CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 143|Reply: 0

Mesti Tonton: Kisah realiti remaja masa kini

[Copy link]
Post time 16-7-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Take Me Home Tonight komedi buat penonton seronok\rFilem: Take Me Home Tonight\r\n\n\n\nGenre: Komedi\rPengarah: Michael Dowse\rPelakon: Topher Grace, Anna Faris, Dan Fogler, Teresa Palmer, Chris Pratt, Michael Biehn \r\n\n\n\n\nTayangan: Mulai 21 Julai 2011\rSEBUAH persembahan komedi ringan serta santai, Take Me Home Tonight adalah cereka yang mendekati kehidupan dan perjuangan anak-anak muda untuk menentukan hala tuju serta masa depan mereka, secara tidak langsung menunjukkan perubahan dalam peringkat umur bukanlah semudah yang digambarkan.\rFilem arahan Micheal Dowse, berlatar belakangkan lewat era 1980-an. Ia berkisar mengenai Matt Franklin, watak utama yang dibawakan Topher Grace, pelajar cemerlang di sekolahnya yang meletak jawatan sebagai petugas makmal bergaji tinggi dan memilih untuk meneruskan hidup dengan bekerja sambilan di sebuah kedai muzik, Suncoast Video.\rDari situ, wujudnya satu demi satu krisis, ditambah lagi tekanan daripada bapanya yang sentiasa mengharapkan yang terbaik daripadanya. Sebagai pelajar cemerlang yang begitu dikenali ramai, memang ramai beranggapan Matt mampu berjaya dalam kariernya. Namun, di sebaliknya, Matt terperangkap dengan pilihannya sendiri.\r\n\n\n\n\rKejayaan di sekolah tinggi bukanlah lesen memastikan seseorang itu akan mendapat kejayaan dalam alam kerjaya. Melihat kepada kejayaan diperoleh kawannya, sekali gus menambahkan lagi tekanan. Namun tidak semua bernasib baik. Kawan baiknya sejak Gred 5, Barry Nathan (Dan Fogler) dirunding malang apabila dipecat daripada pekerjaannya. \rManakala adik kembarnya, Wendy Franklin (Anna Faris) tersepit antara pilihan hidup, sama ada untuk meneruskan pengajian di England ataupun memilih untuk mendirikan rumah tangga bersama teman lelakinya, Kyle Masterson (Chris Pratt).\rDi sebalik itu, munculnya Tori Frederking (Teresa Palmer), gadis cantik yang menjadi idaman Matt sejak sekolah lagi. Gadis itu tiba-tiba pulang ke Los Angeles, secara tidak langsung membuatkan Matt berasa teruja dan berusaha untuk merealisasikan impiannya yang sekian lama dinanti-nantikan, iaitu memikat hatinya.\rPelbagai adegan dan aksi melucukan dalam usaha Matt menarik perhatian Tori yang dipaparkan Dowse, pengarah yang juga merangkap penulis skrip untuk filem komedi romantik ini. Seperti katanya, filem ini kuat menyentuh dunia realiti yang dilalui remaja masa kini dan jalan ceritanya banyak mengambil inspirasi pengalaman yang pernah dihadapi pelakon utama merangkap penerbit, Grace serta penerbit bersama, Gordon Kaywin.\rTake Me Home Tonight adalah filem menghiburkan dan menyegarkan bersama barisan karakter diwujudkan juga memberi nilai pengajaran menyenangkan. Malah, persahabatan antara Matt dan Bryan, kasih di antara hubungan kekeluargaan Franklin, serta gandingan Matt dan Tori turut memantapkan plot cerita.\rNamun, filem ini hanya sesuai untuk tontonan mereka berusia 18 tahun ke atas saja dek kewujudan babak berbaur seksual, bahasa kasar yang digunakan serta elemen penggunaan najis dadah dalam pengisiannya. Filem berdurasi 97 minit ini akan ditayangkan di pawagam terdekat anda mulai 21 Julai ini. \rCarta pecah panggung\r1 - Transformers: Dark of the Moon\r2 - Mr Popper’s Penguins\r3 - Sekali Lagi\r4 - Tolong! Awek Aku Pontianak\r5 - Monte Carlo\r6 - Treasure Inn\r7 - Green Lantern\r8 - Venghai\r9 - Rasuk\r10 - X-Men: First Class.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 07:07 PM GMT+8 , Processed in 0.069720 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list