CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 133|Reply: 0

Jennifer Lopez, suami berpisah

[Copy link]
Post time 17-7-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
NEW YORK: Perkahwinan aktres dan penyanyi terkenal, Jennifer Lopez dengan penyanyi pop Latin, Marc Anthony berakhir, lapor majalah People, kelmarin.\rPasangan itu mengumumkan perceraian mereka selepas tujuh tahun berumah tangga dan mempunyai anak kembar berusia tiga tahun, Max dan Emme.\r\n\n\n\n\r  “Kami memutuskan untuk mengakhiri perkahwinan kami. Ini adalah keputusan yang sukar. Ia adalah penyelesaian yang terbaik.\r\r\n\n\n\n\n  “Ini adalah tempoh yang perit untuk semua yang terbabit. Kami harap tidak diganggu buat masa ini,” kata pasangan itu dalam kenyataan bersama.\rLopez, 41, dan Anthony, 42, berkahwin secara rahsia dalam satu majlis di Beverly Hills pada Jun 2004.\rPerkahwinan itu berlangsung lima bulan selepas pertunangannya yang dibuat secara besar-besaran dengan Ben Affleck putus.\rLopez sudah dua kali berkahwin sebelum ini dengan pemilik restoran Ojani Noa dan bercerai pada 1998 dan perkahwinan kedua dengan penari latar Cris Judd, yang melayari alam rumah tangga daripada 2001 hingga 2003.\r\n\n\n\n\rBintang salsa, Anthony pula mempunyai dua anak lelaki Cristin, 10, dan Ryan, 7, dengan perkahwinan terdahulunya bersama Ratu Cantik Universe, Dayanara Torres.\rLopez dan Anthony dilaporkan memperbaharui ikrar perkahwinan pada 2008 selepas kembar mereka dilahir dan melakukan majlis yang sama tahun lalu sempena ulang tahun perkahwinan pada 5 Jun. – Reuters/ Agensi

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 03:00 PM GMT+8 , Processed in 0.039701 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list