CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 150|Reply: 0

Pembayar cukai individu naik

[Copy link]
Post time 20-7-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Kesedaran tunai tanggungjawab penting bangunkan ekonomi negara\rKADAR pematuhan pembayaran cukai pendapatan persendirian di negara ini meningkat kukuh sejak empat tahun lalu dan ia kini seiring dengan negara seperti Singapura, New Zealand dan India, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.\r\n\n\n\n\r  Beliau berkata, kadar pematuhan pembayaran cukai pendapatan persendirian di negara ini meningkat 15 peratus kepada 91 peratus tahun lalu daripada 79 peratus pada 2007.\r\r\n\n\n\n\n  Katanya, meskipun angka itu dilihat menggalakkan, namun pengukuhan pendidikan dalam mengembangkan lagi kesedaran masyarakat untuk sentiasa melaksanakan tanggungjawab membayar cukai, perlu ditingkatkan lagi.\r“Walaupun angka itu dilihat menggalakkan, pendidikan dan pembudayaan berterusan di kalangan pembayar cukai perlu terus disemai untuk meningkatkan lagi kadarnya, khususnya ketika negara sedang dalam usaha merasionalisasikan struktur cukai menjelang 2020,” katanya dalam ucaptama pembukaan Persidangan Cukai Kebangsaan 2011 di Kuala Lumpur, semalam.\rHadir sama, Ketua Eksekutif dan Ketua Pengarah LHDN, Datuk Dr Mohd Shukor Mahfar dan Presiden Institut Percukaian Bertauliah Malaysia (CTIM), SM Thanneermalai.\rAhmad Husni berkata, ketika ini, lebih 60 peratus pendapatan Jabatan Perbendaharaan dijana menerusi hasil cukai yang mana 51 peratus adalah daripada cukai langsung dan 18 peratus daripada cukai tidak langsung.\r\n\n\n\n\r“Bergerak ke hadapan, kerajaan sedang menimbang kemungkinan mengembangkan lagi pendapatan asas cukai tidak langsung negara dan mengurangkan bebanan yang ditanggung kumpulan pembayar cukai langsung,” katanya sambil menambah pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) kelak akan mengurangkan kadar cukai pendapatan korporat dan persendirian.\rSementara itu, Ahmad Husni berkata, krisis kewangan di Amerika Syarikat (AS) dan di beberapa negara Eropah susulan hutang dan perbelanjaan awam terlalu tinggi sehingga gagal ditampung pendapatan kerajaan, wajar dijadikan iktibar di kalangan masyarakat di Malaysia untuk sentiasa melaksanakan tanggungjawab membayar cukai.\r“Mengambil contoh krisis hutang kerajaan di beberapa Eropah, adalah dianggarkan tiga hingga empat peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mereka hilang kerana kurangnya pematuhan pembayaran cukai.\r“Situasi yang berlaku di Eropah seharusnya mengingatkan kita betapa penting dan kritikalnya Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) kepada penyelenggaraan kewangan dan ekonomi negara.\r“Justeru, usaha industri cukai dalam mendidik masyarakat mengenai tanggungjawab pembayaran cukai adalah penting bagi memastikan kadar pematuhan pembayaran cukai pendapatan sentiasa terurus,” katanya sambil menambah peningkatan kadar pematuhan turut menggambarkan kesedaran masyarakat terhadap penggunaan cukai dalam membangunkan ekonomi negara.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 04:48 PM GMT+8 , Processed in 0.603911 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list