CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 201|Reply: 1

Saling hormat, hargai masa

[Copy link]
Post time 15-7-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Aaron Aziz berasakan kelebihan yang dimiliki adalah bonus kepada dirinya\rTIDAK dinafikan antara tarikan Aaron Aziz ialah memilik rupa tampan selain susuk tubuh yang menarik seperti kebanyakan pelakon lelaki dalam filem Hollywood.\r\n\n\n\n \rMenerusi susuk tubuh seperti itu, memang dilihat secocok untuk melakonkan watak aksi atau lasak, terutama membabitkan adegan pertarungan seperti dilihat dalam filem KL Gangster. \r\r\n\n\n\n\nAaron mengaku apa yang dimiliki itu adalah aset pada dirinya. Namun, pelakon berusia 35 tahun tetap berasakan bukan mudah untuk mengukuhkan nama dalam dunia hiburan kalau tidak memberikan hasil yang baik dan berkesan kepada penonton, baik filem atau drama. \rTidak meletakkan statusnya yang sudah berkeluarga sebagai halangan untuk kekal berjaya, bapa kepada tiga cahaya mata ini menganggap apa saja tawaran yang diterima adalah rezeki untuk anak-anaknya juga. \r“Tiada rahsia tetapi saya terima apa saja tawaran yang datang janji bersesuaian dengan saya cuma kita jangan terlampau berasa selesa jika berada di satu tahap yang dianggap baik.\r“Walaupun orang menganggap saya semakin laris tetapi bagi saya itu belum cukup untuk meletakkan nama saya di tahap memuaskan kerana banyak lagi yang perlu saya terokai,” jelasnya. \r\n\n\n\n\rSelepas filem KL Gangster, wajah Aaron sering dilihat menghiasi drama di TV3 tetapi dia tidak pernah menganggap dirinya ikon drama di stesen TV terbabit.\rDrama terbaru lakonannya, Stanza Cinta adalah cabaran baru buat dirinya yang dianggap satu penceritaan yang dramatik dan menyentuh perasaan.\r“Jalan ceritanya tidaklah seromantik drama Nora Elena sebab ada pelbagai situasi dramatik dan menarik yang menyentuh perasaan. Malah dalam drama ini saya kena menangis dan kena tunjukkan satu karektor yang boleh menyentuh perasaan penonton,” jelasnya.\rNaskhah yang di adaptasi daripada sebuah novel itu mempunyai plot penceritaan yang mendalam tentang hubungan percintaan sesama insan dan Ilahi sehingga mampu mengubah sikap serta karektor seorang lelaki.\rSementara itu, Aaron turut meminta bakat baru dalam lakonan supaya menghormati orang lama dengan mematuhi disiplin masa yang ditetapkan ketika penggambaran sesuatu produksi. \rDia turut menegur segelintir muka baru dalam dunia hiburan supaya tidak menggunakan laman sosial seperti twitter dan facebook sebagai ruang untuk mengutuk atau mencaci orang lain dengan menggambarkan dirinya (golongan artis baru) seperti lebih bagus daripada orang ain. \rKatanya, Twitter dan Facebook sepatutnya digunakan sebagai medium kepada artis untuk berkongsi dengan peminat mengenai sesuatu pengalaman yang dilalui seperti cerita di sebalik tabir sesebuah penggambaran drama atau filem.\r“Twitter adalah ruang bebas untuk kita luahkan perasaan kerana dengan cara ini kita akan berasa tenang dan dalam masa yang sama berharap dapat menyedarkannya.\r“Perkara ini tidak berlaku pada saya tetapi pada pelakon yang lebih senior dari saya jadi sebagai pelakon senior saya terasa juga sebab pelakon baru berperangai macam ini dan tidak menghormati masa orang lain,” katanya.\rMeskipun cara terbabit dianggap kurang berkesan bagi menyedarkan artis terbabit, namun ia dianggap medium terbaik agar tidak mengguris perasaan antara satu sama lain.\rBiarpun sukar untuk memberikan kesedaran, Aaron menganggap dengan cara terbabit dapat membuka mata artis lain yang akan bekerjasama dengan pelakon terbabit.\rWalaupun sudah lama dalam industri ini serta banyak membintangi drama dan filem, Aaron amat mementingkan masa dan menghargai pelakon lain serta kru produksi.\rBaginya, ketepatan masa amat penting dalam tugas sehariannya kerana dapat mendisiplinkan diri serta menghormati masa orang lain agar tidak terbuang.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2011 11:52 AM | Show all posts
sila la edit dulu..fening nak mbaca..hmy3:
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 06:38 PM GMT+8 , Processed in 0.047950 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list