|
Pegawai tentera laut bersara perkhidmatan hari ini ditahan\rMANILA: Seorang kolonel angkatan tentera laut Filipina semalam dilucutkan daripada jawatan dan disiasat mengenai satu rakaman video menunjukkannya menggesa Presiden Benigno Aquino digulingkan.\r\n\n\n\n\r Kolonel Generoso Mariano dilucutkan daripada jawatan timbalan ketua Pemerintah Tentera Laut Simpanan dan disiasat atas dakwaan hasutan dan tindakan tidak wajar, kata jurucakap tentera laut, Leftenan Kolonel Omar Tonsay.\r\r\n\n\n\n\n “Rakaman video menunjukkan beliau bercakap menentang kerajaan,” kata Tonsay memberitahu agensi berita dan menambah bahawa rakaman itu menunjukkan Mariano memberitahu beberapa senario mengizinkan presiden dijatuhkan.\r“Adalah menjadi tanggungjawab dan hak setiap rakyat Filipina termasuk tentera untuk menggantikan kerajaan. Saya ulangi, gantikan kerajaan,” kata Mariano dalam rakaman 95 saat yang bertarikh 3 Julai 2011.\rTonsay berkata, rakaman itu, yang salinannya sudah disebarkan kepada laman sosial internet sudah ditonton oleh sebahagian unit tentera. Satu salinan pita itu tanpa nama pengirim diletakkan di hadapan pintu pagar ibu pejabat angkatan tentera laut.\rBagaimanapun, beliau menegaskan, gesaan supaya presiden digulingkan tidak mendapat sokongan 120,000 anggota tentera negara itu.\r\n\n\n\n\rMariano bersara hari ini kerana usianya mencapai 56 tahun. Dia ditahan di pangkalan tentera laut sehingga siasatan selesai, tambah Tonsay.\r“Ini adalah kesalahan yang tidak sepatutnya dilakukan seorang pegawai dan hasutan adalah kesalahan yang berat,” katanya.\rRakaman video itu yang disebarkan dalam Facebook menunjukkan lelaki pertengahan tahun berkaca mata memakai kemeja T biru yang tidak jelas dengan gaya tentera bercakap menggunakan mikrofon sambil duduk. – AFP
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|