CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 195|Reply: 0

Pilih bakat, bukan sahabat

[Copy link]
Post time 20-7-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Filem arahan pertama Bront dijangka temui penonton awal 2012\rSELEPAS hampir sedekad bergelar pelakon, bahkan kredibilitinya sebagai anak wayang terbukti dengan pencapaian sebagai Pelakon Lelaki Terbaik yang diraih pada Festival Filem Malaysia (FFM) ke-23 lalu, kini Bront Palarae menapak selangkah lagi ke hadapan apabila mula berjinak-jinak di dalam dunia pengarahan.\r\n\n\n\n\r Nasihat serta sokongan yang diberikan penerbit dan pengarah berpengalaman seperti David Teo, Ahmad Idham serta ramai lagi, menyuntik keyakinan yang lebih kepada Bront atau nama sebenarnya Nasrul Suhaimi Saifuddin untuk merealisasikan impiannya yang satu itu.\r\r\n\n\n\n\n Walaupun baru berjinak-jinak sebagai seorang sutradara, Bront ternyata berani apabila terus terjun ke gelanggang lebih besar iaitu bidang pengarahan filem. Sesetengah pengarah muda pula lebih gemar mengasah bakat di arena drama televisyen terlebih dulu sebelum mengarah filem, dengan matlamat mengumpul pengalaman serta meningkatkan keyakinan diri.\rBagi Bront pula, dikelilingi barisan tenaga kerja dan pelakon yang berbakat membuatkan dia bersemangat untuk menyudahkan filem pertamanya yang berkonsepkan komedi, berjudul 3 Rasa.\rBuah tangan pertama terbitan syarikatnya, Otto Films, baru saja selesai menjalani penggambaran selama 20 hari. Antara artis yang membarisi filem berkenaan ialah Sharifah Amani, Along Eyzendy, Azad Jazmin, Ruminah Sidek, Radhi Khalid, Dira Abu Zahar, Sabri Yunus, Nadia Aqilla dan ramai lagi.\rMemilih Amani sebagai bintang utama, Bront ketika dihubungi berkata, Amani menjadi pilihannya kerana bakat besar dimiliki pelakon genit itu. Bront menolak andaian dia memilih anak gadis Fatimah Abu Bakar itu atas dasar persahabatan yang sudah lama terjalin. Kedua-duanya pernah mencuri hati peminat menerusi drama bersiri popular, SinDarEla dan Rona Roni Makaroni.\r\n\n\n\n\r“Pemilihan pelakon untuk filem ini dibuat melihatkan kepada bakat mereka, bukan atas dasar persahabatan. Sebelum menghasilkan skrip lagi saya sudah membayangkan Amani kerana dia seorang pelakon yang bagus. Lagipun sebelum ini dia pernah membawakan watak komedi romantik,\" ujarnya.   \rMenurut pemuda berusia 32 tahun ini, filem sulung arahannya itu ialah sebuah persembahan yang menggabungkan elemen komedi, percintaan dan pengembaraan. \r\"Saya memilih genre komedi kerana saya mahu penonton pergi menonton dengan gembira. Saya bimbang jika orang tidak sukakan filem ini, kerana itu saya memilih komedi kerana genre itu senang diterima dan diminati ramai.\r“Filem 3 Rasa mengisahkan tiga watak utama iaitu Amani dengan kisah percintaan romantiknya, Mak Mah dengan kisah perjalanannya dari kampung ke Kuala Lumpur yang penuh dengan pelbagai cerita serta Azad yang memegang watak pekerja dari India yang terpaksa menempuh pelbagai rintangan dalam meniti hidupnya di Kuala Lumpur,\" kata anak seni berasal dari Alor Star ini. \rBerbeza daripada filem Cinta\rDENGAN gabungan beberapa cerita berlainan dalam sebuah filem, berkemungkinan ada peminat yang menganggap judul terbabit mengambil formula filem arahan Kabir Bhatia, Cinta, yang diterbitkan pada 2006.\r\"Mungkin orang akan mengaitkan filem ini dengan filem Cinta, tetapi apa yang saya boleh katakan, persembahannya mungkin sama tetapi jalan ceritanya adalah berbeza,” kata Bront yang menulis skrip filem ini bersama dua lagi rakannya, Sheikh Munasar dan Rozi Izma.\rTambah Bront lagi, skrip 3 Rasa yang menjalani penggambaran di sekitar Kuala Lumpur, yang akan mengangkat kisah kehidupan di ibu kota metropolitan itu, disiapkan dalam tempoh hampir setahun.\rOleh kerana ditangani pengkarya muda dan baru, Bront berkata apa yang boleh dijanjikan ialah sebuah filem komedi yang segar. Bagaimanapun katanya, 3 Rasa berkemungkinan mempunyai persamaan dengan filem komedi lain kerana konsepnya sama.\r“Walaupun idea dalam 3 Rasa segar kerana skripnya dihasilkan tiga penulis berbeza, tetapi filem ini tidaklah sampai ke tahap lain dari yang lain. Saya banyak bekerja dengan abang Mamat Khalid, Osman Ali, jadi mungkin sedikit sebanyak pengalaman bekerja dengan mereka mempengaruhi arah tuju saya dalam dunia pengarahan. Bagaimanapun saya anggap semua ini sebagai satu proses pembelajaran,” katanya mengenai filem yang dijangka menemui penonton pada awal tahun depan itu.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 05:44 PM GMT+8 , Processed in 0.063285 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list