CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 138|Reply: 0

Suruhanjaya dapati Teoh Beng Hock bunuh diri

[Copy link]
Post time 21-7-2011 04:05 PM | Show all posts |Read mode
Kematian Teoh Beng Hock, pembantu khas seorang anggota EXCO kerajaan negeri Selangor, dikenal pasti berpunca daripada bunuh diri.Keputusan mengenai punca kematian Teoh itu terkandung dalam laporan penuh prosiding Suruhanjaya Menyiasat Kematian Teoh Beng Hock yang didedahkan kepada umum hari ini.Laporan setebal 124 muka surat itu merupakan keputusan sebulat suara oleh kesemua anggota panel Suruhanjaya berkenaan yang dipengerusikan oleh Hakim Mahkamah Persekutuan James Foong.Teoh, 30, setiausaha politik kepada Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah ditemui mati di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor pada 16 Julai 2009 selepas memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor yang terletak di tingkat 14, plaza berkenaan.Penubuhan suruhanjaya itu diumumkan oleh Perdana Menteri Najib Razak pada 26 Jan lepas, antara lain untuk menyiasat punca kematian Teoh selepas Mahkamah Koroner Shah Alam yang mengendalikan inkues membuat keputusan terbuka berhubung kes berkenaan.Prosiding suruhanjaya itu bersidang selama 50 hari dan membabitkan 70 saksi di Mahkamah Tinggi Sivil Baharu (NCvC) di Kompleks Mahkamah di sini sejak 14 Feb dan berakhir pada 10 Mei lalu.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 05:52 AM GMT+8 , Processed in 0.144590 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list