CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 130|Reply: 0

Bisnes Dunia: Pasaran saham Asia meningkat

[Copy link]
Post time 21-7-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Obama sokong rancangan  kurangkan defisit, elak kegagalan bayar hutang\rKEBANYAKAN saham Asia meningkat semalam selepas Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama menyokong rancangan baru bagi mengurangkan defisit, sekali gus membolehkan negara itu mengelak daripada masalah kegagalan membayar hutang.\r\n\n\n\n\r   Syarikat teknologi, khususnya di Korea Selatan melonjak, dirangsang laporan pendapatan kukuh daripada gergasi teknologi AS, Apple dan IBM.\r \r\n\n\n\n\n   Sementara itu, keyakinan tinggi peniaga menyaksikan mereka beralih daripada aset selamat kepada pelaburan lebih berisiko, sekali gus menyebabkan kejatuhan harga emas daripada rekod tertingginya.\rTokyo ditutup 1.17 peratus, atau 116.18 mata, lebih tinggi pada 10,005.90 manakala Seoul menokok 1.16 peratus, atau 24.74 mata, kepada 2,154.95.\rHong Kong menokok 0.46 peratus, atau 101.29 mata, kepada 22,003.69 dan Sydney  menambah 1.83 peratus, atau 81.6 mata, untuk ditutup pada 4,549.7.\rBagaimanapun, kebimbangan terhadap pertumbuhan domestik memberikan kesan kepada Shanghai, yang ditutup 0.10 peratus, atau 2.78 mata, lebih rendah pada 2,794.21.\r\n\n\n\n\rObama mengetengahkan rancangan baru oleh senator yang dikenali sebagai ‘Geng Enam’ yang menyasar mengurangkan bajet defisit AS kira-kira AS$3.7 trilion dalam tempoh 10 tahun dan menggalakkan pendapatan AS$1 trilion dengan menutup ruang untuk mengelak daripada membayar cukai dan menamatkan beberapa pelepasan cukai.\rBeliau menyifatkan rangka kerja itu konsisten secara meluas, selain beliau sendiri menimbang untuk mengurangkan perbelanjaan termasuk ketenteraan, merombak program rangkaian keselamatan sosial dan menaikkan cukai ke atas golongan kaya untuk memastikan pengorbanan dikongsi bersama.\rObama berkata, beliau akan memanggil pemimpin kongres utama bagi memberi laluan kepada rundingan baru White House.\rBagaimanapun, beliau memberi amaran rancangan itu berhadapan pelbagai rintangan dan banyak kerja diperlukan sebelum memuktamadkan sesuatu yang membolehkan siling hutang dinaikkan.\rPenggubal undang-undang AS perlu mendapatkan persetujuan menjelang 2 Ogos atau sebaliknya Washington berkemungkinan akan gagal membayar hutangnya, sekali gus mengundang kesan limpahan kepada ekonomi global lain. \rObama menyifatkan senario berkenaan sebagai ‘Armageddon’.\rDi Wall Street, Dow Jones menokok 1.63 peratus, manakala S&P 500 melonjak 1.63 peratus dan Nasdaq pula naik 2.22 peratus.\rSentimen positif di AS juga dicetuskan IBM selepas ia melaporkan peningkatan pendapatan bersih sebanyak lapan peratus kepada AS$3.7 bilion dalam suku kedua.\rSelepas pasaran AS ditutup, Apple berkata, untung bersihnya menokok 125 peratus dan pendapatan melonjak 82 peratus susulan larisnya jualan iPhones dan iPads.\rAngka-angka itu merangsang syarikat teknologi Asia. Di Seoul, LG Display menokok 4.8 peratus dan Samsung Electronics naik 3.53 peratus, manakala di Tokyo Softbank, pengedar eksklusif iPhone dan iPads di Jepun, menambah 2.60 peratus.\rDi Sydney, News Corp menambah 5.1 peratus sehari selepas Rupert Murdoch memberitahu pembubar undang-undang British beliau tidak bersalah dalam skandal menggodam telefon yang menggoncang empayar perniagaannya dan menjurus kepada penutupan satu daripada surat khabar miliknya. \rDi Singapura, STI menokok 0.98 peratus, atau 30.41 mata, kepada 3,126.53. – AFP

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 03:44 PM GMT+8 , Processed in 0.377312 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list