekejaman Haiwan (RSPCA) membuka siasatan ke atas kes itu.\rInspektor (RSPCA), Amy Collingsworth berkata, “Hope sangat mesra dan kucing yang menawan dan agak sukar memahami mengapa seseorang mahu menembak haiwan tidak bersalah,”.\r“RSPCA menyiasat kejadian ini dan meminta sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai tembakan ini menghubungi kami,” katanya. \r\n\n\n\n\rRSPCA melaporkan 567 kes penderaan haiwan membabitkan senjata tahun lalu saja. Hope sudah pulih dan dijangka dikembalikan kepada tuannya tidak lama lagi. – Agensi.\r
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|