CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 169|Reply: 0

Askar Israel tawan kapal ke Gaza

[Copy link]
Post time 20-7-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
BAITULMAQDIS: Tentera laut Israel semalam menaiki sebuah kapal layar Perancis yang menghala ke Semenanjung Gaza sebagai membantah sekatan perairannya dan mula menarik kapal itu ke tepi pantai.\r“Tentera laut Israel sudah menaiki kapal itu,” kata seorang jurucakap tentera dengan mengatakan operasi untuk menaiki MV Dignite/Al Karama dilakukan secara aman dan kapal itu ditunda menuju ke pelabuhan Ashdod Israel.\r\n\n\n\n\r   “Kapal itu  yang membawa 16 orang kebanyakannya aktivis Perancis  disita  tentera laut sejurus selepas Ketua Turus Kakitangan tentera Israel, Jeneral Benny Gantz, meluluskan tindakan itu,” katanya.\r\r\n\n\n\n\n   Aktivis lain dalam kapal itu termasuk dari Kanada, Greece, Sweden dan Tunisia.\rIsrael sudah berazam untuk menyekat mana-mana kapal daripada sampai ke Gaza menggunakan jalan laut sebagai membantah sekatan perairannya yang kali pertama dikenakan pada 2006 selepas militan di sana menculik seorang askar Yahudi, Gilad Shalit.\r“Selepas semua saluran diplomatik tidak berjaya dan gesaan berterusan terhadap kapal diabaikan, tentera laut IDF menaiki Al Karama dalam usaha menghalangnya daripada melanggar sekatan keselamatan marin ke atas Semenanjung Gaza,” menurut kenyataan tentera.\rTentera laut Israel mula mendekati kapal berkenaan kira-kira lima jam sebelum itu dan memulakan dialog dengan aktivis terbabit yang menegaskan mereka  meneruskan hasrat ke Gaza.\r\n\n\n\n\r“Selepas memberitahu keengganan mereka menuju ke pelabuhan Ashdod, tanpa ragu-ragu kami menaiki kapal dan mengemudinya ke sana,” kata tentera Israel.\r“Tentera beroperasi sejajar dengan prosedur dan mengambil setiap langkah berjaga-jaga yang perlu bagi mengelak menyebabkan kecederaan terhadap aktivis di dalamnya sambil memastikan keselamatan tentera.” \r“Kapal layar dengan bendera Perancis itu kali pertama didekati di perairan antarabangsa oleh sekurang-kurangnya tiga bot tentera laut Israel jam 0630 GMT ketika ia berada   40 batu nautika dari Gaza,” kata penganjur.\rSejurus selepas itu, semua komunikasi diputuskan, kata penganjur dalam satu kenyataan menggesa Kerajaan Perancis ‘mengambil tanggungjawab dan melindungi penumpang, selain menggesa Israel supaya tidak melakukan keganasan’. – AFP\r

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 02:24 PM GMT+8 , Processed in 0.160180 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list