|
Lahirkan graduan seimbang cemerlang akademik, sahsiah\rKEMENTERIAN Pengajian Tinggi meminta bahagian hal ehwal pelajar dan alumni (HEPA) setiap universiti melaksanakan pendekatan \'keusahawanan sosial\' bagi melahirkan graduan seimbang cemerlang akademik dan pembangunan sahsiah.\r\n\n\n\n\r Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata pendekatan itu memberi peluang pelajar mempraktikkan proses penyelesaian inovatif menggabungkan pengetahuan, keusahawanan, pengalaman dan penyelidikan.\r\r\n\n\n\n\n Pendekatan itu kata beliau, boleh digunakan dalam usaha menghasilkan pengisian atau program yang memberi perubahan sosial kepada masyarakat setempat.\rPenyelesaian isu atau masalah yang dihadapi masyarakat, katanya boleh ditangani pelajar menerusi program anjuran mereka menerusi pendekatan berkenaan.\r“Kaedah ini adalah sebahagian daripada elemen nilai ditambah menerusi program khidmat sosial yang sering mereka dijalankan sebelum ini,” katanya.\rBeliau berkata demikian selepas merasmikan Konferensi Kebangsaan Pembangunan dan Perkhidmatan Pelajar 2011 di Universiti Teknologi Mara (UiTM), di Shah Alam, baru-baru ini.\r\n\n\n\n\rHadir sama, Ketua Pengarah Jabatan Pengarah Tinggi, Prof Datuk Dr Rujhan Mustafa; Naib Canselor UiTM, Prof Datuk Dr Sahol Hamid Abu Bakar dan Pengerusi Jawatankuasa Konferensi Kebangsaan Pembangunan dan Perkhidmatan Pelajar 2011, Prof Datuk Dr Abdullah Mohamad Said.\rPersidangan di Dewan Agong Tuanku Canselor UiTM itu berlangsung selama dua hari membabitkan 600 peserta IPT Awam dan Swasta dari seluruh negara serta 2,000 penuntut selaku pemerhati.\rPada majlis sama, Mohamed Khaled turut melancarkan Buku Garis Panduan Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam. Buku itu memuatkan panduan pelaksanaan program yang akan dijadikan rujukan universiti mengikut kesesuaian.\rPegawai HEPA pula, kata Mohamed Khaled, perlu mempunyai tiga kriteria yang mampu melicinkan pengurusan. Mereka mesti memahami keperluan orang muda dan matlamat serta hala tuju kerajaan selain hasrat negara. \rKriteria ketiga pula, kata beliau, pelajar perlu faham mengenai kekangan kerajaan, merangkumi hal peruntukan dan sumber manusia. \r“Bahagian HEPA perlu benar-benar memahami peranan mereka dalam usaha melahirkan modal insan yang mempunyai citra rasa tinggi. \r“Pemahaman ini penting kerana kekuatan sesebuah negara datang daripada modal insan bukan sumber asli, kewangan atau tenaga,” katanya.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|