|
SK Parit Sulong, BH dan Adabi anjur Hari KeusahawananPERSATUAN Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Sulong, Batu Pahat, Johor, ini meneruskan usaha murni memupuk semangat berdikari dalam kalangan muridnya dengan menganjurkan Hari Keusahawanan.\rGuru besarnya, Abdul Aziz Ishak, berkata program dengan kerjasama akhbar Berita Harian dan syarikat pengeluar makanan Adabi, itu dapat membentuk semangat kerja dalam pasukan dan sentiasa kreatif menjalankan aktiviti mengisi dana. Aktiviti lain antaranya pertandingan mewarna.\r\n\n\n\n\r Program turut menjemput penduduk sekitar itu mendapat sokongan Ketua Pemuda Umno Bahagian Parit Sulong, Datuk Zulkarnain Kamisan. Hadir sama Penolong Pegawai Pendidikan Daerah (Hal Ehwal Pelajar), wakil Pejabat Pelajaran Batu Pahat, Kuswandi Toyad dan Rosli Abdul Jabar.\r\r\n\n\n\n\n Pertandingan mewarna adalah aktiviti kedua anjuran bersama Berita Harian dan Adabi, kali ini, pengadil pertandingan dikendalikan wakil syarikat Adabi, Faridah Jafri.\rPengurus Cawangan New Straits Times Batu Pahat, Mahat Hatip dan Pegawai Pemasarannya, Zainudin A Rahim turut memantau aktiviti berkenaan sekali gus menggalakkan murid menjadikan sisipan Didik Berita Harian sebagai bahan bacaan tambahan.\rPertandingan dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu Tahun Satu hingga Enam, Pendidikan Khas dan PraSekolah.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|