CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 209|Reply: 0

'Hubungan kami serius'

[Copy link]
Post time 19-7-2011 03:05 PM | Show all posts |Read mode
Zul, Abby belum bersedia bincang soal kahwin\rKEINTIMAN hubungan pelakon Zul Ariffin dengan Abby Abadi bukan lagi suatu rahsia. Sejak awal perkenalan, pasangan ini bersikap cukup profesional tanpa pernah menyembunyikan keakraban mereka.\r\n\n\n\n\r Namun entah dari mana, tiba-tiba timbul cerita kononnya hubungan jejaka bertubuh sasa itu dengan ibu tunggal kepada tiga cahaya mata terbabit dikatakan semakin renggang. \r\r\n\n\n\n\n Zulkifli Ariffin, nama sebenar jejaka berasal dari Taiping, Perak ini juga dikatakan enggan namanya dikaitkan lagi dengan Abby. Kononnya tidak mahu lagi menumpang populariti wanita itu kerana mahu mencipta identiti sendiri.\rBagaimanapun, pertemuan dengan Zul pada majlis memperkenalkan program Ramadan Astro, baru-baru ini memberi peluang kepada penulis untuk bertanyakan sendiri kepada pelakon siri Gerak Khas itu kesahihan khabar angin berkenaan.\rDengan wajah terkejut, pemuda berusia 25 tahun ini dengan serius menegaskan, dia tidak pernah mengeluarkan kenyataan sedemikian. Lagipun selama ini memang menumpang nama Abby, jadi tiada sebab kenapa dia perlu menggugurkan nama wanita itu daripada hidupnya.\r“Nama saya sudah dikaitkan dengan Abby sejak dulu lagi. Kami dikaitkan atas sebab kerja, jadi saya rasa tiada sebab kenapa saya tidak mahu dikaitkan lagi dengan dia. Khabar angin mengatakan hubungan kami tidak lagi baik juga tidak benar. Saya dan Abby masih lagi baik sebagaimana kami kenal sejak tiga tahun dulu. Semua dakwaan mengatakan saya rimas dengan sikap Abby adalah khabar angin semata-mata.\r\n\n\n\n\r“Sudah tiga tahun kami berkawan, saya tidak malu untuk mengakui hubungan kami memang serius. Cuma mungkin belum waktunya untuk kami mengambil langkah seterusnya dalam perhubungan kami.\r“Memang kami pernah berbincang, tetapi bukanlah perbincangan yang serius. \rKalau boleh kami tidak mahu terlalu memperkatakan hal sebegini. Bukan apa, jika terlalu diperkatakan dan rancangan itu tidak menjadi, kami juga yang akan ternganga. Jadi sebagai langkah berjaga-jaga, lebih baik soal kahwin itu tidak perlu terlalu dibincangkan,” kata Zul yang bakal muncul dalam drama bersiri Moreh di Astro Oasis sempena Ramadan nanti.\rDaripada kata-kata itu, memang terserlah keikhlasan Zul bersahabat dengan wanita yang dikenali ketika sama-sama membintangi drama Apa Itu Cinta pada 2008. Namun sebelum membuat keputusan untuk berumah tangga, kata jejaka ini penuh jujur, biarlah kedudukannya stabil terlebih dulu sebelum dia bersedia memikul tanggungjawab sebagai suami dan bapa.\rKestabilan yang dimaksudkan jejaka ini tidak hanya menjurus pada soal kewangan, malah merangkumi soal kerjayanya yang baru hendak bertapak kukuh.\rIngin kukuhkan kedudukan\rPERKAHWINAN, tegas Zul, sememangnya menjadi sebahagian daripada hidup setiap insan. Dia sendiri mempunyai hasrat untuk berkahwin dan memiliki anak, tetapi buat masa ini dia mempunyai keutamaan lain, iaitu mahu mengukuhkan kerjayanya terlebih dulu. \r\"Saya tidak pernah main-main sejak mengenali Abby kerana saya bukannya bercinta dengan budak sekolah. Sebaliknya saya memikirkan kedudukan yang masih lagi belum stabil. Saya masih mengejar peluang agar lebih dikenali dalam dunia lakonan. Mungkin saya memerlukan antara dua hingga tiga tahun untuk memastikan kedudukan kerjaya saya stabil dan kukuh.\r“Kami tidak pernah meletakkan sasaran dalam tempoh berapa tahun perlu berkahwin. Saya bukan tidak mahu berkahwin kerana bimbang dengan gelaran bapa segera yang akan dipikul. Bagi saya terma bapa segera tidak pernah wujud, gelaran itu bukanlah satu masalah besar pun. Jika saya sudah buat keputusan untuk berkahwin, bermakna saya sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab itu,” kata Zul yang berjaya membawa lakonan berkesan dalam telefilem Sayang Abah yang disiarkan sempena Hari Bapa lalu.\rTiga tahun berkecimpung di dalam dunia lakonan, Zul melahirkan perasaan lega kerana watak yang ditawarkan memberi ruang kepadanya untuk memantapkan lagi mutu lakonannya. Biarpun mungkin populariti yang dikecapi agak perlahan, namun dia tetap berpuas hati dengan pencapaiannya setakat ini.\r“Setiap kali mendapat tawaran berlakon, saya tidak suka main-main. Sebaliknya saya akan memastikan tawaran lakonan itu dilakukan dengan baik. Saya yakin jika kita menunjukkan kesungguhan, ia akan membuka peluang untuk menerima lebih banyak tawaran pada masa depan,” kata jejaka yang gemar ke gimnasium antara dua hingga tiga kali seminggu bagi meningkatkan stamina.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 11:05 AM GMT+8 , Processed in 0.408467 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list