CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 203|Reply: 0

Dengarnya...: Perasan bagus, berlagak pula

[Copy link]
Post time 19-7-2011 03:05 PM | Show all posts |Read mode
SUNGGUH Cik Normah tidak faham dengan keangkuhan sikap seorang pelakon wanita ini. Bukan sekali dua, tetapi sudah banyak kali benar Cik Normah dengar mengenai sikap berlagaknya yang tidak tentu fasal.\rCerita ini disampaikan teman Cik Normah yang tengah meluap-luap kemarahannya pada dramatis itu. Dia kata pelakon itu yang semakin meningkat usianya, langsung tak sedar dek untung. Selepas ini silap hari bulan tak ada penerbit yang akan mengambilnya berlakon sebab suka ‘demand’ tak tentu fasal.\r\n\n\n\n\rBukan sekali buat perangai, masuk kali ini sudah hampir tiga empat kali juga buat hal dengan produksi. Sebelum ini tidak hadir ke lokasi penggambaran sebab mendapat tawaran lebih tinggi daripada produksi lain, walhal sebelum itu dia merayu-rayu kepada seorang produser terkenal supaya mengambilnya berlakon sebab dia sudah kekeringan duit. \r\r\n\n\n\n\nSimpati dengan nasibnya, si produser ambillah juga tapi akhirnya dia buat hal.\rBaru-baru ini kata teman Cik Normah berdagu runcing itu lagi, pelakon tak tahu mengenang budi itu buat hal buat kesekian kali. Kononnya, pelakon ini merayu kepada seseorang supaya memberinya peluang berlakon sebab sudah terlalu lama benar menganggur. Sekali lagi seorang produser pun menawarkan dia satu watak.\rApabila diberitahu yang dia bakal membawakan watak seorang ibu, dramatis perasan bagus ini tanpa segan silu menolak watak berkenaan. Nasib baik dia tak ada depan produser terbabit, kalau tidak, silap hari bulan terbalik meja dikerjakan produser itu. Bukan saja menolak, malah pandai-pandai memberi cadangan watak yang sesuai untuknya.\rSedarlah sikit, awak pun bukan muda. Mujur masih ada lagi orang yang berperikemanusiaan nak bagi peluang berlakon. \rNasib baik ada watak yang diberikan, kalau diberikan watak pokok atau tiang telefon di tepi jalan, tak ke haru? Awak pun berlakon bukannya hebat sangat, tahap kayu saja atau hanya ‘gitu-gitu’. \rJadi janganlah nak ‘demand’ sangat. Selepas ini jika wajah pelakon ini tidak lagi menghiasi kaca televisyen, Cik Normah faham apa sebabnya. Bukan sebab orang tak bagi, tapi dia yang berlagak tak sedar diri!

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 11:44 AM GMT+8 , Processed in 0.039667 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list