View: 111|Reply: 0
|
Jadi bualan: Berita 'kematian' Jins
[Copy link]
|
|
BERITA palsu mengenai kematian golongan selebriti seperti sudah menjadi aliran sekali pun ia bukanlah satu perkara yang baik. Malah, ia turut disokong kepesatan laman sosial popular seperti Facebook dan Twitter apabila berita sebegitu disebarkan tanpa usul periksa. Sebelum Tan Sri Dr Jins Shamsuddin didakwa kononnya meninggal dunia akibat serangan jantung p0ada Khamis minggu lalu, ramai lagi selebriti menerima nasib sama contohnya seperti Faizal Hussein, M Nasir, Saiful Apek dan Agnes Monica.\rSeniman Negara itu mengakui cukup terkilan dan kesal apabila maklumat kurang tepat disebarkan di laman maya, apatah lagi ia berkaitan dengan soal kematian. Hakikatnya, beliau masih hidup dan sihat. Beliau pada usia 75 tahun memang bebas daripada sebarang penyakit apatah lagi penyakit jantung. Perkembangan terbaru beliau turut berlakon drama Tahajud Cinta yang disiarkan di TV3 sejak semalam. Harus diingat perkara membabitkan kematian bukan perkara yang boleh dibuat main atau dijadikan bahan jenaka.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|